Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Tips Penulisan dan Penghantaran Karya : 9
- serunaifaqir
- 15 years ago
- 2,189
Proses 'eram' karya
Penulisan adalah suatu kenikmatan dalam melepaskan emosi dalam bentuk yang lebih tersusun dan dalam bentuk perkataan yang lazimnya dapat difahami oleh pembaca. Dalam pada itu, menulis adalah salah satu kaedah terapi minda yang membawa kelegaan yang tidak terucap oleh perkataan. Begitu juga menulis dapat membawa satu dunia yang tidak nyata (aliran surealisme) atau boleh sahaja unsur-unsur magis atau mungkin sahaja penganut aliran eksistensialime lalu dipandu ke arah mana yang dipersetujui oleh kehendak hatinya.
Apabila terhasilnya lewat sesebuah karya, maka ada separuh dari penulis akan menyemaknya berulang-ulang kali agar bisa menemukan kepuasan dalam tulisan yang terhasil. Justeru sesetengahnya pula akan menyimpan terlebih dahulu untuk ditapakan agar dalam pertapaan itu akan muncul ide-ide baru yang lebih bernas dan saling melengkapi atau untuk ditokok-tambah kelak.
Maka dengan itu, istilah yang timbul dalam dunia penulisan adalah ‘peram’ atau ‘eram’. Dua istilah yang hampir sama sebutannya tapi membawa makna yang sangat berbeza. Bagi diri saya, saya lebih suka menggunakan dan mengaplikasikan teknik ‘eram’ yang diasaskan oleh penulis Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas (pengasas e-sastera, sila buat carian di intenet).
Peram dan Eram
Dari istilah ia bermaksud ‘menyimpan sesuatu (dengan membungkusnya dan lain-lain) agar lekas masak. Mana kala istilah ‘eram’ membawa maksud ‘duduk di atas telur supaya panas dan menetas’. (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat).
Jadi kedua-dua perkataan itu membawa maksud yang seakan-akan sama tapi pada saya ia membawa pengertian dan impak yang besar dan berbeza. Tafsiran saya memperihalkan bahawa proses ‘peram’ selalunya berkaitan dengan makanan atau buah-buahan yang diperam agar cepat masak. Berbeza pula dengan ‘eram’, ia dipanaskan secara perlahan-lahan agar menetas dalam keadaan lengkap dan semppurna.
Dalam proses ‘peram’ seringkali kita mendapati makan atau buah-buahan yang masak sedikit lambat atau kadangkala tidak sempurna kerana proses adalah ‘mempercepatkan’ atau istilah secara didesak dan dipaksa.Ya, ini cuma istilah sahaja tapi tidak mengapa, penulis bebas untuk menggunakan mana-mana kaedah. Dalam kaedah ‘eram’ pula, telur-telur itu nanti akan dipanaskan secara sistematik untuk menghasilkan penetasan yang sempurna. Meskipun ada yang tidak menjadi, namun prosesnya tidak secara dipaksa atau didesak. Ia berlaku secara alamiah semata.
Realtifnya dalam perihal penggarapan karya yang telah siap, penulis biasanya akan menyimpan; jikalau secara pemeraman – maka saya mengumpamakan karya yang mahu dihasilkan kalau boleh cepat-cepat disiapkan agar bisa diterbitkan secepat mungkin. Manakala dalam proses ‘eram’ karya pula berlaku secara teratur dan tidak terburu-buru dalam memperindahkan karya tersebut. Dan kebiasaannya dalam proses eraman ini, saya seringkali mendapati ia jauh lebih berkesan dalam mencari kepuasan. Ketertiban akan berlaku di situ, penulis dengan hati-hati akan melakukans egala proses penyemakan secara berulangkali sambil memburu ilham agar tertangkap oleh benaknya.
Namun proses ini sebenarnya terletak pada kebijaksanaan penulis. Ini cuma pendapat dan pengalaman yang dapat saya kongsikan sedikit demi memajukan diri dalam dunia penulisan yang penuh cabaran dan ranjau berduri. Jadi, bagaimana pendapat rakan-rakan kapasitor yang lain? Adakah saudara ‘eram’ atau ‘peram’ karya yang ditukangi? Wassalamu.