Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Jom Kasi Jadik!!

  • mosh
  • 15 years ago
  • 720

 

Assalammualikum & Salam Sejahtera Semua,

Seperti yang anda semua tahu, Kapasitor akan mengadakan majlis sambutan ulangtahunnya yang ke-4 pada 31 Januari 2009.

Sudah tentu majlis ini adalah satu acara yang sangat penting dan bermakna pada kita semua dan juga penciptaan kapasitor ini sendiri.

Di sini saya ingin mengajak anda semua (jom! Jom!) sama-sama menjadikan ia satu majlis yang Berjaya dan bergaya. Seperti mana anda baca pada pemgumunan pada weblog kapasitor oleh Mr. Jojo, acara ini memerlukan sumbangan anda dari segi kewangan dan juga lain-lain.

Apa kata kita semua (kepada yang mampu) , sama-sama menderma dari segi kewangan kerana sudah tentu kewangan jugalah yang menjadi pokok utama untuk menjayakan program ini.

Terutama bagi kita yang jauh-jauh ni (luar kl) yang tak dapat menyumbang tenaga pada hari dan juga persiapan program itu nanti, kita hulurkan lah sumbangan seikhlas mungkin.

Kalau tak salah saya, terdapat hampir atau lebih 2 ribu ahli kapasitor (kalau salah maaf Jo). Kalau kita semua sekurang-kurangnya menyumbang RM10, sudah tentu terkumpul RM20 Ribu melebihi dari kos majlis iaitu RM4265. Lebihan mungkin boleh di gunakan untuk program2 akan datang atau kos menjalankan kapasitor ini. Boleh juga dibuat tabung kebajikan Kapasitor untuk ahli-ahli atau masyarakat luar seperti kematian, sakit, bantuan dan sebagainya.

Apalah RM10 pada hari ini. Beli Dvd cetak rompak dapat 2 la kalau kat JB, beli rokok dunhill 14 satu ngan lighter, beli roti prata dapatlah 15kpg ngan kari semalam, isi minyak dapat la setakuk. Beli tiket wayang dapat lah ngk sorang2.

Kalau RM5 pun x 2000 ahli dah dpt = RM10k.

Oklah ini semua sekadar cadangan saya je. Maaf jika ada silap. Walaubagaimana pun bagi yang mampu, datanglah pada hari tersebut utk memeriahkan majlis.

“If you don’t stand up for something, you will fall for anything” – siapa tah ckp, tapi betul gak!

Have a great week ahead guys!

Baca perbualan