Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Gadget 2009 yang "WOW!"

 

anda seorang yang tak pernah ingat mati? Dalam otak anda hanya tahu tentang dunia, wang, perempuan, dan maksiat?

Ah, masih belum teruk lagi.
Adakah anda cukup hebat untuk memiliki benda-benda jadah di bawah?

laptop ::

HP TouchSmart tx2z series


Aku rasa laptop ni muncul dalam keadaan yang sungguh tidak feymes. Tapi kekaguman aku pada kewl dia, rasanya mengalahkan pertama kali tgok VAIO. wuhu! Ini adalah laptop sukahati yang sangat kool. TOUCH SCREEN beb. Malah, boleh pusing-pusing. Cuma belum cukup ringan untuk dibaling dan patah balik. Harga pun aku rasa arga yang cukup stabil dengan laptop lain.

Aku tak tahu harga di malaysia, Tapi series satu untuk touchsmart ini cuma berharga yen 99000 (3,800 MYR ) - eh! aku kata cuma, sebab yen sedang mahal ok. Series kedua, yang lebih perfektius pastinya, yen 122000 ( 4700 MYR).

Eh! dengarnya, processor untuk laptop ini boleh dicabut. :D

Tapi, kalau itu mengganggu gugat, atau tak minat dengan kesaikoan itu, boleh cuba try laptop berikut

new macpro


Laptop ini adalah APPLE. Apa lagi yang boleh disifatkan dengan APPLE. Just imagine an Apple stuff! But, the most invented part is the touch pad.

harga :: yen ¥198,000 ~ , rm 7,584.54


Camera ::

newd700


Kalau rasa cukup kool , can try this one, the new Full-frame, semi-pro user, dan cukup kool. Harga? Tak silap aku body sahaja sudah 9ribu RM. keh keh keh. eh! sorry to say, Fathul Ahmad memiliki ini. wuhu!

Ini adalah full frame, tanpa flashlight yang cukup power, lense yang cukup segala jenis, kehebatan takkan terjelma.

nikon d90


Aku rasa, ini adalah cita-cita terbaru dan mungkin mengiurkan bagi penangkap gambar kelas "suka-suka seronok tangkap gambar". Upgrade dari D80 + spec dari D3 dan D300, juga tambahan video recording, untuk enjoy dan gambar yang seronok, boleh guna ini.

Kalau mahu lebih puas, boleh upgrade pada gadget. Owh, setakat dikeluarkan, masih belum ada berita buruk dari pengguna D90.

harga :: (body only) yen ¥78,699 ~ , rm 3000 +

canon 50d


Kalau ikut ranking di US, canon leading nikon. Dan Canon EOS 50d, dikeluarkan khas untuk memecahkan kepala orang yang memilih antara d90 dan d300. Dengan membekalkan nilai pixel yang lebih besar (15.1 mgpixel berbanding 12.3 mgp (d90 + d300) dan 12.1 (d700)), EOS 50d, juga membawa cip DIGIC4 yang terbaru.

Untuk perbandingan lain, sila search. Ah, kalau sedang mencari DSLR baru, harap jangan pening kepala. Malah, ini belum dibandingkan dengan alpha-sony yang baru , dengan skrin adjustable (boleh ditarik-tarik) dan juga underdog camera yang cukup power dengan RnD - olympus.

harga :: ¥104,199 ~ , RM 4000

mp3 ::

ipod touch


Ipod touch memang adalah mp3 yang gila. Tapi sewaktu dia keluar je lah dulu. Sekarang ni sudah agak terlindung di sebalik kehebatan Iphone. Pengguna Malaysia tak digalakkan pakai, sebab dia hanya support Wi-Fi. Tapi, kalau mahu sibuk bermain game dan menonton video atau filem (act, boleh je gunakan PSP - malah lebih kool) , sambil menjeling awek, silakan. Masih kelihatan seperti Iphone. Masih kacak, dan ANDA KAYA!

harga ::
8G :¥23,279 ~ RM 890 +-
16 G :¥30,980 ~RM1180 +-
32 G : ¥40,580 ~RM 1550 +-

ipod nano 4th gen


Ha! this is ipod! cute, and cool. Ipod 4th gen ni aku rasa sebab kekecewaan pada ipod nano 3rd gen yang bentuk kotak dan agak dihina. Walaupun "shuffle" yang ada tak berapa berguna, juga "GENIUS" yang tak berapa guna (tanpa pendaftaran iTune Store yang memerlukan kad kredit), tapi masih sangat cute!

Heh, kalau betul-betul tak suka iphone, dan ipod touch yang ada spesifikasi melampau, ini adalah pilihan. The real ipod.

harga
8G :¥15,397 ~RM587 +-
16G :¥20,200 ~ RM 770 +-

sony


Act, ini adalah pilihan kedua, dan sebenarnya sama terkenal dengan ipod. Aku masih tak faham, kenapa orang jepun yang gilakan barangan buatan jepun dalam bab elektrik, masih memilih ipod sebagai halwa telinga. Sony juga menjanjikan gadget sempurna. Kalau ipod, korang perlukan side gadget untuk Fm tuner bla2. Sony dah siapkan semuanya internal. Malah, tak dinafikan, earphone sony, tetap terbaik.

NW-A829 (16GB) ¥23,670 ~ Rm900+-

Handphone ::

iphone


wuhu! Apa lagi berita tergila tentang cellphone, handphone, handset, telefon bimbit, lebih gila dari IpHOne. APA LAGI?

Ini adalah kejuruteraan yang unggul, kool, malah cun melecun. ITS APPLE, ITS IPOD, ITS A PHONE? Peeeeeewit!

Tapi biasalah, di Malaysia, mungkin agak terganggu dengan beberapa fungsi, terutama yang membabitkan internet. Tapi kali ni, IPHONE support 3G. Yeah, pastikan anda berada dikawasan yang hidup GGGnya. :D

hah. aku tak tau bape arga. :P . Tapi pasti mahal. Eh! betulkah aku dengar Fathul Ahmad juga memiliki ini? Ah! dia memang !



nota malam jumaat ::
**harga adalah mengikut harga termurah dan semasa
**semua harga yang ditunjukkan di dalam RM, adalah diconvert secara terus dari yen mengikut nilai pada tarikh entry ini.
**gambar adalah tidak semestinya seperti bahan sebenar.
**aku tidak akan beli semua benda di atas.
**aku juga tidak menerima tempahan. hahaha!
**Sila lawat setiap link untuk spesifikasi, dan fakta yang lebih terperinci.
** ini bukan gadget terfeymes, terlaku, termesti tahu, atau apa-apa, ini cuma gadget yang aku rasa kool.
**Sila jangan tiru gaya bahasa yang teruk itu.
**minta maaf caha, aku typo, dan tenks. :P

Baca perbualan