Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kami Tidak Berzina!: meminta sedikit pandangan

 

Firman Allah:

Janganlah kamu MENGHAMPIRI zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)

al-Isra':32


Salam kawan-kawan. Saya mendapat tugasan untuk menambahbaik kandungan buku 28 muka bertajuk "Jangan Hampiri Zina" - yang olahannya disasarkan kepada remaja bercinta. Untuk edisi sedia ada, kandungannya digarap secara soal jawab: apakah alasan lazim remaja bercinta diikuti jawapan berbentu nasihat dan saranan yang dianjurkan Islam.

Contoh:

Remaja: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?

Jawapan: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul. Ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan. Ada zina mata iaitu melihat kekasihnya dengan perasaan berahi. Begitu juga melihat auratnya adalah dikira sebagai zina mata. Ada satu lagi zina iaitu zina hati, dia berkhayal dengan berahi bersama kekasihnya.

Alangkah jelasnya sabda Rasulullah:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman

Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud.

Sebenarnya jalan, lorong dan pintu menuju kepada perzinaan amat banyak. Tutuplah dengan rapat mana-mana pintu atau jalan yang boleh membawa kepada perzinaan.

---

Buat masa ini, olahan untuk edisi baru dicadang dalam bentuk komik. Dengan dialog yang lebih santai.

Jadi saya ingin memohon bantuan tuan-puan (mentang-mentang baru balik BTN), kalau ada pandangan tentang cara yang baik untuk mengolah komik ni. Atau mungkin tuan-puan ada pandangan lain, tak nak buat stail komik dan ada stail lain yang lebih berkesan untuk menarik minat remaja menghayati isi kandungan buku ini.

Silalah utarakan.


Yang menjalankan tugas.
Cahatomic
the only peserta BTN yang bukan pelajar mahupun penjawat awam di kursus BTN Ulu Kenas 24-28 Januari 2009.
(habih tu apsal aku pegi? haa, itu kita tak tau!) - er ye ke tak tau?

Baca perbualan