Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Jemputan dari Setiausaha PSLNS

 

GUSTI LENGAN WANITA

Aassalamualaikum,

Dalam kerancakan bercerita 10 fakta tentang diri sendiri, dan episod ke dua bercerita pula tentang pasangan masing-masing ( epsiod yang pasti melukakan hati caha, hahahaha!!!), saya selaku Setiausaha Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor ingin menjemput ahli-ahli Kapasitor lelaki, perempuan dan perempuan songsang (meminjam istilah ellye) untuk menyertai pertandingan gusti lengan berikut;

1. Pertandingan Gusti Lengan Kedah 2008 akan diadakan pada 27 Disember 2008 di Perkarangan Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah sempena Karnival Jom P Menara. Pertandingan akan dimulakan pada jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Kategori yang dipertandingkan adalah
1. Katagori 1: Lelaki 75kg kke atas
2. kategroi 2: Lelaki 65kg - 75kg
3. kategori 3: Lelaki 65kg ke bawah

Hadiah RM1000 berserta piala untuk juara bagi setiap kategori
Hadiah RM700 beserta piala untuk naib juara bagi setiap kategori
Hadiah RM500 beserta piala untuk tempat ke 3 bagi setiap kategori
dan hadiah untuk tempat ke empat.

Yuran penyertaan RM30 sahaja. Pengangkutan disediakan (KL / Alor Setar/ KL)


2. Pertandingan Gusti Lengan Sempena Jualan Selangor Ria 2008 anjuran Ujang Power Sdn Bhd dan SUK Selangorpada 19 Disember 2008 mulai jam 3.00 petang hingga 6.00 petang di perkarangan Stadium Melawati.

Sebanyak 3 kategori diadakan iaitu 1. Kat. A Lelaki 75kg ke atas 2. kat B. Lelaki 75kg ke bawah dan 3. Kat C Wanita 80kg ke bawah.

Pengangkutan tak disediakan. Datanglah sendiri, pandai-pandailah korang.

Semua ahli Kapasitor di jemput. ADA BERANIKAH?


Terima kasih

UPENYU

Baca perbualan