Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

tidur yang sempurna

 

Masih belum tahu bagaimana caranya tidur dengan sempurna??Ini adalah antara tips2 untuk tidur dengan sempurna.

MANDI AIR PANAS

* Korang digalakkan untuk mandi dengan air panas 2 jam sebelum tidur kerana air panas mampu membantu melegakan badan,sekaligus dapat menggalakkan korang untuk tidur dengan segera.

JANGAN MAKAN SEBELUM TIDUR

* Ermm..okey!yang ni saya tahu ramai yang buat bende nih.(saya juga :D)

JANGAN mengambil sebarang makanan sebelum tidur kerana makanan yang diambil akan merangsang otak dan memberi arahan kepada badan untuk mencerna makanan,sekaligus menyebabkan korang berjaga sepanjang malam.Ini juga akan membuatkan perut anda sume membuncit!

MINUM SUSU

* Susu diakui baik untuk kesihatan,Selain menguatkan gigi dan tulang,susu terutamanya yang panas dipercayai mampu mengundang rasa mengantuk dan menyebabkan korang tidur dengan mudah.

BACA NOVEL

* Membaca novel adalah salah satu daripada cara untuk mengundang rasa mengantuk.Ia dipercayai lebih berkesan daripada menonton filem @ melayari laman web.

 

HABISKAN TUGAS

* Korang digalakkan untuk menghabiskan semua tugasan harian sebelum masuk tidur.Tugasan yang tak dapat dihabiskan menyebabkan korang berfikir dan merasa bimbang sehingga sukar nak tidur.

 

KEBERSIHAN

* Suasana yang tenteram dan nyaman juga dipercayai boleh membantu korang untuk mendapatkan tidur yang sempurna.Oleh yang demikian pastikan bilik tidur korang sentiasa bersih,sejuk,kemas dan TAK lembap


MUZIK KLASIK

* Yang ini memang saya selalu amalkan dan menjadi.Serius!memang menjadi!Lagu jiwang pun boleh jugak.heheh.

Satu kajian barat telah berjaya mengaitkan muzik dengan tidur.Hasil kajian yang diperoleh telah membuktikan bahawa muzik berjenis klasik mampu merangsang korang untuk tidur dengan mudah.

 

POSISI TIDUR

* Posisi tidur dengan kepala lebih tinggi daripada dada mampu membuatkan korang rasa lebih selesa ketika berbaring.Oleh itu,penggunaan bantal yang tebal adalah digalakkan untuk memastikan korang mudah terlena.


IMAGINASI

* Bayangkan apa2 je perkara yang menenangkan sebelum tidur seperti hutan hijau atau lautan biru.Cara tersebut dipercayai boleh membuatkan korang terasa seperti di awang awangan.tanpa disedari,korang akan terlena dengan sendirinya.

Yan ini rasanya menjadi.So,kalau sape2 yang pening coz xde ilham nak tulis novel,cerpen or apa2 je,boleh la carik ilham ketika mahu tidur.*ini adalah tips dari caha,thanks!*

 

p/s : sekian sahaja tips2 dari saya.. *credit to : klik edisi 1 jun 2008*

 


Baca perbualan