Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Merasmikan Kapasitor Widget!

  • jojo
  • 15 years ago
  • 24,048

 

Masa buat Kapasitor v3 tahun lepas (v3 adalah codename utk engine Kapasitor yang sebelum ini yang mana berjaya meraih Special Mention di WSA Venice 2007) aku dah penah buat Kapasitor Widget ni. Tapi, sejak migration Kapasitor v4 yang anda lihat sekarang ni, widget itu telah dihentikan atas beberapa sebab tertentu.

Maka, mestilah aku sedih. Penat je buat, lepas tu biar je bertangguh sampai nak dekat setahun. Kepala degil aku mengatakan bahawa walau macam mane sibuk pon kehidupan, widget ni mesti diteruskan jugak. Kalo tidak, ape lagi yang unik dalam Kapasitor ni?

 

Ya, widget yang anda lihat di atas adalah Kapasitor Widget. Digunakan untuk anda embed masuk ke website anda mahupun blog. Forum pon boleh rasanya, depends jika forum tu benarkan penggunaan html kod atau tidak.

aku harap, Kapasitor Widget ni boleh mendapat sambutan daripada korang semua. Aku tau ramai antara korang yang ada blog sendiri sama ada blogspot, wordpress, friendster, tagged ke atau mana-mana aje lah. Yang penting.. aku harap korang boleh share puisi-puisi yang korang suka ke dalam blog korang.

Caranya mudah aje. serius senang. Kalo korang selalu nampak embed code kat Youtube tu.. cam tu jugak la penggunaan Kapasitor Widget ni. Copy & paste embed code tu masuk ke website korang dan terus boleh papar.

Tu pasal aku gune Youtube untuk penulis.. ehehehe.

Tapi, sementara ni.. Kapasitor Widget hanya berada di seksyen puisi untuk bahasa melayu, english dengan bahasa indonesia. Bukan ape, dah pukul 5 pagi dah ni. Aku blom tido lagi ni haa.. pagi karang macam-macam aku nak kena buat. Karang, marah lak Toroy kalo aku sampai lambat kat opis dia.. huhu

Nah, ni satu lagi sample dari Kesayangan

Baca perbualan