Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

10 fakta tentang Chrysalis

 


10 fakta tentang Chrysalis

 

Oleh di atas permintaan ramai yang menjemput hamba membuka hijab2 diri Chrysalis, lalu hamba akan cuba memberikan penghargaan dengan memberikan jawaban setelus-telusnya. Cuma maaf jika apa yang tuan hamba akan baca selepas ini tidak akan memenuhi kehendak normal manusia biasa yang mahukan perfection, makanya hamba tidak dapat penuhi tuntutan itu sebab ini hamba kemukakan fakta, bukan auta.

 

 

Fakta Pertama Chrysalis

Seperti En XR, Chrysalis pastinya bukanlah nama sebenar hamba. Maksud utama Chrysalis untuk pengetahuan tuan hamba mungkin tidak tahu ialah nama seekor spesis caterpillar namun Chrysalis juga membawa maksud a stage of development when something or someone is still protected jadi tuan hamba paham2 la sendiri ya.

 

Fakta Kedua Chrysalis

Tidak seperti En JoeHafiz yang telah berjanji kepada orang tuanya, hamba tidak pernah berjanji apapun pada ibu bapa hamba kecuali perjanjian rasmi hamba dengan ayahanda hamba untuk tidak menunjukkan isyarat lucah (middle finger) kepada junior2 di asrama hamba waktu hamba di tingkatan 2 di mana ayahanda hamba telah dipanggil penguasa asrama hanya kerana seorang student form 1 mengadu kepada penguasa perbuatan hamba yang sewenang-wenangnya menggunakan jari ciptaan Allah atas tujuan yang tidak baik. Hahaha. Hamba memang jahat, tuan hamba tak tahukah?

 

Fakta Ketiga Chrysalis

Chrysalis di waktu kejahilan telah mencuba dadah dan rokok, jadi Chrysalis mungkin bukan yang tuan hamba bayangkan. Waktu lampau mengajar hamba menjadi lebih bertamadun, jadi hamba tidak pernah menyesal mencuba itu semua dulu dari masih melakukan perbuatan itu atau membuat perbuatan itu waktu hamba bukan lagi dalam kejahilan.

 

Fakta KeEmpat Chrysalis

Alat muzik kegemaran hamba ialah gitar, namun hamba tidaklah sehebat Courtney Love mahupun Nancy Wilson, dan Polly Jean Harvey tapi hamba boleh akui hamba lebih hebat dari Avril Lavigne  yang hamba kategorikan sebagai seorang poser dan seorang manusia yang memurtadkan diri dari genre punk rock ke irama pop rock atas tujuan publisiti. Maaf jika fakta hamba ini bukan preference audiens yang menonton fakta ini kerana hamba tidak lagi mengamalkan perbuatan auta.

 

Fakta Kelima Chrysalis

Chrysalis pernah bercinta dengan beberapa lelaki yang rosak minda seperti hamba dahulu kala, juga pernah berpacaran dengan seorang gadis bernama Didi, seorang hardcore lesbian yang hamba tidak pernah tahu akan sifatnya itu waktu berkawan dengannya. Seperti yang hamba katakan tadi, hamba akui hamba jahat, namun hamba dan Didi tidak lagi berpacaran kerana hamba tidak sanggup menipu diri hamba untuk punyai interest ke atas makhluk sejenis hamba dan tidak mahu dia terluka dengan meletakkan harapan tinggi pada hamba. Didi kini di Australia menyambung pelajaran dan masih berpacaran dengan seorang gadis yang menyerupai seorang tomboy. Hamba pula?Masih di wilayah perseketuan 'tercinta' ini dan masih punyai interest terhadap kaum Adam yang Allah ciptakan. Namun hamba tidak sesekali wajar dikategorikan sebagai ‘perempuan gatal’ kerana hamba sememangnya pernah menjadi jahat tapi tidak pernah menjadi perempuan gatal. Ya hamba masih boleh berbangga. Hahaha.

 

Fakta KeEnam Chrysalis

Waktu hamba mengambil ijazah, hamba pernah ada sebuah band hamba yang mini yg hamba namakan sendiri iaitu 'Awan'.Seperti Muse-yg mmpunyai 3 orang ahli, kami jua ber-3 shj, maklumlah kawan2 perempuan kebanyakannya tak suka band2 rock sebegini, mereka lebih gemarkan lagu2 jiwang karat dan sentimental, jadi susah untuk hamba temui sahabat sekepala hamba dulu. So called band mate hamba bass-bernama Farah dari Ipoh yg obsess dengan Nirvana dan Pearl Jam dan drummer-Laney dari Labu yang obsess dengan Ramones dan lagu2 indonesia yang majoriti tidak hamba gemari-seperti kumpulan Radja, Peter Pan erkhhh loya tekak hamba. Kami berguru secara percuma dengan seorang lelaki yang amat memuja dirinya sendiri, namun selepas tamat pengajian, masing2 balik kampong tanam jagung, dan hamba? Ya, masih mengilat gitar pink yang hamba jumpa di tandas wanita di sebuah shopping complex di Bangsar. Ya, hamba tahu, tuan hamba terfikir, apa lagi benda jahat perempuan ni nak cerita. Hahaha.

