Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Gathering Kapasitor yang Pertama!!!

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua.

Seperti yang ramai sedia maklum, Kapasitor.net telah pun dengan bangganya bertahan dalam dunia virtual selama 3 tahun lebih!!! Tetapi hatta sekali pun Kapasitor.net tidak pernah membuat gathering kerana pada masa lalu, komuniti di sini tidaklah sekuat dan sekukuh sekarang. Malah dulu ada jugak Kapasitor.net merancang, tetapi biasalah, Tuhan yang menentukan. Dengan kata lain, tak jadi bergathering. Memandangkan semakin ramai yang bertanya "Taknak buat gathering ker?", maka admin2 Kapasitor.net terus membincangkan perkara ini.

Di sini, saya mewakili admin yang lain ingin mengusulkan satu gathering, kalau tak besar-besaran, sekadar kecil-kecilan. Untuk memaksimakan fungsi gathering ini, saya mencadangkan gathering dibuat dalam bentuk makan-makan, baru leh suai-kenal, usik mengusik, pandang memandang, jeling menjeling, jelir menjelir dan juga jengil menjengil.

Maka dengan ini... saya juga ingin mengusulkan cadangan pertama... iaitu;

1. Makan satay kajang di.. erk.. Kajang.

2. Tarikhnya adalah pada mana-mana hari minggu yang bersesuaian. Hari biasa takut ramai yang tak dapat kerana sibuk bekerja mahupun bertidoran.

3. Waktunya pula adalah petang hari kerana kalau malam nanti ada yang susah nak datang kerana mereka dilahirkan sebagai perempuan. Hahahaha. Maklumlah, perempuan takleh keluar lewat malam sangat, nanti mak ayah marah. Kapasitor.net tidak mahu bertanggungjawab. Tetapi ada juga kes lelaki takleh keluar lewat malam sangat, tapi saya tak mahu membincangkan isu ini secara lanjut :p

3 perkara di atas adalah amat crucial untuk bergathering. Tentang kos, kita bahagi sama rata je nanti. Itu tak kisah sangat kan? Maka sekiranya anda mempunyai cadangan, silelah tulis di bahagian komen di bawah ini untuk kami pertimbangkan.

 Sekiang, terima kasih. Eh sekiang lak, malas nak delete, so maaf. Tulis balik. Sekian.

 

 

 

 

 

Baca perbualan