Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Perutusan Khas 2009

 

Alhamdulillah.

Datangnya Februari 2009 ini, Kapasitor memasuki tahun kelima usianya. Juga bermaksud ini tahun keempat Kapasitor dibuka keahliannya kepada umum kerana setahun pertama dulu, laman ini hanyalah platform untuk Johari seorang saja berkarya!

Februari 2009 juga menandakan usia Kapasitor versi ke-4 yang dijana oleh joCMS ini sudah mencecah setahun. Justeru pemecahan Kapasitor kepada tiga bahasa telah menginjak usia yang sama.

Bagi Kapasitor MS (seksyen Bahasa Melayu) pula, ketibaan Februari 2009 menggenapkan penggal pertama tugas moderatornya.

Sekalung tahniah saya pakaikan kepada Kru Pengelola Kapasitor MS, Puan Myelina, Cik Syud, Cik Nurie dan juga Encik Apun (pakaikan kalung tahniah?). Sebagai barisan perintis moderator yang - walaupun tanpa insentif material - sudi mengelola seksyen Bahasa Melayu ini dan melalui jatuh bangunnya bersama.

Bagi penggal kedua, saya terpaksa akur untuk melakukan perubahan pada senarai moderator tersebut. Dua orang daripada pengelola setia Kapasitor MS ini rupanya sudah melangkah ke tahun akhir pengajian, sibuk dengan semester klinikal juga thesis dan projek penyelidikan. Maka saya dengan rasa berat hati tapi penuh tanggungjawab dan bersikap wajar, menerima pengunduran mereka berdua.

Kali ini sejambak terima kasih pula yang nak saya sampaikan, khas buat Syud dan Nurie. Walaupun nama anda tidak lagi di dalam senarai, anda berdua masih sangat sebahagian daripada nadi yang membantu menggerakkan Kapasitor MS ini. :)

Bersempena dengan ini juga, saya ingin mengumumkan dua 'orang lama' sebagai muka baru di dalam pasukan pengelola ini iaitu, Bang Sham (upenyu) dan Kak Maria (mr_kajiwa). Semoga pengetahuan dan pengalaman mereka berdua boleh digembleng bersama ilmu moderator sedia ada agar memberi manfaat pada pengkarya-pengkarya Kapasitor MS.

Berikut adalah portfolio Kru Pengelola Kapasitor MS bagi penggal 2009/2010.

          Myelina dan Zinggof = Puisi
          Upenyu dan Mr_Kajiwa = Novel dan Cerpen

Buat mereka yang menghantar entri di seksyen berkenaan, jemput-jemputlah mencari pengelola yang berkenaan jika mengharapkan bantuan, ulasan, saranan dan sebagainya :)

Sekian.



Cahatomic,
Kapasitor MS



p/s : Februari 2009 bermakna saya dah setahun setengah tak pos cerpen dan novel (kecuali entri untuk projek bersiri apun)

Baca perbualan