Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Perjumpaan Bakal Penulis dengan Pekan Ilmu Publications

  • jojo
  • 15 years ago
  • 2,726

 

Pada 28hb Mac 2009 (sabtu lepas), telah berlangsungnya program perjumpaan dengan bakal penulis Pekan Ilmu Publications di Pandan Mewah. Majlis ini dikelolakan oleh Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd dengan dipengerusikan oleh saudara serunaifaqir. Mukadimah majlis dibuat oleh Prof Dr Rahman Shaari (seorang penyarah dari UM dalam bidang penulisan) secara simple dan selamba sebelum diambil alih oleh Serunaifaqir semula.

Lebih kurang 10 orang yang hadir dalam majlis santai ini. Breakfast mee goreng, karipap dan teh tarik memang sudah tersedia untuk kami makan.

Program menyentuh tentang etika, hak, arah tuju, pandangan dan tanggungjawab oleh bakal penulis. Prof Dr. Rahmad Shaari pula pandai mengawal suasana dengan mempersembahkan buah fikiran dan harapan beliau pada kami bakal penulis. (Bagus Prof ni.. aku bercadang nak jemput dia untuk jadi speaker untuk program Kapasitor berikutnya.. hehe).

Majlis kemudian diambil alih oleh Serunaifaqir. Beliau memperkatakan tentang cabaran dan peranan Pekan Ilmu Publications dalam penerbitan dan penghasilan buku-buku mengikut terma dan syarat syarikat ini.

Orang-orang Kapasitor yang datang pada hari tersebut ada beberapa orang antaranya leaqistina, adra, macaisuci dan dewi_biru.


Congrats diucapkan pada semua bakal penulis. Ya, mengikut rancangannya, Aku Budak Setan: Nazihah akan diterbitkan paling awal pon hujung tahun ini Insya Allah. Kesempatan program ini juga aku ambil untuk menyerahkan sinopsis novel sci-fi Betelguese & Aldebaran. Harap-harap, sempatlah novel ini keluar tahun depan insya Allah.

Ya, kepada yang berminat untuk menghasilkan novel genre mistik, fantasi dan sci-fi, serunaifaqir sedang mencari orang-orang sebegini. Jangan malu-malu mencuba ;)

Baca perbualan