Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

BACA :: Jalan Depan Istana

 

Apa yang aku tulis adalah satira. Aku tak fahamlah, kenapa masih orang tak berapa faham satira. Sindiran oke. :D. Kalau tak mampu nak faham, tak mengapa. Tapi jangan salah faham.

Baca sini.

:::::::::::



Semalam harus ada dalam sejarah buku teks mana-mana. Harus terlalu kecil, mungkin wajib. Ya. Wajib dalam teks pengajian sejarah atau Bahasa Melayu. Seperti mana, gerakan mementang Malayan Union, seperti mana cerita menentang bintang tiga, atau bulan merah satu (jepun). Ya! Sejarah untuk suruh adik kecil, anak kecil kita tahu apa yang kita dungu.

Kadang-kadang aku pelik, apalah salahnya teruskan saja dalam Bahasa Melayu, ramai saja yang lepas ke luar negara cuma dengan setahun dua belajar translate ke dalam english. Malah lagi ramai ke negara yang tidak english, ke jerman, ke perancis, ke indonesia, ke korea, tak lupa ke jepun. Elok saja.

Ada akrab aku berkata "Eloklah, kau tu lepas ke luar negara, aku masih buntu dengan bahasa inggeris." Ha, ouh, begitu kah? :D

Apo kono eh jang. Apo ko bangang. Apo kono eh jang. Sudahlah bangang, bengap pulak ekau.

Waktu PPSMI jadi isu, aku ada di sini, melihat betapa bengapnya anak jepun yang tak tahu berbahasa inggeris. Tahu? Kalau kamu boleh berbahasa inggeris tahap sekolah rendah, cukup hebat di sini. Malah itu masih dikira normal, yang abnormalnya, sampai sensei-sensei pun tergagap-gagap inggeris. Nah, habis pening aku. Aku cakap dengan dia broken japanese, dia cakap dengan aku, spoiled-english. Haks.

Jadi aku faham. OUH! Inilah yang kerajaan mahu. Mengelakkan semua ini terjadi di kalangan intelek Melayu, menjadikan pelajar Melayu/ Malaysia lebih mantap dan boleh memacu dengan mudah ke pentas antarabangsa. Ya lah, sudah 50 tahun lebih merdeka, katak-katak Melayu masih ramai tak mahu keluar tempurung.

Kalau adapun dihantar ke luar tempurung, tetap katak. Kamu tahukah apa jadi semalam? Gerakan menentang PPSMI. Kamu tahu PPSMI tu apa? Haks. Soalan ni, aku yakin 70% budak luar negara tak boleh jawab. Aku yakin, pasti dan SANGAT yakin.

Sebab aku lihat dengan mata-kepala aku sendiri. Jangan cakap tentang PPSMI-lah, aku rasa masih ada tak tahu Pak Lah mahu letak jawatan.

Apo kono eh jang. Apo ko bangang. Apo kono eh jang. Sudahlah bangang, bengap pulak ekau.

Dalam pada dasar kerajaan jepun untuk memartabatkan bahasa jepun dalam sains dan matematik, dalam pada kejayaan mereka berkali-kali memperoleh anugerah nobel (puncaknya tahun lepas), aku sendiri tenggelam dalam satu drama-dilema-bangsa jepun yang sangat tidak membanggakan.

Jujurnya, aku rasa, aku nampak, aku dengar, bahasa jepun sebenarnya sudah hampir juga sanskrit. Banyak sungguh bahasa saduran yang bergantungan sana sini, yang dijaja di televisyen, yang dianggap bahasa jepun sendiri.

Contoh. Kalau ke kedai makanan, order saiz makanan/minuman adalah dengan S.M.L. bukannya syou, chu, oo (小。中。大). Kan cacat. Kalau mahu buat tempahan, kita sebut order (o--daa), bukannya chuumong (注文). (haks, tapi bangsa MELAYU pun sama sebut order kan.) Kertas di sebut paper (pe-pa-), bukannya kami (紙). (Kalau di Malaysia kita sebut, paper = surat khabar / kertas peperiksaan).

