Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Talentime atau Tale n Time?

  • jojo
  • 15 years ago
  • 2,408

 

Kalau anda rasa cerita ini tentang Talentime sekolah, maka anda tersilap. Ini adalah filem yang bercerita tentang konflik antara agama, konflik antara percintaan orang normal dan pekak & bisu, konflik persaingan pelajaran, konflik kasih sayang, konflik antara kaum dan pelbagai konflik lagi.

Kita tahu rata-rata filem Yasmin pasti akan mengundang kontroversi. Talentime adalah tidak terkecuali. Dan seperti biasa, filem-filem yang padat berisi dengan isu berat selalunya tidak mendapat tempat di hati kita. Ok, antara yang mungkin mengundang kontroversi adalah isu tidak hormat lagu kebangsaan pada bahagian awal filem ini.

http://farm4.static.flickr.com/3236/3141181990_96fb4863ee.jpg

Ini Mahesh yang wajar dipukul kerana pandai berlakon :p

http://farm4.static.flickr.com/3099/3141182008_97993070b6.jpghttp://farm4.static.flickr.com/3099/3141182008_97993070b6.jpg

Ini Hafiz yang bermulut ganjil semasa audition :p

Talentime juga seperti satu filem muzikal yang tidak ada tari menari seperti High School Musical mahupun Hairspray. Namun begitu, filem ini juga mendengarkan suara keramat Aizat dan Atilia. Hafiz dengan gitar di pentas bersuara Aizat. Melur bermain piano bersuara Atilia. Oh, tak lupa juga lagu nyanyian Rahat Fateh Ali Khan bertajuk Oh Re Piya. Ada sesiapa di sini yang tahu mana nak beli OST Talentime ?

Cuma, filem ini tidak ada penamat. Kalau ada pun penamatnya, maka saya tidak faham. Cerita ini berakhir selepas Hafiz dan Kahoe menyampaikan lagu mereka di pentas bersama-sama. Tidak ada pemenang untuk talentime ini. Kononnya ada 7 org finalists, tapi yang ditonjolkan cuma 3 orang sahaja. Tidak mengapa, ini filem Yasmin. Adalah sebab beliau untuk menamatkan filem itu sebegitu.

Para pelakon muda Talentime

[Versi selamba]

1. Gile weh, Jaq berlakon tu! Tak de langsung scene dia menyanyi. Kali ni kasi dia chance berlakon lak. Tapi, macam tak mencabar sangat watak dia dalam Talentime ni.

2. (Melur) Pamela Chong berlakon aku rasa tak best. Nampak macam hot tapi hmmm... aku rasa tak best.

3. (Hafiz) Syafie adalah bakat. Masa dia nyanyi untuk audition talentime tu, mulut dia aku benci tengok :P. Menyesal tak salam + amek gambar dengan dia masa dia datang opis itu hari.

4. (Mahesh) Mahesh adalah lucu. Ekspresi muka dengan watak adalah sangat tepat. Ya, aku nak pukul ko jugak sebab ko pakai baju purple berkerawang yang sangat cantik.

5. Aizat & Atilia: Korang suara mantap! Aku nak beli OST Talentime! (Dah ulang 2 kali dah)

6. Harith Iskandar dan keluarga: Agak ganjil dan sofistikated. Tapi tak pe, dalam Sepet dah ada scene Harith Iskandar kejar bini dia dalam rumah pakai spender aje :P

7. Aku perasan penggunaan kenderaan-kenderaan yang aku rasa antik antaranya adalah bas sekolah yang berbentuk van tapi ganjil dan kereta cikgu warna merah yang berbentuk ganjil juga. Tak de company nak sponsor kenderaan ke? Kenapa tak nak partner dengan Proton gune kereta BLM?

8. Ok, audience masa tengok movie ni adalah ganjil juga. Diorang selalu gelak. Scene sedih pon diorang gelak. Ke aku yang bodoh tak paham scene?

9. Azean Irdawatie berlakon sebagai Embun, seorang pesakit kanser. Mak aih, real gile berlakon! Juga patut disembah!

 

Baca perbualan