helpHelpfeedbackFeedback  Register
http://www.kapasitor.net/community/
Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Selamat Malam Kibod!
Komuniti: Life | 23/02/2009 | 23:29:32 PM | 155 Views
Share

Selamat Malam Kibod!

image

Aku berada pada dimensi kebosanan tahap cipan terbang (bawah cikit dari tahap bosan ceperlai layu di tasik madu). I’m kinda stuck. Trap inside this boredom territory. Tidur bukan jalan keluar. Buku-buku kelihatan berat untuk diangkat. Segala tenaga hampir semua disedut ( slurp.. slurp) oleh raksasa bosan ini, dan tinggal sedikit sahaja mengalir untuk jari-jemari aku menekan kekunci-kekunci pada kibod ini.

 

Mungkinkah sebab siang tadi aku teroverdosed dengan tidur yang nyenyak disaluti oleh dingin hujan februari? Atau aku terlebih makan sotong masak hitam sebentar tadi?

 

Kelmarin semasa aku memandu di Bandar dan sekitar jalan Dhobi, jalan-jalannya sudah banyak bertukar arah. Yang dahulunya 2 hala, jadi satu hala. Maka aku terpaksa mencongak-congak jalan keluar untuk pulang. Tidaklah serumit manapun, tetapi yang menyakitkan hati nurani aku ni tentang pemandu-pemandu yang tidak peka (atau tidak mahu peka) tentang perubahan.

 

Tetap mahu langgar papan tanda, tetap jalan walau salah arah. Jadi aku yang ikut jalan betul terpaksa berhati-hati supaya tidak terlanggar manusia-manusia dungu ini. Iya mungkin ada yang tak perasan akan perubahan, tapi yang hari-hari jalan kat Bandar, takkanlah tak tahu (adalah seorang pemandu teksi ni), selamba badak sumbu je jalan.

 

Tapi bukankan manusia memang begitu, sukar untuk menerima perubahan. Bila kita sudah diconditionkan terlalu lama pada sesuatu, maka kita get attached, terbiasa. Terbiasalah akan selalu bawak binasa. Come to think of it, aku pon mungkin sama kekadang. Yelah, terbiasa, terbiasa tido lewat, terbiasa makan lewat, terbiasa bangun lewat, terbiasa tangguh kerja dan sewaktu dengannya.

 

Padahal aku ada kuasa. Kuasa untuk berubah. Kita semua ada. Tapi semua bergantung pada sebab. So aku rasa sebelum tidur nanti aku nak pikir dulu, sebab-sebab yang kuat supaya aku boleh ubah kebiasaan yang tak berapa bagus atau biasa-biasa je kepada perubahan yang lebih baik.

 

Selamat malam kibod!


author
mokai
My.Kapasitor
Add as friend
Send Message
share
bloglinesRedditStumbleUpontechnocratiYahoo
DeliciousdiggFacebookGoogleNewsvine

my other posts
Whojarn Young Toorhon...
View all


Permalink | Top


Comment
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

jadual aktiviti bulan julai
Jadual penuh

iklaneka
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor
Iklan Tshirt
muat turun
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari

31 Julai: Borak Foto bersama Shaiful Rizal