Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tempat JATUH (hati) lagi dikenang..

 

Assalamualaikum warga kapasitor.

Salam hujung minggu,pastinya kapasitor agak sunyi dari biasa. Namun hari ini saya ingin melontarkan satu "survey' tidak rasmi kepada seluruh ahli kapasitor yang sudi.

Genre cinta adalah satu genre yang sangat popular. Mungkin remaja seusia 12 tahun sudah mula menulis cerpen soal cinta remaja. Mungkin kerana kita semua pernah, sedang atau akan bercinta (kerna ada kamu?). 

Saya hanya ingin menumpukan kepada persoalan cinta sesama manusia (lelaki/perempuan ) sahaja. Saya ingin bertanya secara jujur dan realistik, dimanakah TEMPAT PERTEMUAN pertama anda dengan kekasih anda?

Di dalam cerpen/novel,kita sering terperangkap bila mengisahkan 'tempat pertemuan' yang pertama . Minda kita secara sedar/tidak sedar akan tetap menulis adegan-adegan yang SAMA. seperti yang kita tonton di televisyen atau baca di buku-buku lain. Adakah secara majoritinya ' tempat-tempat tertentu' itu cenderung mencetuskan cinta?

Oleh itu mari kita sama-sama perhatikan, di mana TEMPAT PERTEMUAN kita...(kalau sudi buka rahsia lah)

Mungkin juga dengan ini, kita dapat idea 'tempat pertemuan' yang baru dalam karya-karya kita seterusnya...

Oleh kerana saya yang buka topik, maka kenalah saya tunjuk contoh:

Tempat pertemuan pertama dengan suami:

_PERPUSTAKAAN USM (top floor)

*jangan ketawa*

Baca perbualan