Ah, menimbun lagi. Tapi ini bukanlah masalah bangsa jepun sahaja, bangsa Melayu akhir-akhir ini makin teruk juga, dengan saluran infoteimen ( apa haram istilah ni? ), saluran famili, OK, HELLO, dan lain lain.
(Dulu kita ada bas melayu (Bas Mini), sekarang kita guna bas london (rapidKL) - xada orang kesahpun)

Bukan itu sahaja, malah di jepun, lewat lepas jatuhnya "budak-kecil dan lelaki-gemuk", (little boy dan fat-man), memang kepala otak kebanyakan penduduk jepun ini mengagungkan kehidupan orang putih. Walaupun ada yang masih jelas nampak membenci Amerika, tapi terhadap eropah, menyembah-nyembah. Gaya pakaian, gaya hidup, pemakanan, semuanya berubah dengan laju, lagi-lagi selepas Olimpik Tokyo 1964.

Jadi aku kembali berfikir, "apakah jadahnya mewajibkan sains dan matematik dalam bahasa jepun, tetapi dalam aspek lain lebur juga bahasa jepun."

Haha, tapi jelasnya, jelas sejelas-jelasnya, negara ini yang mewajibkan perlajaran kritikal itu dalam bahasa jepun sehingga peringat sarjana muda sekalipun, masih kehancuran bahasa.

Kalau PPSMI berjalan lancar? Kita ada berapa tahun lagi sebelum menjadi Malayan Union yang bernaung di bawah Queen Elizabeth. Wah, bolehlah kita semua masuk British Got Talent? Bolehlah aku lihat Amanda datang Malaysia nanti. Lepas tu, silap-silap kita boleh bermain dalam EPL?

Aku tahu memang ada yang mahu PPSMI berjalan, entahlah, aku rasa belajar istilah dalam subjek EST (English for Science and Technology - yang men-spoil-kan result SPM aku), memadai. Saban tahun makin ramai aku lihat graduan luar negara, lepasan SPM yang lulus ke luar negara, ramai, sampai tak pernah cukup kuota tajaan, itupun masih diklasifikasikan sebagai lemah.

Lemahnya bukan bahasa, tetapi jatidiri, motivasi dan kemahiran berdikari. Semuanya berbalik kepada? Sistem kekeluargaan (kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat) dan sistem pelajaran (kementerian pelajaran, dan pengajian tinggi). :D

Haha, cukup-cukuplah menghancurkan Bahasa Melayu yang sedia hancur. Inang, makyong, zapin, ghazal, caklempong, keroncong, dondang sayang, wayang kulit, penglipur lara, nobat, serunai, semua sudah jadi klasik.

Takkan kita mahu melihat bahasa ini jadi Sanskrit. Hilang macam bahasa parsi yang cukup tinggi nilai sasteranya pada zaman kerajaan mughal.

Apo kono eh jang. Apo ko bangang. Apo kono eh jang. Sudahlah bangang, bengap pulak ekau.

Aku rasa kebanyakan yang sama-sama ikut semalam bukannya ramai mana faham kenapa PPSMI perlu tak ada. Malah aku pasti, ramai juga yang dekat sana lidah sudah lancar menyebut (okey, hai, hello, volume, cenel (channel), stuck, jem bla bla bla bla).

Haks, suara rakyat, suara rakyat juga. Tapi kalau mulut ramai, suaranya seorang saja, esok-esok kalau pemimpin parti politik yang berpengaruh, bangun dan kata "Hari ini kita ganti ringgit kepada Dollar Malaysia, ramai juga yang menyokong."

Sebab tak faham. :P. Konon-konon anti-PPSMI, dalam playlist semua lagu inggeris, kalau lagu lamapun inggeris, lagu barupun inggeris, dalam almari baju melayu tak ada, tulis jawi tak reti (baca quran apetah lagi), keluar rumah bergaya london, macammana tu? :P

Hishamudin mungkin akan jaga kredibiliti dia dalam pemilihan Umno akan datang. Keputusan yang betol, membolehkan dia jadi TPM. Auch~

Bagaimana UMNO mahu selamatkan bahasa Melayu, sedangkan UMNO adalah bahasa inggeris. (United Malays National Organisation)




"Bapak, perang apa lagi ini?
Zionis sudah jejak ke sini?"

"Perang jiwa nak, perang jiwa bangsa."

"Inilah cara untuk selamatkan bahasa ya.
Kamikaze."

*apunpitalisme*

Baca perbualan