Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

10 keganjilan Ratnadewi

  • jojo
  • 15 years ago
  • 1,550

 

Ini adalah respons daripada post njay

Nama pasangan: Nadia bt Jalaludin

1. Hanya minum air masak

Jangan harap la dia nak minum air sejuk, air buah mahupun air berkarbonat. Agaknya nak jaga suara. Mungkin sebab nak kurangkan kerja keras sang buah pinggang.

2. Membahan

Korang selalu kena bahan sama ada real life mahupun di chatroom? aku secara peribadi memohon maaf atas keterlanjuran beliau. Aku sendiri pon kena. Dia memang tak kasi peluang langsung, ada slack sket je.. abes la.

3. Senyap

Dia memang susah nak bercakap banyak kecuali kalo dah betul2 rapat dengan dia. Tapi elok jugak, sekali dia bersuara karang dia bahan korang.. ahaha :p

4. Suka makan

Selagi pinggan dia ada isi, selagi tu makan tak berhenti. Sayur salad pon dia tibai. Papedum pon telan :p

5. Pink Freak

Keychain, kamera, wallet, cover phone, ipod, laptop, baju kurung semua nak warna pink. Mungkin beliau akan demam 3 hari jika kameranya berubah warna. Aku suspect barang-barang peribadi beliau juga berwarna itu.. hehe

6. Bawak kereta super slow

Aku ingatkan aku je yang bawak slow, dia pon sama. Stereng pegang dengan hujung jari je. Quote ayat sha "malu nak pijak pedal minyak lebih dari satu setengah inci"

7. Bertudung ganjil

Fesyen tudung dia ganjil. Tarik belakang la, tarik tepi la, ada manik la, siap ada kalung mutiara sangkut kat bawah dagu la. Ah, macam-macam la. Kadang-kadang tengok macam menghias langsir :p

8. Beg tangan seperti saku 4 Dimensi Doraemon

Woh.. ni tak boleh tahan. Nasib baik tak muat taruk peti ais dalam tu.. kalo tak, rasanya dia taruk dalam beg dia.

9. Lecturer yang menyamar student.

Tak de sape percaya dia adalah lecturer pada hari pertama bertugas. Kesian, mungkin kat UITM tak de lecturer yang kelihatan muda agaknya :p

10.Bercinta dengan lelaki ganjil

Ni memang tak boleh nak cakap apa. Kesian Ratnadewi.. time kasih sayang kerana sanggup terima diri ini yang ganjil. Walaupon proses membelah tengah rambut yang megi ini masih belum menampakkan keberkesanannya, namun pasti rambut ini tidak degil menjelang Majlis Ulangtahun Ke-4 Kapasitor kelak.

Ok, 10 orang yang berikutnya adalah:

1.eDieca_88
2.zInggOf
3.my_ellye
4.syud
5.upenyu
6.blake_zane
7.chrysalis
8.JoeHafiz
9.realismo
10. D_planetoids

Wokes, I'm done! So I wanna tag these 10 people. Remember: if u dont have a partner at the moment, you can write about your ex, or your future-to-be. Looking forward to your reply peeps!

Baca perbualan