Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Dari Ekor Mata Intan Tettiyana : Al-Kisah di Teratak-Sari

  • sha
  • 15 years ago
  • 1,168

 

profile watak1:
-seekor ayam jantan milik encik jiran(mungkin);
-panggilan mesra jejaka-rebutan


profile watak2:
-seekor ayam betina berumur dlm lingkungan 15 tahun;
-pernah bertelur beberapa kali dan pernah menetaskan anak ayam;
-panggilan mesra ibu-ayam


profile watak3:
-seekor ayam betina tidak diketahui umurnya;
-tetapi sedikit muda drpd si ibu-ayam; sentiasa membontoti beliau ke mana shj;
-tidak diketahui samada dia adalah anak kepada si ibu-ayam atau tidak;
-panggilan mesra cik-minah


profile watak4:
-seekor ayam betina yg juga tidak dapat dipastikan umurnya;
-lebih muda daripada kedua-dua ayam betina tadi;
-lebih gemar memencilkan diri; panggilan mesra cik-gayah-ajk-sukan

profile watak5:
-seekor ayam jantan muda;
-bersuara merdu seperti mamat kumpulan exist yang popular dengan 'oh ibu' suatu ketika dulu (sekarang dah kurang merdu);
-panggilan mesra remy


profile watak6:
-seekor ayam jantan;
-gemar bergaduh dan memekak dan sukakan aksi lasak;
-panggilan mesra bapa-ayam-durjana


2 bulan yang lalu
ibu-ayam: i seronok lah!! dah nak raya..yeay!!
cik-minah: ha ah laaa..i pon seronok..selamat hari raya, hari untuk kita bersuka-ria,selamat kami ucapkan....

cik-gayah-ajk-sukan tiba-tiba menyergah

cik-gayah-ajk-sukan : suka-ria korang yer! eh, aku dengar babygirl bersembang dengan sister-babygirl. Katanya nak masak rendang ayam raya ni nanti. Abah babygirl pon dah setuju nak ambil salah sorang dari kita untuk disembelih. Masih mahu bersuka-riakah kawan-kawan?harap-harap bukan kita bertiga. Aku doakan bapa-ayam-durjana tu yang abah babygirl sembelih.

Selepas raya
ibu-ayam: i sedih bapa-ayam-durjana dah takda lagi. Takde tempat lagi i nak mengadu!
cik-minah: alah u, bagus laa dia takde. Kalau tak pantang kita leka sikit, habis baby-baby kita dimakannya. Harapkan pagar, pagar makan padi!
ibu-ayam: habis tu sekarang, mana i boleh bertelur lagi..i mahukan zuriat!!


1 bulan yang lalu
jejaka-rebutan: hi, boleh berkenalan? patutlah I dah lama tak berlawan kokok dengan bapa-ayam-durjana. Dah takde dia rupanya yerr!
ibu-ayam: hi! hmmm..dah lama dah dia takde. Sekarang hanya tinggal kami.
jejaka-rebutan: selamat berkenalan. i jejaka-rebutan. Siapa nama u?

cik-minah yang tidak dijemput sama bersembang tiba-tiba bersuara

cik-minah: hi, hensemmm! nama i cik-minah..oh, u laaa jejaka-rebutan tu yerr..i adore sgt suara u..baru sekarang kita bersua yerrr
jejaka-rebutan: hehehe...takdelah..biasa-biasa aje!

cik-gayah-ajk-sukan menyampuk

cik-gayah-ajk-sukan: haaa, mulalah ko tu cik-minah! jejaka-rebutan tu takde mananya nak ngorat ko! tak yah nak duk terhegeh-hegeh kat situ


1/2 bulan yang lalu
jejaka-rebutan: ibu-ayam, i gembira sangat bila u terima cinta i!
ibu-ayam: eleh, yeke? jangan-jangan dengan girl lain pon u cakap mcm tu
jejaka-rebutan: betul! i cinta u sorang aje. Kalau tak, takkan hari-hari i datang tepi Teratak-Sari u ni, nak jumpa dgn u
ibu-ayam: u kena hati-hati tau! nanti kalau abah babygirl tau u ni boyfriend i, nahas u kena nanti

kini
remy: errr...he hel lo u u o ol..errr...na na nama i re re my..se se la mat ber ke ke na lan...
cik-gayah-ajk-sukan: alamak, abah babygirl bawak masuk jantan baru?? aku tak suka, tak suka, tak suka!!!

cik-gayah-ajk-sukan berlari keliling Teratak-Sari tanda protes dan tidak mahu menerima salam persahabatan yang dihulurkan oleh remy

ibu-ayam: eh..eh tak baik lah cik-gayah-ajk-sukan ni! Jom cik-minah kita perkenalkan diri kita
cik-minah: hai remy! i cik-minah dan ini ibu-ayam. Selamat datang ke Teratak-Sari. U mesti akan suka tempat ni nanti. Percayalah!
cik-gayah-ajk-sukan: aku tak suka dia! dia tak hensem!jangan dekat dengan aku! jangan!

cik-gayah-ajk-sukan masih lagi berlari-lari keliling Teratak-Sari seperti histeria dengan kedatangan orang baru ini


remy: errr..te te rima ka ka sih..ke ke napa di dia tu ma macam tu?
ibu-ayam: maafkanlah dia yerr..tak biasa dengan orang baru

ibu-ayam dan cik-minah masing-masing telah jatuh hati dengan remy; ayam mudalah katakan! ibu-ayam nyatanya sudah berkira-kira untuk meninggalkan jejaka-rebutan demi remy. Apakah ibu-ayam dan cik-minah akan beradu untuk mendapatkan remy? Atau apakah mereka akan bermadu? Penulis masih buntu untuk mengakhiri kisah ayam-ayam di Teratak-Sari ini. Oleh yang demikian, penulis hanya akan membiarkan pembaca membuat konklusi sendiri. Penulis meminta maaf kerana telah membuatkan pembaca membaca kisah ayam yang tiada plot dan jalan cerita yang bagus serta tidak berunsur informatif ini. Sekian wassalam.

Baca perbualan