Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin April 2009

 

Assalamulaikum, salam sejahtera, salam muhibah, salam sastera, salam budaya dan segala salam yang baik-baik saya ucapkan kepada warga Kapasitor, khususnya penggiat karya kreatif seksyen Bahasa Melayu. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dan diberkati.

Seperti biasa, maaf kerana Buletin Kapasitor MS edisi April ini agak kelewatan daripada sepatutnya. Walaupun darah Belanda masih pekat, sesekali saya berperangai Melayu juga.

Kapasitor MS sepanjang bulan Mac berjalan dengan kemeriahan sederhana. Seksyen cerpen dan novel ada ketikanya ketandusan karya baru. Sunyi sekejap. Fenomena normal yang bermusim pada pandangan saya. Menjelang suku terakhir bulan tersebut barulah operasi galak seperti biasa.

Ada pengkarya yang berkata pada saya. "Eh, akhir-akhir ni ramai ya pengkomen dan pembaca." Saya dengan senang hatinya angguk dan mengiyakan. Malah saya turut berkata. "Mungkin sebab itulah bulan April yang baru bermula ni karya yang dihantar umumnya ada peningkatan kualiti yang signifikan." (Wow, skema benar kata-kata saya ni. Ya, ia sudah disunting untuk kesesuaian artikel).

Komen dan kritikan membina memupuk penghasilan karya yang lebih baik? Tidak susah kan melihat hubungan antara keduanya! Justeru, sekontena tahniah dan terima kasih saya ucapkan buat anda semua. Terutama kepada yang kamus hidupnya sudah terkoyak mukasurat yang mengandungi perkataan penat dan jemu. Semoga ilmu dan pandangan yang diberi akan menerang dan melapangkan ruang transit sewaktu menuju ke kehidupan abadi kelak.

Baiklah! Sebagai ole-ole buat anda, saya mewakili kru sekalian dengan girang hati ingin berkongsi Kompilasi Karya Pilihan Kru Pengelola Kapasitor MS edisi Mac. Tak cukup dengan itu, kami setiap seorang telah memetik satu karya untuk dituliskan reviu sebagai menghargai usaha anda.

Berikut adalah senarainya.

Puisi:
Meranti Tua
Penulis: Upenyu
URL: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3420
Reviu: http://www.kapasitor.net/reviews/post/16  (oleh: Myelina)

Sarapan
Penulis: zInggOf
URL: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3316

Rindu
Penulis: Dayya
URL: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3759

Kita: Realiti & Fantasi
Penulis: MUSAFIRJUA
URL: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3590

Zarah-Zarah Hatiku - Aku Abstrak
Penulis: Kapitan
URL: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3782

Aku Mahu
Penulis: _theRain_
URL: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3677

Pada Sekeping Hati Yang Suci
Penulis: syukri
URL: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3751

Kita
Penulis: robot
URL: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3706

Aku II
Penulis: mokai
URL: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3766

Sakti
Penulis: Safina17
URL: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3772
Reviu: http://www.kapasitor.net/reviews/post/12  (oleh zinggof)



Cerpen:
Antara Dua Hati II
Penulis: Ridhrohzai
URL: http://www.kapasitor.net/ms/cerpen/post/1481
Reviu: http://www.kapasitor.net/reviews/post/13  (oleh mr_kajiwa)

Demi Cinta
Penulis: putri_alya
URL: http://www.kapasitor.net/ms/cerpen/post/1475
Reviu: http://www.kapasitor.net/reviews/post/15  (oleh Upenyu)



Novel:
Suraloka
Penulis: Hulubalang
URL: http://www.kapasitor.net/ms/novel/post/968
Reviu: http://www.kapasitor.net/reviews/post/14  (oleh Cahatomic)



Jemputlah nikmati!



Cahatomic,
Kapasitor MS
090409

Baca perbualan