Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kedai Mandi Binatang Beroda

 

"Saya balik dulu!"

Kata aku kepada kerusi, meja, buku2, alat tulis, notis board dan juga mac2 didalam studio itu. Hari neh, aku merupakan org terakhir yang melangkah kuar dr studio. Jam mase itu menunjukkan pukul 6.33pm. Aneh. Masih awal. Selalunya aku merupakan orang kedua atau ketiga yang meninggalkan studio. Takpela, sekali sekala menjadi orang yang menutup suis aircond ape salahnya. Tak susah pun.

Aku melewati anak tangga. Ternyata, cuaca hari ni cantik sekali. Aku pandang kedai haiwan sebelah. Lalu melambai pada anak-anak kucing dalam sangkar itu.

"Saya balik dulu ye.Esok jumpe lagi" kata aku dalam hati.

Entah kenapa, hari ni aku rasa aku mahu bercakap dengan mende selain manusia. Saiko bukan?

Aku melangkah ke pintu kereta. Ya ampun, neh kereta ke traktor kelapa sawit?
Aku pilu melihat Bink. Bink ialah haiwan beroda berwarna oren peliharaan aku. Aku saja namekan beliau dengan name gedik gelitis. Takkan aku nak letak nama Sanisah Huri pulak kan? Dah sah2 haiwan beroda ini tak tahu menyanyikan lagu Selamat Hari Raya.

Bink kelihatan comot. Warnenya bertukar oren kekelabuan. Badannya di selaputi putik2 daun akibat pembawakan angin. Matanya bertompok kelabu. Da macam kene siflis da neh. Aku nekad, Bink, hari neh kite pegi mandi k!

Sepanjang perjalanan pulang, aku berkira2 nak bawak Bink pegi mandi kat Shell Jalan Ipoh. Tapi bila pikir nak masok ke Jalan Ipoh dari Mahameru itu seumpama diserang anjing kurap, aku membatalkan saja niat itu. Lalu aku masok Jalan Kuching. Kite pegi mandi kat area rumah kita je lah yer.

Aku belok2, nampak satu car wash dekat depan Sri Maju. Cuba je lah. Selama neh, aku selalu gi bawak Bink mandi kat Shell Jalan Ipoh. Kat situ, servis memang cepat. 15 menet je da siap. Kadang2 aku keliru jugak. Derang mandikan Bink ke tak? Akibat selalu bawa Bink ke situ, boss kat situ da kenal aku. Seorang India, kecik je. Cara dia berjalan kurang sempurna. Mana ada manusia sempurna bukan? Aku memanggil die dengan panggilan Boss je. Sebab aku tak berniat nak tanya nama dia. Yelah, kang da tanya2 nama kang, melarat2 tanya no telefon pulak, ye tak?
Aku takut nok. Tapi situ memang murah. Untuk binatang beroda yang kecik2 macam Bink tu RM6 je. Kalo besar sket RM8. Paling kuat pon RM10 kot rasenya. Tapi aku tak pernah lak nampak ade lori simen dicuci disitu. Bersih pon bole tahan. Tapi agak masak jugak la nak kesana kalo hari kerja.

Aku ingat lagik, sebelum neh, aku pernah try ade satu car wash kat bulatan nak pegi kepong dr jalan ipoh. Sebelah Petronas, depan The Store. Siap buat Loyalty Card utk customer tu. 6 kali cuci kete kat situ, dapat free satu cucian. Tapi servis lembap nak mampos. Mampos pon bole mampos sekali lagik tunggu die habis cuci. pernah sampai sejam setengah aku tunggu. padahal Bink sorang je tgh mandi. Pastu aku buat muka fierce aaa. Pastu terkedek2 bangsat la bos die datang cakap,

"Sori yer, pekerja saya masih training.."


Training kepala hangguk kau. Cuci kete pon nak training gak ke? Adik aku darjah 5 tu pon pandai la. *tapi kene kasik upah la. Lepas hampir dua jam, baru siap. Biasa2 je aku tengok. Aku trus bayar dan blah. Tak sampai beberapa meter, aku koyak2kan loyalty card itu, dan aku taburkan sepanjang Jalan Kuching. lalalalala....puas hati aku. Jangan mimpi la aku nak datang situ lagik. hak ptuihh!
Sebulan lepas tu, aku lalu depan car wash tu. Da tak wujud da. Da transform jadik gerai jual nasik lemak. Nasib baik aku tak sumpah kau jadik tempat pembuangan sampah.

Berbalik kepada Kedai Mandi Binatang Beroda yang aku singgahi petang tadik, sampai2 je, alamak, ade abang stylo bertubuh fit sedang duduk diatas kusi, menunggu binatang berodanya siap dicuci. Aku cemas. Sehingga nak tekan brek tertekan minyak. Tapi aku kontrol. Aku memparkir Bink. Dan aku berlagak snob seolah-olah aku tidak berminat pade lelaki seperti itu. Padahal dalam hati...

Setelah buat-buat kemas kete, mata aku mengekori kemana Abang Fit Bertubuh Mantap pegi. Macho langkahnya kearah seekor haiwan beroda keluaran Malaysia. terus, pang! Aku tak kisah dengan haiwan beroda buatan Malaysia. Support local. Tapi haiwan beroda kamu telah dimodified! Entah kenapa, aku trus turn off. Dan medula oblangata aku ligat menganalisis;

"Dia suami orang"

Entah kenapa, bila aku nampak lelaki membawa haiwan beroda keluaran malaysia yang telah dimodified, aku selalu rase mereka laki orang dan trus turn off. Hoh, maaf kalo aku berpikiran begitu. Tapi itulah yang otak aku tafsir apabila mata menerima isyarat2 seperti itu. Andai ideologi aku salah, sila screwkan balik yer. Biasalah, aku orang kampung. Pengetahuan kurang luas.

Hancur sudeh harapan. Tapi apabila melihat Bink yang berkilat dan harum, aku seolah ternampak tampalan pelangi di langit yang gelap. Superb, bersih, berkilau. Kalo lalat hinggap kat dashboard Bink, pasti tergelincir neh. Aku tersenyum, biarpun Abang Fit Bertubuh Mantap sudah hilang ditelan gelap malam.

RM8, berbaloi. Aku puas hati.

lalu aku balik rumah dan terus melantak megi sup.

Peringatan yang bukan bertujuan menghanjeng bisnes orang:
Jangan pegi cuci haiwan beroda kesayangan korang kat Esso TTDI Damasara. Mahal anjeng shikilake.

Baca perbualan