Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hadiah Harijadi Saya

  • jojo
  • 17 years ago
  • 2,636

 

Alhamdulillah, 

Akhirnya, gathering pertama Kapasitor telah dijayakan dengan sederhana dan gegak gempita. Terima kasih kepada greyOrked, Kesuma (dan pasangan), m155m00n (dan anak-anak), blur12, akisendro dan rakan-rakan admin Kapasitor (serta pasangan mereka). Alhamdulillah, gathering ini berlalu dengan baik dan diakhiri dengan sessi makan-makan di Foodcourt Rasa. Reviu penuh (berserrta gambar) tentang gathering ini akan disiarkan di blog admin dalam sehari dua lagi.

Sebenarnya, harijadi saya telah berlalu pada beberapa hari yang lepas. Inilah pertama kali dalam sejarah hidup saya, "majlis" harijadi saya (walaupon terlewat) disambut dengan meriah walaupon tiada kek, tiada kad dan tiada kata ucapan. (Tapi tak kesah sangat pon sebenarnya sebab, saya memang tak pernah celebrate birthday saya, tapi birthday org sebok nak celebrate). Saya juga tidak bercadang mahu berkata apa-apa ketika bermain bowling tadi. Sumpah, saya rasa seronok sgt dapat mengumpulkan ramai orang untuk "majlis harijadi" yang saya seorang saja yang tahu. Biarlah saya rasa syok sendiri sekejap Tongue out. Senyap-senyap, saya mengatakan kpd diri saya bahawa; "ini le birthday present aku yg paling best!"

Nantikan gathering yang seterusnya. Mungkin lepas ni kita boleh bermain futsal, memanjat gunung, water-rafting, bbq atau apa sahaja yang terlintas. Kepada yang terlepas peluang untuk menghadiri gathering Kapasitor yang pertama ini, jgn risau. Pasti akan ada gathering untuk masa akan datang. (PASTI!!)Gathering ini bukan acara tahunan. Mungkin gathering ini akan dijadikan aktiviti bulanan tapi dipenuhi dengan acara-acara yang berlainan. Insya Allah.

http://kapasitor.net/images/gathering/1.gif

Dari kiri: xr, cahatomic, ishk; 3 jejaka pemalu (blergghh..~!)

http://kapasitor.net/images/gathering/1.gif

jojo: dem, power gile mamat izha ni (merujuk kpd sang jejaka berbaju biru gelap)

http://kapasitor.net/images/gathering/3.gif

Dari kiri: uesman, greyOrked, blur12, nur_za, uculer (belakang)

http://kapasitor.net/images/gathering/4.gif

Ishk: gaya pemain berbola twist

http://kapasitor.net/images/gathering/5.gif

sedang menuju ke Foodcourt Rasa

Terima kasih kerana sudi datang,
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa,
Yang baik datangnya daripada Allah yg Maha Sempurna,
Yang buruk puncanya daripada kelemahan saya yang kachak dan berambut megi ini.

*Kepada semua yang bermain bowling tgh hari tadi, saya berhutang RM1.80 dengan anda semua. Nanti saya bayar balik. Tak de duit pecah la tadi. HihiTongue out

Baca perbualan