http://www.kapasitor.net/community/
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Ahad Yang Indah

iklaneka
 

Hari Ahad yang biasanya membosankan telah bertukar menjadi hari Ahad yang SUPER BEST!! Satu Pesta Air yang dianjurkan bersempena dengan Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor telah diadakan di Tanjung Emas, Muar pada 12 April lepas. Kami satu rumah yang telah sedia tahu mengenai Pesta Air itu berpakat untuk bangun awal dan menyertainya. Yosshh!!

Aku, Cikin (bayimilokebangsaan), Ceq_Zue dan Yayah pakai tracksuit dgn t-shirt biasa je pergi sana. Acara pertama yang menambat hati kitorang tentunya....KAYAK!! 

Memula tulis kat borang tu kayak campuran, maksudnya lelaki + perempuan. Tapi kitorang sukahati je tulis perempuan semua. Encek Urusetia tu cakap, "Eh, mana korang punya lelaki nih? Ini kan kayak campuran," Selamba je kitorang balas. "Yang lelaki semua kitorang tinggalkan kat rumah," "Kalau korang kene tinggal nanti kang jangan marah aku pulak," Kitorang buat tak faham je. Kupu - kupu semua sedang menari girang dalam perut, excited nak naik kayak. (Bak kata Cikin)

Acara nombor dua yang, menjadi pilihan ialah... Jeng jeng jeng.. MENANGKAP ITIK!! Mula - mula kitorang ingat tangkap itik mainan yang kaler kuning tu, masing - masing pun tulislah nama dengan berkobar -kobar. Kejap lagi lepas tu, "qwek, qwek, qwek," Alamak, macam kenal je bunyi tu? Sekali dia angkat 4 sangkar itik HIDUP!!! OMG! Kami dah saling berpandangan. Apekah? Encek Urusetia tu pulak macam tau - tau je kitorang nak potong nama balik, dia dah hilang bawak kertas yang ada nama tu. 

Sementara tunggu acara untuk kayak dimulakan, ada pertandingan istimewa untuk para suami isteri yang datang, menghantar anak mereka untuk ke pertandingan mewarna yang juga turut diadakan. Yang buat kami tak boleh blah tu, Encek DJ yang membebel kat situ asik buat lawak censored je. Kitorang yang single mingle ni jadi blushing.. Hehehe..

Aku team dgn Cikin, nama kumpulan kami ialah Butter. CZ team dgn Yayah, nama kumpulan diorang ialah Cheese (Nama kumpulan je dah enak). Acara kayak bermula pada jam 10 lebih. Kitorang semua takde experience naik kayak kat air yang berarus. Sudahnya sementara nak sampai ke garisan permulaan, berpusing - pusing kayak kitorang macam kipas bot. 

Mula je pertandingan, kayuh dah betul dah. Kejap lagi, bila dah separuh jalan mula jadi tak stabil. Asyik berpusing je, kejap belok ke kiri. Kejap belok ke kanan. Dalam pada aku dengan Cikin bertungkus - lumus nak tegakkan balik kayak kitorang, dah ada orang sampai ke garisan penamat. Kitorang pun tetiba jadi kuat. Terus kayuh nak sampai ke hujung. Tapi abang urusetia tu suruh kitorang patah balik, pusing kat boya yang terakhir tu. Masa tengah pusing tu, team CZ dan Yayah dah sampai dulu, diikuti team lain yang cepat beberapa saat je daripada kitorang. Kami patah hati. Huhu..

Pertandingan akhir sekali, yang paling meriah ialah TANGKAP ITIK!! Aku jadi tukang jaga barang, Cikin, CZ dan Yayah dah siap pakai life jacket nak terjun dalam sungai. Itik tu pun dah jerit - jerit nampak air. Aku sempat dengar ada pakcik tu cakap, "Wah, itik yang kaler putih ni, okey la lagi nak tangkap. Tapi itik kaler hitam ni, adoii.. MINTAK NYAWA nak tangkap dia," kami agak tercengang. Mintak nyawa? 

Urusetia habis je lepaskan semua itik, para peserta semua terus terjun macam itik jugak. Ingat senang nak tangkap itik yang berenang SUPER LAJU itu? Aku mencari - cari mana kawan - kawan aku. Tenggelam tak timbul - timbul ke apa? Ok, aku nampak Yayah. Sebab dia pakai tudung, pastu aku nampak Cikin, sebab dia kat belakang Yayah. Mana CZ? "Hah, cik kak yang kat tepi ni buat apa? Kutip sampah? Orang semua ke tengah, kau masih kat tepi lagi." OMG!! Kawan aku ke tu? Ye itu kawan aku. CZ terkulat - kulat dengar Encek DJ tu cakap camtu kat dia. Haha..

Sekarang aku faham kenapa pakcik tadi tu cakap mintak nyawa nak tangkap itik kaler hitam tu. Nak tau sebab apa? Itik itu boleh menyelam! Bila orang dah dekat nak tangkap dia, dia menyelam dan hilang serta timbul di sebelah sana. Haha.. Memang mintak nyawa! 

Walaupun aku dengan Cikin tak dapat apa - apa, tapi we were having fun all the times. CZ dengan Yayah balik dengan senyuman sebab diorang dapat baucer wang tunai masing- masing bernilai RM40. Boleh shopping, yeah! (eh?)


Share!Email

about the author

Asmaul Juakhir

Love books, movies, musics, bla..bla..bla..  Feels free to come and make friends with me.. 
mizz_aszni | Add mizz_aszni as your friend | Send Message

my other posts
Broadband, oh broadband! | 1194 reads
Manusia, Malaikat & Syaitan | 1023 reads
Lagu Untukmu | 1154 reads
Happy Birthday To Me.. | 1100 reads
10 Things U Should Know Bout Me.. | 1084 reads
20 Resipi Cinta Untuk Hancurkan Perhubungan | 1310 reads
10 Things You Should Know About A True Blue Johorean | 2061 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: Key of Valor


admin blog