Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pulanglah..

 

Salam semua...

 

Semenjak dua menjak ni, saya selalu rindukan keluarga saya di kampung. Rindu sangat sampaikan apa yang saya buat, mesti saya kaitkan dengan apa yang keluarga saya buat. Saya rindu nak cakap kelantan... semalam adalah sungguh best!... hah! terubat juga rindu nak cakap kelantan...terima kasih Acol, Apun dan Ceri yang sudi membebel dengan saya walaupun kadang-kadang Acol dan Apun kurang faham. 

Saya tiba-tiba teringat nasi air yang selalu kami beli dekat dengan rumah. Sampai saya pujuk umi nak buat nasi air yang sama... betul-betul sama macam yang orang kedai tu buat. Susah payah saya suruh adik...eh, silap..susah payah adik saya ke pasar beli semua barang-barang yang orang kedai tu guna semata-mata nak buat yang sama. Dan rasanya sama! Menjadi! Dan saya rasa nak buat kat sini, tapi saya dah lupa apa bahan-bahan yang wajib ada dalam nasi air tu... huhu..

Kelmarin, saya beli milo dan terus teringat masa saya kecil-kecil dulu saya selalu beli milo... tapi berhutang. Kerana malu, saya terpaksa berbisik ke telinga makcik kedai, cakap yang kami terpaksa berhutang sebab papa tak ada dan tak tinggalkan duit tapi adik-adik nak minum milo. Sekarang... dah tak boleh berhutang dah sebab kami dah tak beli barang kat kedai runcit makcik tu tapi terus ke pasar raya.. alhamdulillah. 

Saya teringat kat adik-adik... Apabila jauh, mereka perlukan saya. Kalau dekat, mereka buli saya. Tapi saya tak kisah. Saya kaklong dan saya harus bertindak sebagai seorang kaklong. Mereka minta tolong walaupun kami jauh... saya cuba tolong. Mereka bergaduh/selisih faham dengan umi/papa... saya leraikan walaupun saya tak berada di tempat kejadian... Boleh pula mereka dengar cakap saya.. cuba kalau saya dekat... hmm.. jawabnya saya yang kena hambur. Tapi, itulah... kasih sayang mungkin akan lebih jelas apabila saling berjauhan.. Ehm... 

Saya rindu nak peluk dan usik adik bongsu saya sebelum tidur. Sebelum tidur, tidak lengkap hari saya kalau tak usik dia. Saya akan geletek dia, gurau-gurau... sampai dia menjerit marah "Umi! Tengok kaklong!" dan umi akan sound... "kaklong~~"... terus saya sembunyi bawah selimut tapi perlahan-lahan saya akan cuit dia buat kali terakhir sebelum betul-betul tidur. 

Saya rindu juga masa saya tengah cakap di telefon, dia akan duduk menghadap saya dan cuba mendengar setiap bait kata yang saya tuturkan...malah, kalau boleh dia nak dengar apa yang orang di seberang bercakap... Kalau dah bosan sangat dengan cara dia, selalunya sayan akan tukar ke loudspeaker, senang cerita daripada dia dok tenyeh telinga dia kat telinga saya sebab nak menyibuk! Lepas tu dia akan berlari pergi kepada umi dan cerita balik apa yang dia dengar. Bukan saya saja, habis semua orang dia buat macam tu.

Kalau nak tahu apa2 rahsia keluarga, Syafiqah yang pegang semua.. 

Umi merajuk dengan papa? Dia tahu dan dia yang akan pujuk papa supaya pujuk umi.. 
Papa gaduh dengan mama jah (mak tiri saya)? Dia tahu dan dia akan ceritakan pada kami semua... *ini best*
Berapa kali saya putus cinta? Dia tahu semua nama lelaki yg pernah ada dalam hidup saya...
Kakngah dia pergi mana sampai lewat pagi? Dia tahu....malah,  Bf kakngah dia akan telefon dia dulu kalau nak tahu apa yang kakngah tgh buat... 
Siapa girlfriend abang dia? Dia kenal lagi tu dan dia lah yang jadi chaperon time abang dia dating... *selalu chaperon ni untuk perempuan je...*

Padahal kami sendiri menyimpan rahsia antara satu sama lain...

I miss my sister....

Setelah lama berfikir, saya dapati emosi rindu ini hadir kerana saya tidak dapat pulang ke kampung padahal selalunya akan pulang juga walaupun 3hari cuti... Tapi, sekarang... Tak dapat lagi... huhuhuhu...:((

Umi! Papa! Iqah! Wanie! Ipe! Kak long nok kelik! NOK KELIK WEI!!!  TULUNNNNN!!!

 

Sekian, terima kasih. 

 

 

 

 

 

 

Baca perbualan