http://www.kapasitor.net/community/
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Semi-Pro Dalam Kenangan

iklaneka
 

Tetiba hari ni aku teringat zaman kegemilangan bola sepak kat Malaysia masa era semi-pro. Masa tu stadium penuh betul, tengok bola adalah hiburan utama warganegara Malaysia masa tu.

Team pertama yang aku sokong masa tadika is Kuala Lumpur. Diorang menang Piala Malaysia 3 tahun berturut – turut dr tahun 1987-1989. Antara player yang aku masih ingat masa tu is Subadron Aziz, Saidin Osman, Fandi Ahmad, K Kannan dan Malek Awab.

Pertengahan sekolah rendah aku start sokong Johor pulak gara-gara minat aku yang melampau-lampau kat Annuar Abu Bakar. Masa tu Annuar Abu Bakar jadi pemain simpanan je, tapi bila dia masuk je padang, dia sure score. Sebab tu la dia digelar Supersub. Oh ya, no jersi pertama yang aku pakai is no 17, sama dengan nombor Annuar Abu Bakar. Player2 Johor yang lain yang aku masih ingat antaranya is Kalid Shahdan, Professor Nasir Yusof, Salehan Mohd Som dan Omar Salim.

Masa aku sekolah menengah, Annuar Abu Bakar main untuk Selangor pulak, dan aku pun automatic bertukar jadi penyokong Selangor. Antara player yang main sekali ngan Annuar masa tu is Allahyarham Zaid Jamil, Asroff Hanafiah dan Shahril Arsat.

Ok lah sahabat, inilah dream team aku untuk pasukan Malaysia:

Skuad 80-an

Penjaga Gol : Rashid Hassan (Kuala Lumpur)
Bek Kanan : Serbeget Singh (Kuala Lumpur)
Pertahanan Tengah : Manja Man (Perlis)
Pertahanan Tengah : Radhi Mad Din (Kedah)
Bek Kiri : A Jayakanthan (Selangor)
Sayap Kanan : Mohd Zaidi Nafiah (Perak)
Tengah Menyerang Kanan : Roefandi Yusof (Perak)
Tengah Bertahan : Ahmad Yusof (Pahang)
Tengah Menyerang Kiri : Azizul Abu Hanifa (Perak)
Sayap Kiri : Mohd Nizam Adha Yusof (Perak)
Penyerang : Subadron Aziz (Kuala Lumpur)

Skuad 90-an

Penjaga Gol : Omar Salim (Johor)
Bek Kanan : Ong Kim Swee (Sarawak)
Pertahanan Tengah : Salahuddin Che Ross (Pahang)
Pertahanan Tengah : Zaid Jamil (Selangor)
Bek Kiri : Chee Wan Hoe (Pulau Pinang)
Sayap Kanan : Shahrin Majid (Selangor)
Tengah Menyerang : Abdul Mubin Mokhtar (Pahang)
Tengah Bertahan : Abdul Malek Rahman (Selangor)
Sayap Kiri : Annuar Abu Bakar (Selangor)
Penyerang Kanan : Azman Adnan (Selangor)
Penyerang Kiri : Affendi Julaihi (Sarawak)

Tapi sahabat…bila dah masuk zaman professional ni, aku tengok dh kurang orang g stadium, ye la..mungkin sebab dh ada astro kat rumah kot. Tapi aku tetap berharap kualiti bola sepak pemain2 malaysia akan meningkat dan suatu hari nanti kita semua akan membanjiri stadium negeri masing2 macam dulu-dulu. Amin.


Share!Email

about the author

Marius

Au Revoir!
hassanayat | Add hassanayat as your friend | Send Message

my other posts
Cinta Agung | 994 reads
Integrasi Antara Kaum (Setelah 51 Tahun Merdeka) | 2996 reads
Pasaran Bebas Dalam Ekonomi Tertutup | 1491 reads
Hatiku Di Terengganu | 736 reads
Fashion Revolution - Project Runaway | 1125 reads
Teaching English As A Second Langguage | 307 reads
Hassan Ayat Production House | 754 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: Crow Lake


admin blog