Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pelaburan untuk masa depan mereka

  • jojo
  • 17 years ago
  • 3,991

 

Saya ada 4 orang anak saudara. 2 lelaki dan 2 perempuan. 3 orang datangnya dari kakak sulung dan 1 datangnya daripada kakak no. 2. Saya rasa, anak-anak saudara saya yang berjantina perempuan mengalami masalah dengan rambut mereka. 

rafanah Najwa
Rafanah Najwa

Rafanah Najwa (yang saya gemar memanggilnya dengan nama Nedji) seperti mengalami masalah kekurangan rambut. Cuba tengok gambar dia tu. Sejemput aje. Itu pon, tak rata. Senget sebelah. Kalau saya balik dari kerja, mesti dia akan ikut saya masuk ke bilik. Tahu-tahu sudah ada di belakang saya mengikut. Ah, mentang-mentang lah dah tahu berjalan, mmg tak tahu dia nak duduk diam.

 

nurul ainNurul Ain 

 

Nurul Ain (saya gemar memanggilnya dengan nama Ain Bep Bep) pula lain kesnya. Rambut lebat tapi bersepah sgt. Kalau nak kata rambut saya megi, rambut Nurul Ain ni apetah lagi. Berputar dan berpusing-pusing macam mee hailam. Minggu lepas, pantangnya sudah habis. Kakak saya bawa dia balik kampung untuk adat Cecah Tanah. Ruginya, tak ada gambar diambil masa upacara tu diadakan.

Tapi kedua-duanya mempunyai satu persamaan; sangat + super + uber + comel. Pose yang paling comel adelah ketika saya menepuk-nepuk pipi mereka ataupon ketika saya menggigit daging lengan mahupun daging peha mereka sampai berbekas. Hahaha...

Ah, betapa bersyukurnya saya pada Allah kerana dianugerahkan dengan anak-anak saudara yang sebegitu comel. Jika anda mempunyai anak saudara, anak angkat mahupun anak sendiri, hargailah mereka. Anugerah Allah jangan kita sia-siakan. 

Itulah antara sebab mengapa saya tekad untuk memperjuangkan masa depan generasi muda kita. Terlalu banyak agenda dunia yang mengaburi mata kita sehingga kita terlupa akan kepentingan pelaburan untuk mereka ini. Saban hari kita risau, sedih dan takut mengenangkan aktiviti dan sosialisasi generasi muda kita yang terlalu berkiblatkan barat. Sementelah generasi muda kita mencari arah dan hala tuju, lalu tersangkut pada fahaman kotor, bermotifkan nafsu dan beratapkan dunia. 

Mungkin serunya belum sampai kepada anda semua. Tapi, seruan itu telah menyelam jauh ke lubuk hati saya. Sudah sampai masanya untuk saya berfikir tentang masa depan mereka. Sudah sampai masanya saya menggunakan sedikit kelebihan yang Allah beri untuk dimanfaatkan kepada generasi muda. Bukan lagi terperosok di sebalik pasu bunga dan memikirkan tentang kepentingan diri sendiri sahaja. 

Tanyakan pada diri kita sekarang. Bersediakah kita melabur demi mereka?

*satu hari nanti saya mahu anak-anak saudara saya yang 4 orang ini menulis di kapasitor juga seperti adik Valium, Vanilla

 

Baca perbualan