Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sa-puloh Fasal Mengenai Lelaki Suci ini.

 

1. Cahatomic = Cha-hatomic
2/3 kapasitorian yang jumpa real life / call akan sebut nama aku kahatomic :p termasuk la ada yang dah kenal setahun lebih. Ha ha!

 

2. Punctuality
Seperti Lan kacak, saya juga mempunyai kecederungan menepati masa dan hangin satu badan kalau orang lain memungkiri waktu. Nak nak kalau penungguan tu adalah ihsan kita (seperti mengambil kawan yang nak tumpang pergi main futsal).

 

(Mujurlah saudara founder sudah semakin menepati waktu mendatangi meeting sejak berkeluarga ni. Kohkoh!)

 

3. Rakan Maya
Ironiknya, Nia adalah rakan internet pertama yang aku jumpa real life – walaupun kenal secara tak berapa sengaja (sebab dia kawan kepada kawan yang aku selalu chat je sebenarnya) dan jumpa pun secara tak berapa sengaja (boleh pulak dia tusyen kat tempat aku tinggal. Ha ha!)

 

Ironik juga kerana dari kawan-kawan chat tersebut dia je yang maintain rapat. Ha ha.                

 

4. Bersosial
Dalam 13 bulan ni, aku cuma menonton satu filem saja di panggung: Madagascar 2. Filem terakhir yang aku tonton sebelum itu adalah Bourne  Ultimatum. Aku bercadang nak buat rekod tak tengok filem di panggung dua tahun lak (rekod terdahulu setahun).

 

5. Sucimuci . Gadisless . Fak Percintaan
Suci
diretorikkan sejak Tingkatan 4. Ditambah muci pada final sem MMU. Gadisless adalah buzz word yang menggantikan much-controvery ‘Gay’ label yang aku tempel di profil sendiri. Fak percintaan pun adalah retorik semasa di tahun akhir MMU. Ok, aku tahu. Aku kedengaran gay.

 

6. Playground
Aku adalah proud member of pasukan futsal Playground. Tapi sebagai pemain simpanan utama je lah. Pemain yang diutamakan untuk disimpan. Jadi boring-boring aku jadilah manager sekali. *Mengeluh* Mentang-mentang la dah di akhir karier.

 

7. Bola untuk disepak
Aku pernah memenangi kejohanan 11s, 9s, 7, 5, dan 4 sebelah sepanjang 4 tahun di MMU. Yay! Er, salah satunya adalah menentang siberkop di final. Ops ops! :p

 

8. Umur
Umur aku 26, metabolisme age aku 33, hati aku 21.

 

9. Johari
Kali pertama aku terbaca tulisan johari di blogspot bertajuk ABS : Nazihah (awal tahun 2004) aku terlongo 18 saat kerana tak percaya. Kali kedua aku baca cerita tu, aku terus kata kat diri aku: aku pun nak menulis jugak!

 

10. NO WAYH! (bukan la_ways)
Aku tidak akan melakukan persembahan di atas pentas seperti yang diuar-uarkan saudara founder di hari ulang tahun kapasitor! HA HA!

 


Nah, saya petik anda semua! Kidding. Ini adalah kompilasi mereka yang telah membuat entri 10 things sebelum saya. Jemputlah klik.

 

1.     jojo
2.     syawal
3.     fiona
4.     alya
5.     man atek
6.     akusegan
7.     joehafiz
8.     safina
9.     pejal
10.   raihanchia
11.   kamalia
12.   imran
13.   sha
14.   elly
15.   sekopi
16.   a8e3
17.   valium
18.   _theRain_
19.   xr
20.   siberkop
21.   joni 
22. Chrysalis
23. uculer 

Baca perbualan