Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

10 tentang pasangan saya

  • NJay
  • 15 years ago
  • 1,849

 

wokes.. disebabkan kebanyakan dari kita telah pun bercerite 10 perkara tentang diri kita, maka saya selaku first lady dlm kapasitor ni (boleh ke ngaku cmtu? huhu) ingin memulakan cycle baru pula. bercerite ttg pasangan anda. yosh!! jangan risau, selepas ini saya akan men-tag incik jojo supaya dia mempunyai peluang untuk melakukan serang balas (jika dirasakan perlu :p). Dengan ini saya juga ingin meng-setkan rule di mana jika seseorang itu tidak mempunyai pasangan pada ketika ini, beliau juga boleh bercerite ttg bekas pasangan nya (but no kutuk-mengutuk yer. sila nyatakan perkara yg baik2 sahaja), mahupun bakal pasangan yg mahu di tekelnya. Deal?

so here goes.... 10 fakta tentang pasangan saya *wink wink*

Nama pasangan: Muhammad Johari b. Rahmad

Fakta Pertama
Dia adalah seorang yang berambut megi. Katanya rambutnya tak pernah ceceah (typo disengajakan atas alasan tertentu) kening. Namun kini, hasil dari bahanan Lansegan, dia berazam untuk menyimpan rambut hingga ke paras bahu dan membelah tengah rambut megi nya itu (tutup mulut tahan gelak)

Fakta Kedua
Dia adalah seorang yang sangat gemar bercakap. mulut dia mmg tak renti2 asik nak mengomel. Apa2 sahaja yg dia nampak di dpn mata boleh menjadi bahan ngomelannya. Kadang2 saya tergelak mase dia tgh bercerite, sbb saya rase sgt lucu perlakuannya yg banyak berckp tu.

Fakta Ketiga
Dia adalah anak kelima daripada enam adik beradik. Dia ada 3 kakak, sorang abang dan sorang adik pempuan. Maka tidak hairanlah jika dia boleh memahami jiwa wanita kerana dia dibesarkan di kalangan wanita2.

Fakta Keempat
Sewaktu form 1 sampai form 3, dia bersekolah di Victoria Institution. Iaitu sekolah yg kesemuanya lelaki. Fakta ini menyebabkan novel pertamanya Aku Budak Setan: Nazihah itu mempunyai unsur2 pervert (walaupun dia sebenarnya tidak begitu in real life). Almaklum, jakun tengok pempuan. haaa-chum! (eh terbersin pulak. excuse me :p)

Fakta Kelima
Dia suka mengkritik tentang fesyen seseorang. Pantang dia nampak gaya pemakaian yg ganjil, tentu akan ditegur. Tapi tegurannya penuh kelembutan dan menjaga ayat-ayat dgn penuh tatasusila utk mengelak di-karate, taekwando atau yg sewaktu dgnnya. Oleh itu gadis-gadis, jika ditegur tentang fesyen kamu, jangan kecik hati. dia mmg camtu. layan kan jer..

Fakta Keenam
Dia adalah seorang yang sangat jujur. Memang xleh menipu langsung dia ni. which is a good thing for me and i'm not complaining ;). so if u want total honesty, go and see him. He'll give you his piece of thought (kerana dia suke bercakap) Dia tidak akan menghampakan, trust me ;)

Fakta Ketujuh
Dia adalah seorang yang xboleh duduk diam. Memang pantang duduk bergoyang kaki. Mesti ada jer bende yg dia akan cari utk dibuat. Kalau berkaraoke pun dia kene lompat2 dan membuat aksi2 pentomin utk lagu2 yg dinyanyikan. mmg xleh duk diam dia nih. mungkin dia hanya boleh berdiam ketika dia tido.

Fakta Kelapan
Dia adalah seorang perokok. saya pula tidak suka asap rokok. bukan sahaja asap rokok, mmg segala jenis asap lah saya ni xtahan. Atas sebab inilah sekarang setiap kali berada bersama saya, dia akan meminta izin untuk merokok. saya rasa sweet juga dia ni mntk izin (harap2 berkekalan lah sweetness ini sehingga dah lepas kawin pun. jgn mase bercinta je sweet yerrr.... *membulatkan mata sambil bercekak pinggang*)

Fakta Sembilan
Cinta hati saya ni kadang2 memiliki masalah keyakinan diri. Dia selalu cakap dia beruntung dapat saya. Padahal saya rasa, saya yang beruntung. Sebab dia seorang yang caring, loving dan juga responsible. Dia juga tahu menghormati wanita and he knows a woman's worth. Dia seorang yang pemaaf, dan selalu sabar dengan kerenah saya. Saya beruntung dia pilih saya :)

Fakta Sepuluh
He's gonna change the world someday, with his mission and vission. He just doesn't realize that yet. and when that day come, rest assured dear. I'll be there by your side. :) eh kenapa tibe2 rase sebak pulak. isk. telan air liur telan air liur.


Wokes, I'm done! So I wanna tag these 10 people. Remember: if u dont have a partner at the moment, you can write about your ex, or your future-to-be. Looking forward to your reply peeps!

1. Incik Jojo ;)
2. xr
3. ayusherly
4. akusegan
5. akina
6. cahatomic
7. safina17
8. cikwombat
9. demityuh
10. sha

Baca perbualan