http://www.kapasitor.net/community/
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Hatiku Di Terengganu

iklaneka
 
Petaling Jaya, Mac 2008

Ketika rakyat Terengganu resah gelisah kerana kekosongan jawatan Menteri Besar di negeri mereka, ekoran kemelut yang terjadi di antara Pimpinan UMNO dan pihak istana, fikiran saya terarah kepada peristiwa yang berlaku dalam komuter 10 tahun lalu, ketika saya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Seremban.

Saya telah berkenalan dengan seorang gadis cantik yang duduk di sebelah saya dalam komuter tersebut. Gadis yang naik di stesen Serdang menuju ke Nilai itu adalah seorang pelajar UPM yang ingin pulang ke kampung halamannya di Terengganu. Dari Nilai, dia akan menaiki bas pula untuk ke KLIA, dan dari KLIA, dia akan terbang ke Terengganu.

Saya kira gadis cantik itu berasal daripada keluarga yang berada. Ini kerana pada tahun 1998, perkhidmatan Air Asia tidak wujud lagi, yang ada hanyalah perkhidmatan MAS yang tambangnya agak mahal. Tambahan pula, dalam kegawatan ekonomi yang melanda negara pada ketika itu, gadis cantik itu masih mampu menaiki kapal terbang!

Beberapa hari sebelum pertemuan itu, Dollar Amerika baru sahaja diikat dengan nilai RM3.80 untuk setiap Dollar. Beberapa hari sebelum itu juga, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru sahaja dilucutkan jawatannya dari kabinet dan UMNO. Dan hari ini, saya tidak pasti samada saya pernah membincangkan tentang ekonomi dan reformasi dengan gadis cantik itu.

Dan yang lebih saya kesalkan lagi hari ini, ialah pertemuan dengan gadis cantik tersebut hanya berakhir disitu, tidak disusuli dengan pertemuan-pertemuan lain selepas itu. Manalah tahu, kalau-kalau dia adalah kerabat diraja Terengganu, manalah tahu kalau-kalau saya berkahwin dengannya, manalah tahu kalau-kalau saya mampu menyuarakan rasa hati rakyat Terengganu tentang Monsoon Cup dan Masjid Kristal kepada pihak istana, manalah tahu saya mampu menolong rakyat Terengganu dalam meningkatkan taraf hidup mereka, dan manalah tahu kalau-kalau saya mampu mengeluarkan negeri kaya minyak itu dari senarai negeri termiskin di semenanjung! Tapi semua itu tidak mungkin berlaku, kerana saya tidak pernah mengambil nombor telefon gadis cantik itu.

Saya sudahi catitan ini dengan prinsip Rukunegara yg kali terakhir saya laungkan 10 tahun yang lalu, ketika berumur 17 tahun di tingkatan 5, di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, pada tahun 1998.

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan

Jupe mung di nung! Senyum sokmo di Terengganu!

Share!Email

about the author

Marius

Au Revoir!
hassanayat | Add hassanayat as your friend | Send Message

my other posts
Cinta Agung | 531 reads
Integrasi Antara Kaum (Setelah 51 Tahun Merdeka) | 3762 reads
Pasaran Bebas Dalam Ekonomi Tertutup | 174 reads
Semi-Pro Dalam Kenangan | 1901 reads
Fashion Revolution - Project Runaway | 1999 reads
Teaching English As A Second Langguage | 676 reads
Hassan Ayat Production House | 1304 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: CSI Miami: Florida Gateway


admin blog