Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kompang dipalu...

 


kompang dipalu, pengantin baru
duduk bersanding, tersipu malu
kompang dipalu, pengantin malu
moga bahagia, ke anak cucu
kami doakan moga berkekalan
selamat sejahtera hingga akhir zaman
mempelai tersenyum manis
air mawar direnjis-renjis
bunga manggar indah berseri
ooooooooo
senyum tawa dan gembira
sanak saudara semua
oohh, indahnya
merahnya inai dijari
tanda kasih sudah termateri
ikatan raja sehari
hari yg dinanti-nanti
sudahlah menjelma kini
kekal dan abadi
selamat pengantin baru
moga kekal ke anak cucu
selamat pengantin baru....


Bila dengar je lagu ni, pasti ramai dah tahu. Apa lagi..bila cuti sekolah kian menghampiri dan cuti semester juga bakal bermula tidak lama lagi. untuk dua tahun ini, keluarga aku sangat sibuk menguruskan beberapa perkahwinan. Raya yang lalu sepupu lelaki yang sebaya..sama-sama sepermainan sudah menamatkan zaman bujangnya. Ahad yang lalu, Kak Hana ku juga telah selamat menjadi tunangan orang dan akan menamatkan zaman bujangnya pada januari nanti. Tak lama je lagi.... 27 November ini, salah sorang anak jiran aku yang seusia dengan ku juga bakal bergelar raja dan ratu sehari. Manakala 20 Disember nanti pulak, rumah aku akan kembali sibuk untuk kenduri Kak Farah, sepupu ku..akan bergelar isteri (sori kak farah..i cant believe u're getting maried,sis!) pastu di susuli abg fitri,adik kak farah pada januari gak,Abu pada March nanti....dan penghujung disember tahun hadapan pulak giliran along aku.

Ok..bukan nak cite tentang invitation perkahwinan..tapi pasal pertanyaan-pertanyaan yang aku dah menyampah gila nak jawab. "Kamu bila lagi??" "bila cik abang kamu nak masuk meminang?" "kamu punya turn bila lagi???senang  mak cik apply cuti wedding kamu" pergh...bernanah telinga aku dengar soalan demi soalan. Alasan kenapa aku malas nak pergi wedding ceremony,sebab aku malas nak dengar ayat sebeginilah. Sekali tu,bila sahabat baik aku,Shahida berkahwin..ummi Shahida siap dah tanya-tanya lagi.."Ida dah selesai..bila ummi nak rasa nasi minyak kamu"Auwww....soalan dari ummi aku tak boleh jawab! Lalu langkah yang terbaik,aku buat muka comel sambil lepak atas pelamin serba merah itu. ahahaha....

Perkahwinan bukan sekadar suka-suka buat majliss, pastu duduk bersanding atas pelamin. Perkahwinann merupakan satu tanggungjawab yang perlukan komitment dan kerjasama dari kedua-dua pihak. Dua manusia yang hidupnya asing,bersatu dalam satu ikatan pernikahan sama-sama melayari bahtera kehidupan bersama. Perkahwinan tak seindah kemanisan atau kepahitan alam bercinta.Jika zaman berrcinta,berendam air mata sebab salah paham dan bergaduh..bermasam muka sampai tak mahu YM,sms and call (tue kes aku la..ahaahahaha)..tapi perkahwinan sebaliknya. Pahit getir semua mesti ditelan bersama..dah tue kena hadap muka hari-hari.

Satu lagi persoalan yang selalu aku berfikir..aku ni dah la tak pandai masak...setakat masak beberapa lauk yang aku suka makan memang la takde hal. Tapi, bila dah kahwin...bayangkan aku perlu memasak selama seminggu..sebulan...setahun. setahun ada 365 hari plak..kalu tahun lompat lebih sehari...erm camana tahun kedua..ketiga..keeempat...sepuluh tahun berikutnya. Hidup lagi ke laki aku nak makan lauk yang sama selama 10 tahun...(walaupun bleh je makan kat luar....)..waaa...scary tue..dan aku perlu melengkapkan diri dengan ilmu memasak..kena plak calon suami pandai masak. masak la aku nak masak apa yang dia suka..dah la selera pelik-pelik and lain-lain. huaaahuahuahuaaaaaa..........

Ada banyak sebab lagi aku pikirkan....sebab itu aku tidak bersedia untuk berkahwin dan memikul tangungjawab. tapi, aku juga dah bosan dengar soalan-soalan yang sama setiap kali kenduri sepupu-sepapat aku.perlukah aku terusan membuat muka comel dan mendiamkan diri serta mengelakkan diri dari menjawab soalan demi soalan itu? ataupun perlukah aku jawab "kalu ada jodoh tak kemana" setiap kali soalan itu di timbulkan? ataupun aku tak payah balik setiap kali sepupu aku wedding??ataupun perlukah aku katakan.."mak cik...kalu ada sesiapa pinang in....in tima je..asalkan dia tak botak, perut tak maju ke depan, poket berisi dan bukan laki atau duda orang???" aisey..takleh2...sekali ada yg memenuhi kriteria tue pinang aku camana?masak den wooooooo....

Persoalannya, aku ni memilih ke?tapi aku tak sedia lagi nak kahwin..blaja walaupun dah nak abis...keje memang la dah ada...tapi...erk....TAK SEDIA!!! kasi lah otai2 sume kawin dulu..yang mana dah umo 26 tahun...27 tahun onward tue yg tak kawin lagi masih ramai....mana bleh langkah bendul. Lagipun, angahlinda kesayangan ku juga blom lagi settle even dia kasi green light aku langkah bendul. Cet...tarak. jangan harap angah! huh! aiyak..aku harap jgn la telinga aku bernanah dengar soalan demi soalan itu lagi walaupun aku tahu soalan itu akan muncul lagi dan merobek-robek serta mengilis hati aku nanti. Macam ayam peyek tue..sian!  Argh! aku yang nak jadi ayam peyek kot...ahahahahahhaha....

Baca perbualan