Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Komen Pada Post Caha

  • mosh
  • 15 years ago
  • 963

 

Post ini adalah sebenarnya untuk komen kepada post mr.caha, oleh sebab ada sedikit masalah pada commenting ketika ini (yang saya percaya sedang diperbetulkan oleh team) dan sudah 5,6 kali saya cuba komen di post itu tapi yang keluar hanya sebahagian atau 2, 3 patah perkataan saja, maka saja post je kat sini.

Sedikit cadangan & pandangan saya, ;)

 

Bagi pengkarya :

 

Berkaryalah dengan ikhlas dan sebaik mungkin pada kemampuan anda. Setiap karya yang dihantar sudah pasti anda mahu orang baca, kalau tidak buat apa hantar? Apabila orang baca sudah pasti akan menimbulkan reaksi emosi (itu yang kamu mahu bukan?)


Dan kalau mereka rajin, mereka akan nilai dan komen atau pun kritik. Bagi saya, apabila saya menghantar karya saya (kalaulah boleh dipanggil karya), saya hanya mahu orang baca, saya mahu kongsi rasa atau pandangan. Cukuplah kalau orang baca dan komen. Kalau kritik lagi saya suka, maksudnya pembaca itu tergerak emosinya sehingga mahu mengeluarkan sedikit tenaga untuk menaip komen/kritik itu. Buat seketika melalui pembacaannya, fikiran saya telah menerobos ke fikirannya walau kita jauh di mana-mana.

 

Ada juga orang hanya baca tetapi tidak komen atau kritik (sungguh tak best..haha), sebab kita tidak tahu sama ada orang itu baca atau hanya buka  page itu saja. Penilaian karya adalah yang terakhir dalam fikiran saya, yang penting jenguk dan baca.

 

Sebagai pengkarya kita mesti bersedia untuk dikomen, dinilai atau dikritik. Kalau orang komen/kritik/nilai bukankah hasrat kita tercapai (supaya karya dibaca)? Dan bukankah kita boleh belajar dari cermin fikiran orang lain yang menilai karya kita. Lagipun kalau typo pun kadang-kadang orang yang paling cermat dan baca sepuluh kali sebelum tekan send  pon bole miss, so kalau orang tegur kesalahan tu bukankah bagus?

 

“If you don’t like critic, do nothing, be nothing!”, omputeh cakap la.

 

Tidak semua orang akan setuju dengan kita, dan tidak semua orang suka benda yang sama. Kita pun adakala berbeza pendapat dengan orang lain juga. So kalau orang komen atau kritik, don’t take it personally. Sebab mereka komen/kritik karya itu bukan anda secara peribadi.

 

Bagaimanapun saya setuju gak dgn apun, dari hari ke sehari cubalah kita menghasilkan yang terbaik. Kalau tak buat silap bukan manusia, dan kita lebih banyak belajar dari kesilapan sebenarnya. Cuma kalau dah tahu silap jangan la ulang, sebab ia akan menjadi kepada bodoh pula . huhu

 

Bagi pembaca :

 

Dalam semangat setiakawan, bantu-membantu dan keinginan sama-sama mahu maju, cubalah kita memberi komen, kritikan dan penilaian yang jujur dan bertanggungjawab. Tahu beza antara komen, kritik dan kutuk. Jangan takut nak komen atau nak kritik. Elakkan kutuk atau kondem, sebab untuk apa anda buat begitu?

 

Kalau mampu cubalah baca karya-karya orang lain dan janganlah harap orang lain (atau moderator )sahaja yang baca karya anda. Ketahui ramai di sini yang berbeza fahaman, pendapat, ideology atau sebagainya. Mereka semua ada hak eksklusif itu sama seperti anda. Anda tak suka main bola contohnya (bodoh 22 orang kejar 1 bola) tetapi ada orang lain suka. Anda suka main golf, orang lain mungkin tidak (Golongan Org Lemah Fikiran katanya), peduli la. Ada yang tak suka puisi cinta cintun, ada yang jadi makanannya. Ada yang tak suka politik, ada yang suka. Di sini anda ada pilihan, semua ada pilihan, jadi pilihlah siapa yang anda suka gaya karyanya., mesejnya, genrenya.

 

Pengakuan :

Saya baca hampir semua karya-karya puisi & poetry, pilihan cerita-cerita pendek & short stories dan blog komuniti tetapi sangat kurang bahagian novel sebab saya berapa tahan baca kat screen pc lama-lama (lainlah buku). Saya pula selalunya komen sahaja, tak sampai lagi tahap nak kritik. Dan kadangkala langsung tak komen sebab ada puisi-puisi itu saya tak faham langsung (mungkin pengetahuan saya tak sampai lagi atau cetek ;P). Tapi saya akan make effort untuk baca gak bahagian novel ni nanti.

 

Semoga kapasitor lebih meriah lagi dengan komen & kritik yang membina!

oh nota, saya rasa cik Njay ini antara orang yang paling rajin baca post2 orang lain dan komen walaupun sangat jarang dia post sesuatu. Thank you so very much!

Baca perbualan