helpHelpfeedbackFeedback  Register
http://www.kapasitor.net/community/
Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Kapasitor MS: Buletin Mac 2009
Komuniti: Information | 3/03/2009 | 09:34:12 AM | 396 Views
Share

Kapasitor MS: Buletin Mac 2009

 

Salam ceria buat warga Kapasitor MS :)

Pertamanya, saya nak ucapkan sekali lagi selamat bertugas dan terima kasih kepada sidang Kru Pengelola yang baru kerana sudi untuk bersama-sama mengemudi kapasitor seksyen Bahasa Melayu buat penggal ini.

Kalau dulu Kru Pengelola kita semuanya muda-muda belaka, kali ini barisannya lebih mencakup pelbagai peringkat umur. Dari segi pengetahuan dalam bidang sastera dan linguistik juga, dengar khabar angin barisan kali ini relatifnya lebih berpengalaman. (Ha ha, tu yang mendatangkan ketakutan, orang-orang sastera ni sangat berjiwa halus, saya tidak ;p)

Baiklah, di sini saya ingin berkongsi sedikit tips dengan anda mengenai pendekatan yang saya lakukan dalam mengomen entri-entri yang dihantar. Kelak, bolehlah anda semua kongsikan pendekatan anda pula :)

Di Kapasitor MS, latar belakang audien dan pengkaryanya luas. Beginner adalah golongan majoriti. Ada penulis yang serius, tak kurang juga yang sekadar melepas rasa.

Ideologi yang dijunjung juga pelbagai. Ada penulis yang bermentaliti anarki, ada penggiat sastera ukhrawi, begitu juga peminat genre fantasi, satira dan famili, semuanya ada penulis dan pengikutnya tersendiri.

Saya suka melihat komen-komen yang warga berikan. Tidak senada, bervariasi, perspektifnya pun pelbagai. Ada komen yang bersungguh, ada yang sakat menyakat (seperti komen saya pada rakan-rakan rapat), ada juga yang sekadar cukup syarat. (Tak mengapa, lebih baik dari tak komen langsung).

Dalam mengomen ni tak salah nak mengkritik, cuma kita niatkan komen kita tu utk bantu mereka, bukan bunuh mereka.

Masalah-masalah macam .. "La budak ni, kita dah tegur banyak kali pun, degil juga. nak juga menulis macam ni. Semua benda tak jaga!" ...memang dari dulu dah berlaku. Ha ha! Tengok saja penggal lepas, ada pengomen yang geram sangat sampai terbagi komen yang nak membunuh penulis tu :) Sampai ada entri-entri tambahan sebagai reaksi susulan. :)

Saya tak nafikan ada di antara letusan komen tu benar argumennya. Tapi itulah, bukan semua yang pos entri di sini iltizamnya sama.

Pendekatan saya secara umum. Kalau saya "lihat" karya yang dihantar tu mahu dikomen bahasanya, saya komen bahasanya. Kalau dia cuma mahu dikomen jalan ceritanya, saya komen jalan ceritanya.

Kalau dia cuma nak meluah, melepas rasa. Saya beri reaksi tentang rasanya saja. Tak perlu sakit-sakit jiwa fikir dan geramkan kenapa dia ni hantar benda-benda yang aneh pada pandangan saya.

Kita boleh kritik, nasihat dan beri pandangan, tapi kalau dah mereka mahu kekal begitu, apakan daya :) kalau geram sangat, saya tak komen. ha ha.

Macam saya, saya tak kisah sangat kalau seseorang tu tak cepat maju, daripada dia tak menulis langsung. Sebab saya tahu, dengan latihan tu akan ada pelajaran-pelajaran tak langsung yang dia akan perolehi :)

Akhir kata, saya hargai dan ucapkan berbanyak terima kasih pada semua komen dan maklum balas yang anda semua titipkan pada entri-entri yang dihantar selama ini. Semoga usaha dan perkongsian yang kita lakukan ini akan membantu pada yang ingin dibantu, dan redakan rasa pada yang sedang dilanda gerhana. Biar membina, jangan membunuh ya! :)

Baiklah, itu saja dari saya. Salam.

Penafian:
1. Mana-mana entri yang saya tak komen, tak bermaksud saya tak suka. Kadang tak sempat :p Oh, dan saya cenderung mengomen di novel dan cerpen saja ya :) Puisi saya tak pandai.

2. Mana-mana entri yang saya komen cukup makan pun, bukan bermaksud saya anggap ini entri aneh. Tapi kadang tu tak cukup kemampuan mengomen juga :) Saya hanya insan biasa.

Jemputlah kongsikan pendekatan anda pula :)

 

Cahatomic
Kapasitor MS
020309


author
cahatomic
My.Kapasitor
Add as friend
Send Message
share
bloglinesRedditStumbleUpontechnocratiYahoo
DeliciousdiggFacebookGoogleNewsvine

my other posts
Salam Kenal, Salam Karya, Salam Budaya!
Kapasitor MS: Buletin Julai 2010
Kapasitor MS: Buletin Jun 2010
Selamat Datang! (versi pasca-Youth'10)
Kapasitor MS: Buletin Mei 2010
Kapasitor MS: Buletin April 2010
Personal: Sesekali Teringat..
View all


Permalink | Top


Comment
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

jadual aktiviti bulan julai
Jadual penuh

iklaneka
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor
Iklan Tshirt
muat turun
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari

31 Julai: Borak Foto bersama Shaiful Rizal