Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

~10 Tentang Syuhada~

  • syud
  • 15 years ago
  • 1,700

 

10 Fakta Tentang Syuhada.

 

1.       Dipanggil Kak Lang dari kecik sampailah umur 13. Waktu masuk asrama baru parents sendiri noticed. “Eh,pasal apa panggil Kak Lang padahal anak no.2?.” :p (kecik-kecik dulu size saya dengan adik bawah saya lebih kurang.macam kembar tapi sekarang dia dah besar macam kingkong)

 

2.       Ada parut dekat kaki kanan dan kiri. Kanan sebab kena ekzos motor, kiri sebab masuk celah-celah rim basikal. Hehehe

 

3.       Sangat susah mencari kasut sebab kaki seperti itik! Haha.

 

4.       Berkebolehan untuk bercakap tak henti-henti (baca: talkative). Orang kata kena kasi syud membebel di hp selama 10mins then baru boleh mencelah. :p

 

5.       Sangat suka memandu dengan laju sebab tak suka kereta tembel-tembel dekat depan. Hoho *saya pemandu yang teruk dan berbahaya

 

6.       iTunes saya selalunya disetkan mode repeat sebab suka dengar lagu yang sama berulang-ulang kali sampai nak muntah.Lepas tu baru tukar yang lain. Haha

 

7.       Pernah masuk hospital dua kali. Darjah 2 sebab Allergik (adik-adik saya waktu tu dengan gembira menyanyikan lagu ‘Allergik Cinta’ :p). Darjah 4 sebab tumour dalam hidung. (Alhamdulillah hidung tak rompong lagi.Hehe)

 

8.       Boleh tidur dimana-mana sahaja hatta stesen bas sekalipun. :p

 

9.       Boleh addicted pada half-boiled eggs dan roti bakar (malah gemuk dengan cepatnya dalam masa 2 minggu. 2 biji pagi, 2 biji malam) Hehehe

 

10.   saya suka makan sausage mc muffin with eggs! (hari ni baru saya sedari, sambil dengar lagu dancing in the moonlight~ wiwiiwiwii)

 

*Tak tagged sape-sape sebab rasa semua orang dah kena tag! Huhu

Baca perbualan