Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PPSMI - Apa Kata Anda...

 

     Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI). Kenapa dengan PPSMI? Selepas beberapa tahun PPSMI di wujudkan, isu ini timbul lagi. Dikatakan PPSMI ini menyusahkan pelajar-pelajar sekolah. Tapi dinyatakan bahawa keputusan UPSR 2008 meningkat. Betul ke? Meningkat di kawasan bandar dan luar Bandar. Bagaimana pula dengan pelajar-pelajar sekolah di kawasan pendalaman? Kenapa tidak dinyatakan? Berbalik kepada isu PPSMI. Kenapa perlunya PPSMI? Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan Kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Betul ke? Juga dikatakan untuk membantu pelajar-pelajar mempelajari dan menguasai Bahasa Inggeris di peringkat awal. Betul ke? Kenapa tidak diajar dalam bahasa lain, seperti Kantonis dan Tamil? Nampak majmuk lagi penggunaan bahasa di Negara kita. Memang betul, soalan peperiksaan PPSMI ini menggunakan dwi bahasa, dan memang betul Guru-guru di sekolah juga membantu memahi PPSMI. Tetapi di ‘Medan’ peperiksaan pelajar-pelajar akan menghadapinya bersendirian, dan akan menjadi gugup apabila melihat penggunaan dwi bahasa di atas kertas soalan. Ada juga orang memberikan pandangan agar mata pelajaran Geografi juga di ajar dalam Bahasa Inggeris. Kenapa tidak ‘membahasakan’ terus Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris? Senang lagikan. Selepas itu bolehlah pula mata pelajaran Sejarah diajar dalam Bahasa Inggeris. Bolehlah pelajar-pelajar sekolah mempelajari sejara-sejarah Tanah Melayu dalam Bahasa Inggeris. Kenapa kita perlu ‘mengejar’ bahasa asing demi ‘Perubahan’. Qatar dan Jepun contohnya menggunakan bahasa mereka. Maju jugakan. Pada pendapat saya, kenapa tidak diajar Bahasa Arab di sekolah? Ini kerana Agama rasmi di Malaysia adalah Islam dan jikalau diajar Bahasa Arab, pelajar-pelajar sekolah beragama Islam boleh melancarkan lagi pembacaan Al-Quran. Pelaja-pelajar agama lain pula boleh di kecualikan. Kenapa kita perlu mengikut orang? Dahulu Bahasa Melayu merupakan Bahasa yang diagung-agungkan. Kenapa sekarang nampak sperti hendak ‘karam’ kan Bahasa Melayu. Fikir-fikirkanlah. Bukan hendak mencetuskan kontroversi, tetapi hanya ingin meluahkan rasa di hati.

 

 

 

Bekas Pelajar

S.M.M 04

 

Baca perbualan