Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Jujur dan ikhlas dalam perjuangan muzik.

 

Mampukah kita bersikap jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan muzik? Aku selalu tertanya-tanya apakah para karyawan muzik benar-benar jujur dalam berkarya. Pentingkah kejujuran dalam muzik tu? Bagi aku penting..sangat penting. Kenapa? sebab muzik berkait rapat dengan jiwa dan emosi seseorang. Kriteria bagi sebuah kejujuran dalam muzik adalah sangat subjektif. Ianya mungkin jujur pada pihak A, tapi mungkin tidak pada pihak B.

 Jadi kenapa aku mempertikaikan tentang kejujuran dan keikhlasan dalam bermuzik disini? Jawapan aku mudah. Kerana kalau tak ada kejujuran dalam bermuzik, kita akan sewenang-wenangnya memandang rendah kepada hasil karya dan kredibiliti karya muzik orang lain. Sebagai contoh, kita sering melabel muzik dangdut sebagai muzik kelas rendah berbanding muzik lain. Sesuatu yang harus para pengkritik tak bertauliah ni lihat adalah muzik dangdut bukan semurah atau serendah yang kita sangka. Betul, ada adegan semi erotik dalam tariannya tapi kenapa tak didalami falsafah muziknya sebelum kita melabel muzik tu? Dan kenapa pula muzik RnB atau Jazz lebih dihargai sedangkan pengisiannya hampir sama aja dengan muzik dangdut?

Ini cuma cebisan kisah birokrasi dalam muzik yang dapat aku huraikan disini. Insya Allah dimasa akan datang aku akan menulis lagi.

Baca perbualan