Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

10 Fakta Tentang Valium!

 

kalau saya kena dua (atau tiga atau empat) kali, saya kena letak 20 (atau 30 atau 40) fakta ke?

 

walaupun kamu semua mengenali saya dengan nama valium, nama saya sebenarnya LAILA. kalau saya jadi penulis novel nanti saya nak guna nama LAILA HANNA. walaupun HANNA tu tak relevan sebab tak pernah digunapakai. tapi saya rasa nama tu rimanya menarik. tapi saya tak akan guna nama penuh saya sebab amat panjang. UNGKU LAILA HANNA. panjang, kan? saya tidak kisah langsung berada di dalam kereta yang dipandu laju. ini mungkin natijah dari sesi hantar-ambil ayah saya selama 5 tahun di sekolah asrama dan 3 tahun di universiti di mana minimum lajunya 130km/h. tapi kalau di jalan sawah kecil di tengah hujan renyai di waktu malam, ayah saya bawa 190km/h, kecut jugak perut! saya ada tiga orang adik perempuan dan semuanya pandai menyanyi. saya pula... mak, "awak nyanyi tawar la!" ayah, "lela ni tone deaf. tak sedap langsung nyanyi." sekian. ada satu masa dalam hidup saya, saya rasa bunuh seorang saja belum cukup jahat. kalau bunuh lebih dari tiga orang baru orang itu dikira jahat. ini mungkin pengaruh terlampau banyak PENYIASAT REMAJA. jangan risau, saya dah pulih dari pemikiran sebegitu. mungkin sebab saya tengok pak cik saya sembelih ayam. saya tidak clubbing. satu: saya tak reti menari. dua: saya tidak minum. tiga: music terlampau kuat. empat: saya tiada/tidak akan ada pakaian yang sesuai untuk ke club. lima: saya masih tidak jumpa alasan untuk ke club. tapi, hanya seorang dua saja dari rakan-rakan saya yang tidak club. maka bila yang lain ke club, saya tinggal sendiri tengok movie :) walaupun saya lahir di bandar dan dibesarkan di bandar, saya sangat suka makan masakan kampung. kalau mahu ambil hati saya, tak perlu restoran mahal-mahal, bawa saja saya ke rumah nenek anda! ada orang takut pada labah-labah. ada orang takut tinggi. ada orang takut pada keadaan tertutup. saya, saya takut pada ANY ACCIDENT TO GENITAL AREA ESPECIALLY FOR MALE (tak tahu nak terangkan dalam bahasa ibunda). saya tak tahu macam mana saya boleh ada fobia macam ni. ini mungkin pengaruh televisyen. 'diorang suka attack bahagian tu, kan? macam takde tempat lain nak attack! humpfh!'
saya suka perempuan cantik. siapa tidak, bukan? buat masa ini saya sudah ada senarai idola. saya takut kalau-kalau salah seorang dari mereka suka saya balik sebab mungkin saya akan berpindah kepada hubungan luar tabii. huhu. 
buat masa sekarang, saya sudah tidak percaya pada cinta. walaupun kadang-kadang saya berjaya tulis tentang cinta yang bisa buat semua orang rasa ingin bercinta, tapi rasa percaya saya sudah menipis. nantilah esok lusa baru saya percaya semula. sekarang saya perlu percaya pada BAKAT dan DUIT!
oh ya, saya masih dara juga! walaupun seperti susah nak percaya sebab pengetahuan saya macam terlampau luas, percayalah. percaya bahawa pada zaman ini ada INTERNET dan IMAGINATION. faham?


ala, saya tak tahu nak petik nama siapa. semua yang saya kenal telah di'cop'. huhu

 

joni
mangifera
fairuzar
miszmextor
otak
zhentan
reason
cahatomic
uculer
theRain

Baca perbualan