Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Please don't ask her out and get divorced on the same day

 

A Mad Desire to Dance - Elie Wiesel
Publisher: Knopf Doubleday Publishing Group


Ini sebenarnya bacaan berat. Kalau anda masih ingat, saya pernah buat resensi untuk novel Musim karya Andre Maurois. Andrea penulis dari Perancis. Dan Musim adalah terjemahan oleh DBP. Ini buku terbaik yang pernah saya baca setakat ini. Bagi sayalah. Istimewanya, mungkin saya kenal Musim dari usia 11 tahun. Dan sampai sekarang, dan setiap kali baca perspektif jadi berbeza. Seiring kematangan usia/ akal/ emosi yang semakin bertambah.

A Mad Desire to Dance oleh Elie Wiesel ini mempunyai tema yang agak sama. Iaitu tema psikologi - saikologi (psychology). Tentang definisi sebenar manusia yang berjaya: mereka yang terselamat dari mengharungi trauma dan kepahitan hidup. Kredit kepada Elie kerana berjaya menciptakan watak Doriel Waldman yang berkarisma dan kuat.

Selebihnya, cubalah baca novel ini. Setiap perenggan dan bab, ditulis dengan sangat terperinci. Terutama sewaktu Doriel dan ayahnya bersembunyi dan melarikan diri dari Nazi. Novel berat ini sarat dengan penghayatan emosi dan transformasi psikologi dari kehidupan malang seorang anak kecil yang membangunkan perasaan terpinggir dalam dirinya. Yang percaya bahawa ia akan berakhir dengan kegelapan-alam gila tatkala tiada siapa yang mengerti tentang erti sebenar terang. Hidup dan seperti apa makna hidup itu sendiri. Tiada siapa yang mengajarkan.

 

"When I was a child," he recalls, "we would spend months preparing to visit my grandfather. We had time to think about things - to anticipate - before we did them. You'd think for a long time about taking a girl out. Now you ask her out and get divorced on the same day."In America, everything is numbers. But I'm happy if I write one good sentence."

- Elie Wiesel -

* Elie Wiesel is a writer of 49 books, winner of Nobel Peace Prize in 1986, a philosopher, and also a teacher in Boston University

 

 


Selamat Membaca!



*3.14pm - Book's Review: Zu

Baca perbualan