Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Rumah Besar Dan Pemandangan Cantik Itu

 

hari ini, pagi tadi
macam Tuhan menurunkan salah satu malaikatnya
untuk mengejutkan manusia yang tidur lena
dan malaikat mungkin memutuskan ini
kawan kamu, lawan kamu, kamu
adalah tanah
maka kembali kamu ke tanah

ayah saudara saya terlibat dalam kejadian itu
rumahnya betul di tengah-tengah malapetaka
untungnya, ayah saudara dan mak saudara itu
baru pulang dari kerja di perantauan
anak-anak mereka yang lelaki semuanya
sempat menyelamatkan diri
tapi salah seorang dari mereka patah kaki
nenek saudara saya pun patah kaki
dan lagaknya orang sudah berumur
terkejut mungkin, sedikit kaku dari kejadian ini

cerita dari ayah saya
di depan rumah ayah saudara itu
ada sebatang sungai
tebing sungai itu yang jatuh dahulu
disusuli pula rimbunan tanah-tanah batu
dari tebing di bahagian atas rumah mereka
saya masih kagum kerana mereka selamat
bila Tuhan masih sayang, Tuhan masih sayang

sayangnya hanya satu
pembantu rumah itu tak sempat diselamatkan
dia terkambus berjam-jam
tanah runtuhnya jam 4pagi
mayatnya dikeluarkan lewat jam 4petang
semoga seksa mayat itu terbalas dengan hapusan dosa

kalaulah saya
yang paling ngeri adalah anak sulung mereka
kerana dia di tanah Amerika jauhnya
mesti menggila menunggu khabar keluarga

ujian
kadang-kadang datang secubit
kadang-kadang datang segigit
kadang-kadang datang selangit

apalah masalah saya berbanding mereka
hilang hampir segala dalam tempoh 3jam sahaja

Baca perbualan