Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Syabu - Dadah untuk belajar?

 

Fakta - methamphetamine

Syabu atau nama kimianya methamphetamine, adalah dadah peransang jenis amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, ATS).

Dadah jenis ini dihasilkan pada abad lalu dari dadah induknya amphetamine, yang dahulunya diguna untuk melegakan pernafasan akibat hidung tersumbat. Walaubagaimanapun, pada hari ini kegunaannya terhad untuk keadaan-keadan tertentu seperti untuk rawatan narkolepsi ( satu keadaan di mana seseorang rasa mengantuk dan tertidur secara spontan), sindrome kurang penumpuan perhatian, dan kegemukan yang teruk (untuk kegunaan bagi jangkamasa singkat)

Syabu dihasilkan di makmal haram dari bahan prekursor seperti ephedrine, pseudoephedrine dan phenylpropanolamine. Apabila kawalan yang ketat dikenakan ke atas prekursor, pengilang haram ini mula mencuba resipi baru dengan menggunakan bahan-bahan lain yang merbahaya, seperti asid bateri dan pencuci longkang. Bahan-bahan ini meningkatkan lagi risiko pendedahan pengguna kepada kesan buruk dan kematian .

-Baca petikan penuh sini 

ice baby

tulisan aku - methamphetamine

atau nama jalanan yang terkenal, syabu, ice baby, batu, kaca, meth. Tiba-tiba aku terdetik mahu menulis tentang ini. Mungkin kerana di malaysia, semakin ramai pelajar yang menggunakan dadah ini dengan alasan untuk belajar. kesan-kesan jangka pendek dadah jenis (yang aku tahu) adalah tahan mengantuk, fokus, agresif, memberi idea, cergas dan tahan lapar. ada juga yang menggunakannya untuk kurus kurus, kerana pengguna tidak akan lapar. ada pelajar yang menggunakannya untuk memberi keberanian dan self konfident.

banyak laman-laman yang memberi maklumat salah, (atau mungkin aku yang salah) mengenai kesan jangka pendek dadah ini. kesan yang ketara ketika dalam pengaruh adalah, pengguna banyak bercakap, bibir kering, suhu badan tinggi (demam), agresif, tahap keyakinan diri yang tinggi (ketika normal pengguna akan diam dan menjauhkan diri dari masyarakat), anak mata(mata hitam) menjadi besar dari biasa, mulut terkumat kamit. Namun, kesan-kesan sebegini kadangkala adalah normal bagi masyakat. Ramai yang tidak akan perasan kesan-kesan fizikal pengguna. Apa yang ketara adalah kekurusan pengguna. selain dari itu aku tak nampak kesan-kesannya. tidak hairan ramai pelajar yang gemar menggunakannya.

tahap tertinggi pengguna dadah ini adalah ketagihan dan kebergantungan. Apabila penagih berhenti mengambil, pengguna akan mudah marah, letih, lemah, kuat tidur, dan yang paling teruk, halusinasi.

sengaja aku mahu memberi maklumat yang agak halus selain dari laman-laman khas yang memberi maklumat terperinci. sekedar untuk maklumat.

Baca perbualan