 

Fakta Ketujuh Chrysalis

Dalam jangkamasa dua tahun lebih hamba bermunajat, hamba telah lalui pelbagai keindahan ujian dan rintangan yang hamba didatangkan. Hamba major jurusan Shipping, Logistic dan Transportation namun hamba pernah bekerja di Starbucks sebagai barista biasa selama 2 tahun (jadi suami hamba tentunya bertuah kerana hamba ekspert dalam pembuatan kopi yang maha sedap...) ceramic warehouse uncle hamba, seterusnya menjadi sales exec dalam training company, selanjutnya menjadi team leader di sebuah syarikat customer service hebat di Asia yang menguruskan Australia corporate onshore customer untuk telecommunication service, lalu hamba bekerja sebagai seorang education consultant dan akhirnya hamba bekerja di syarikat perkapalan terbesar di Malaysia. Ya 2 tahun sahaja hamba mengambil tempoh untuk memperbaiki diri hamba. Adalah tidak mustahil untuk sesiapa juga mendapat perkara yang sama bezanya usaha dan niat yang perlulah tepat dan positif.

 

Fakta Kelapan Chrysalis

Hamba gemar makan mentos perisa water melon (bukan strawberry seperti yg hamba tuliskan sebelum penulisan ini diedit atas typo error) yang agak jarang dijual di kedai2 24jam mahupun di kedai runcit belakang rumah hamba. Hamba tidak berapa gemar makan gula berperisa mint sahaja kerana bagi hamba lebih baik hamba makan ubat gigi di sinki rumah hamba. Hahaha. Hamba memang suka menggila  waktu hamba sedang stress,namun sekali lagi tidak lari dari gari fakta, bukan auta. 

 

Fakta Kesembilan Chrysalis

Lately hamba sering didatangi sahabat2 mahupun kawan2 yang merujuk kepada hamba untuk memberi advice kepada mereka tentang permasalahan yang mereka hadapi. Hamba akui tanpa pengalaman ‘jahat’ hamba dahulu dan peluang yang Allah telah berikan hamba untuk mendaki keluar dari waktu kejahilan telah banyak mengajar hamba untuk berkata-kata menggunakan fungsi akal dari hawa nafsu sembrono sahaja. Semalam hamba telah menitiskan air mata seorang gadis bertudung labuh bergaji RM7++ dan memberitahu hamba expenses sebulannya menghampiri purata RM15++ sebulan. Dia tidak henti-henti menyalahkan takdirnya dan atas satu peringkat hamba perlu berkata dengannya (setelah method *advice dengan menjaga hatinya gagal) untuk berhenti menunding jari tetapi mulakan perubahan dan pembaharuan yang wajar pada dirinya sendiri sebagai permulaan. Seterusnya hamba tanyakan kepadanya,

" atas dasar apa kau mengalirkan air mata pada mala mini wahai sahabat? Apakah kau nampak pada diri aku yang hanya berseluar jeans dan cardigan malam ini, malah jauh lebih muda berbanding dengan kau yang tidak putus2 melihat kau sebagai wanita yang suci murni?"

katanya,

" aku telah taksub dengan diriku yang ego dan memandang yang lain termasuk kau sebagai makhluk yang tidak berguna, aku sesal kerana aku sendirilah yang telah menjatuhkan diri aku ke lembah binasa dengan perbuatan tanganku sendiri."

Waktu pulang ke rumah hamba menghulurkan tangan bersalaman dengannya walaupun hamba pernah kesal perbuatan2 lampau dia kepada hamba. Dia lalu tunduk mencium tangan hamba dan berlalu... Hamba semakin mengerti, apa yang Allah anugerahkan kepada hamba tidak lain hanyalah untuk hamba mengambil pelajaran dan ilmu lalu meutilisasikan ilmu itu kearah kebaikan tidak kira siapa dan dalam jenis apa makhluk itu datang kepada hamba.

 

Fakta Kesepuluh Chrysalis

Oleh kerana hamba telah menyakitkan mata tuan hamba dengan fakta-fakta yang meleret , maka fakta kesepuluh hamba akan lebih santai dan akan mempercepatkan proses tuan hamba untuk segera meninggalkan penulisan hamba ini. 


 

Chrysalis menyukai warna putih, menggemari makanan yang disertai ayam, tidak menggemari tidur malam kerana mlm hamba disulami 1000 mcm rangka modus, cintakan binatang sebesar2 blue whale mahupun sekecil-kecil semut  dimana jika time hamba terlihat seekor semut terlemas atau hanyut dalam air di sinki atau lantai shower room hamba, hamba akan berusaha keras menyelamatkan semut itu kerana hamba tahu tidaklah Dia menciptakan sesuatu perkara dengan sia-sia. Tapi pendengaran hamba tidaklah sejitu seperti Horton si gajah dalam film Dr Seuss’ Horton Hears A Who (rujuk gambarajah 2). Juga sila lihat gambarajah di bawah kalau2 tuan hamba tak ingat atau tak pernah tengok cerita yang bermakna ini:-

Gambarajah 1


 ketika Horton mendengar jeritan Who VillageGambarajah 2

Ya hamba memang kadangkala detail orangnya...


Terakhir dari hamba, jika terguris hati tuan hamba menonton rancangan fakta Chrysalis hari ini, jangan salahkan hamba salahkan lah inviter2 hamba.Memang kebetulan hari ini hamba punya waktu yang agak lapang dan ada sejemput waktu untuk bercerita. Haha, ambiklah pelajaran ya. Sebab itu tiada 10 jemputan yang hamba dapat jemput sebab hamba sendiri dah tak larat nak menulis apalagi membuat jemputan khas. Jemput2 lah diri tuan hamba sendiri jika itu yang tuan hamba inginkan.

 

Tata.

 

Baca perbualan