Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Selamatkan Thumbdrive Anda dari Terjahan Pepijat

  • jojo
  • 15 years ago
  • 2,094

 

 

"Thumbdrive aku ada virus la.. risau aku nak cucuk kat laptop ko!"

Anda pernah mendengar dialog sebegitu? Saya selalu mendengar dialog sebegitu terutamanya dalam satu persekitaran kerja yang terlibat dengan penggunaan komputer server. Menyerahkan laptop untuk dicucuk dengan thumbdrive hampir sama seperti menyerahkan leher kepada Algojo.

Penggunaan anti-virus seperti Avira, Symantec, Kespersky mahupun AVG belum tentu dapat menangkis cecacing di dalam komputer. Saya pernah menggunakan symantec normal edition dan corporate edition. Tidak dinafikan bahawa anti-virus ini adalah sangat hebat tapi perlu berbayar.

Terkini, saya menggunakan AVG Anti-Virus. AVG ini bagus dan percuma, cuma ketika diserang brontox tahun lepas, saya hampir hilang kepercayaan kepada AVG kerana gagal mengesan kehadiran brontox itu.

Kedua-dua sofwer yang saya sebutkan di atas mempunyai satu persamaan iaitu BERAT untuk dijalankan di komputer. Walaubagaimanapun, jika anda tidak atau kurang mahir dengan keselamatan komputer anda, saya cadangkan penggunaan AVG.

Saya berpendapat, 80% punca masuknya virus ke komputer kita adalah melalui thumbdrive. Oleh itu, saya cadangkan penggunaan sofwer PiyushLabs HealAntiVirus. Sofwer ini sangat ringan dan tugasnya adalah membuang segala cecacing atau pepijat di dalam thumbdrive (misalnya, sebarang fail autoron.inf yang tidak perlu).

Apa yang perlu anda lakukan adalah, muat turun sofwer ini. Simpan di mana-mana sahaja yang anda mahu. Kemudian, setelah selesai memuat turun, sila dwi-klik sofwer ini dan perhatikan system tray anda akan kelihatan ikon baru.

Klik kanan pada ikon itu dan pilih: Settings>Toggle run at startup

Ini untuk memastikan sofwer ini dijalankan secara otomatik ketika anda menghidupkan komputer. Saya telah menggunakan sofwer ini sejak dari bulan Mei 2008. Ternyata, tidak pernah menghampakan. Sekarang, saya tidak ragu-ragu lagi untuk menyerahkan laptop saya untuk dicucuk thumbdrive teman sekerja ;)

Anda tidak digalakkan untuk membuang sofwer anti-virus yang sedia ada. Anggaplah PiyushLabs HealAntiVirus ini sekadar supplement dalam keselamatan komputer anda.

Muat turun sofwer ini: http://piyushlabs.googlepages.com/HealAntiVirus1.31.exe

Selanjutnya tentang sofwer ini: http://piyushlabs.wordpress.com/heal-antivirus/

 

Baca perbualan