Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Aku & Dunia Lain - Part01

 

Aku pandang kiri, aku pandang kanan.
Semua lelaki. Lelaki kacak dan bergaya.
Ada melayu, cina, india, mat saleh,..semuanya kacak.
Aku kontrol ayu. jalan tak bersepah ditambah dengan ketatnya kebaya yang melekat di pinggang aku neh. muka snob nak mati. disuntik unsur2 fierce.

Aku berdiri diantara tempat2 duduk lelaki2 kacak itu, dan memberikan sebuah senyuman yang super manis. Maniskah aku? lelaki2 kacak yang pelbagai gaya itu membalas senyuman aku. aku catwalk sepanjang isle hingga ke hujung. kelihatan seorang lelaki yang bole tahan bas la hensemnya, dan berbadan fit serta bersinglet hitam dan berambut wavy blonde-coklat-walnut ape jadah memandang dan tersenyum pada aku. Aku membalas sambil mengucapkan, "Selamat Datang ke Malaysia".

Baru aku sedar, aku seorang flight attendant. dan aku ketua flight attendant. dalam erti kata lain, aku ialah seorang pramugari. pramugari??? herrkk! itu adelah perkara terakhir yang aku pikir berlaku dalam hidup aku. tapi aku teruskan jugak drama ini, sebab aku takde pilihan. Kenapa?Kenape????

Aku memandang sekeliling cabin. besar sungguh! macam dewan kolumpo konvensen senter. tapi kenapa flight aku dipenuhi lelaki2 kacak?? semua lelaki neh. aku konfius. adekah pangkat aku terlalu besar dalam airline system yang aku bertugas sekarang, sehingga flight yang aku uruskan pon harus dipenuhi lelaki2 kacak sahaja? oh, aku bukanlah keji seperti itu. aku bukan racist. aku juga bukan hitler. hitler?kenape hitler? tapi aku puas. cuma ntah kenapa, walaupon cabin itu dipenuhi lelaki2 kacak, sorang pon aku tak jatuh cinta. adekah aku lesbo? tidak. aku tidak mahu. aku mahu lelaki bersinglet itu.

setelah penerbangan sampai ke destinasi dituju, aku dengan penuh gah mengheret beg keluar dari airport. cut it short, disana, aku berjumpa dengan kenalan2 yang rapat dengan aku. malam itu, mereka ajak aku berjimba. aku folo je.maklumla, da bosan asik naik flight je, haruslah ade clubbing2 utk releasekan tensen. baru stylo.

dalam club yang aku kurang pasti dimana exact lokasinya, aku didatangi seorang kenalan. aku cam beliau. aku kenal beliau. maaf nama tak bole disebut disini atas sebab2 maruah. dia panggil aku ke tepi pintu toilet.

"neh ade barang neh. nah amik," katanya sambil menghulurkan aku sesuatu, seperti batang rokok.

"ape neh bai?" kataku, hairan. sebab barang tu bukan rokok yang pastinya.

"amik bai, rasa. sedap duh!", dengan weng2 dan sewel2, beliau berlalu pergi sambil menghayun kepala mengikut alunan lagu rave itu.

aku lihat mende tu. ukurannya, separuh dr saiz rokok. gulungannya lagik nipis dari sebatang sampoerna. isinya berbaun daun. rokok daun? apekah? motif?

aku nyalakan gulungan misteri itu. dan aku sedut dalam2. perghh!! rase milk green tea siot. apekah ini? aku sedut lagik. huiii, tangkap ke kepala. aku terus layan. sampai habis. 5 minit lepas tu aku rase aku jalan macam zig zag. 27 saat selepasnya, aku blank.

esoknya, perkhidmatan aku sebagai flight attendant diberhentikan. atau dalam bahse kasarnya, aku dibuang keje. aku sangat marah. macammana aku nk cuci mata melihat lelaki lagik selepas ini? sentap. sentap ok.

aku jumpe bos aku. aku nyatakan kemarahan aku. die menghulurkan sepucuk surat. dalam nya bertulis:

"Reason of Termination: Involve in Drug; (Cannabis)"

oo, rupernye semalam aku hisap ganja. ganja rase teh hijau ke weh? shit, da kene buang keje. demit!

tibe2, aku tersedar. eh, aku kat atas katil. eh, ade selimut.
astagfirullahalazim, aku bermimpi rupernye.

tula, tido petang lagik. tak basuh kaki lak tu. hiks.

moral: jangan isap dadah.

Baca perbualan