Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Petua Untuk Menulis Cerpen

 

Bersama ini disertakan tulisan dari Azmah Nordin berkenaan petua untuk menulis cerpen. Adalah diharapkan tulisan ini akan dapat membantu penulis-penulis untuk menulis cerpen.


Petua Untuk Menulis Cerpen

* Untuk memulakannya dengan cepat.
* Tersangat terhad jumlah adegan atau babak.
* Bermula di bahagian penyelesaiannya, sedekat mungkin.
* Lazimnya, hanya menangani satu isu atau masalah, dlm satu karya.
* Menggunakan hanya maklumat terperinci yang perlu saja, utk memahami situasinya. Ia biasanya meliputi satu masa yg singkat.
* (Dan kpd saya; nawaitu cerpen itu mahu dihasilkan:) perlu bersih dan jernih)


1. Jom Kita Memulakannya; Petua Menulis Cerpen Kilat.

Tiada idea mahu menghasilkan cerpen? Oklah. Kita cuba yang ini. Andainya anda menghadapi masalah utk memulakan cerpen, lontarkanlah pandangan anda ke luar jendela. Di luar sana, setiap satu ciptaan Tuhan Yang Maha Esa yang tiada tolok-banding indahnya.

Kenapa anda tak menafaatkannya? Mula2, buat senarai. Lakar watak-wataknya, plot, nada emosi dan sebagainya. Tanpa teragak-agak lagi, turunkan idea (tentulah ada idea, bukan?) dalam bentuk ayat dan paragraf sebagai draf cerpen. Anda juga mungkin mahu menurunkan senarai yg menghubungkan anda dgn tempat kerja ataupun sekolah ataupun Universiti ataupun rumah. Juga perasaan anda bagaimana, bila anda gembira, atau orang yang anda kagumi.

Cerita itu mula dibina dlm lingkungan senarai anda, dan andainya anda mengubah2 ayatnya atau paragrafnya, idea asal anda akan berubah juga. Bina senarai beberapa adegan atau babak. Fikirkan semula tentang saat2 getir dlm hidup anda dan detik2 dihambat tekanan psikologi yang maha dahsyat, di sepanjang hidup anda. Pilih beberapa adegan atau babak terbaik, terluar biasa. Lalu, tulis satu paragraf, utk setiap satu. Cuba gabungkan dan jadikannya sebagai satu rumpun atau gugusan. Pilih satu perkataan yg anda anggap sebagai subjek utama anda, tulis ia di bahagian tengah dan bulatkan. Kemudian, gabungkan semuanya secara bebas di sekitar subjek utama (perkataan). Apa2 saja perkataan yg terlintas di fikiran anda, yg bersesuaian dgn subjek utama anda; aksi, gambaran, peribahasa, perhitungan hidup dan sebagainya. Bulatkan perkataan2 yg telah anda pilih, buat barisan dan anak panah antara perkataan yang ada hubung kait.

Mudah2an, anda berjaya menciptakan sebuah cerpen yg baik dgn Petua atas tu k :)



* Bagi Anda Yg Berminat Menghasilkan Cerpen Secara Serius, Di Bwh Ini Ada Beberapa Petua Tambahan.

Kecuali anda mempunyai otak bak video tercanggih di dunia yg boleh merakam segalanya utk anda - bawalah sebuah buku nota ke mana saja. Buku adalah ibaratkan `inkubator' atau alat pengeram, satu tempat utk anda mulakan daripaa perbualan yang didengar, ekspresi ungkapan, gambaran, idea dan tafsiran terhadap dunia di sekeliling anda. Menulislah sekerap mungkin, secara harian jika boleh. Duduk dan karang ayat yg bersesuaian dgn cerita utk beberapa jam sehari, biarpun anda tiada mood, biarpun anda terpaksa memaksa diri. Kumpul cerita-cerita yg dianggap luar biasa, ganjil dan tidak masuk akal, daripada sesiapa saja yang anda temui, yg mungkin berguna utk penulisan anda nanti. Kaji cerita2 itu semula. Cari makna di sebalik cerita, dan kemudian sesuaikannya dengan keadaan manusia, mengikut kefahaman anda.

*Membaca, Membaca dan Membaca Terus.

Sebelum kita boleh jadi penulis, kita perlu menjadi seorang pembaca dulu. Utk itu, bacalah sebanyak mungkin. Karya2 sastera yang hebat seperti karya A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Chekhov. Shahnon Ahmad, Raymond Carver, Azizi Hj Abdullah, Earnest Hemingway, Alice Munro, Tobias Wolff dan ramai lagi. Ini boleh membantu anda dlm dunia penulisan, lebih daripada apa-apa yg mampu diajar oleh seorang sifu mana2 bengkel penulisan kreatif. Jika tak boleh baca semua, baca saja apa yg termampu, asal karya2 sastera yg telah diperakui akan mutunya.

* Tulis Intro Yg Berunsur Suspen.


Dlm dunia yg serba canggih dan cepat kini, ayat pertama cerpen anda seharusnya sudah mampu menarik perhatian pembaca utk terus membaca. Misalnya, dimulakan dgn sesuatu emosi yang luar biasa, suatu pengucapan yg tak dijangka2, sebuah aksi yang mengejutkan, atau sebuah konflik yg membingungkan. Ingat, setiap cerpen harus dimulai dekat sekali dgn penamat cerita. Ertinya, kalau cerita itu 100 kilometer panjangnya, anda harus mulakan dari 90 kilometer. Yg lain semuanya flash back/imbas balik.

* Membina Watak

Biar apa pun kepercayaan anda, sebagai penulis cerpen, tugas anda adalah meletakkan watak2 anda yang berbeza perwatakan di atas pentas (dlm minda) berlegar2 dan bertemu atau bertembung antara satu sama lain buat seketika. Mungkin, dengan pelbagai bunyi, gembira, sedih, terharu, marah, benci, sayang dll, mempunyai nilai tersendiri yg boleh anda kembangkan dlm cerpen anda.

Dan, untuk membina watak yang hidup, bernyawa, dari pelbagai segi - adalah penting utk belajar lebih ttg watak yg ingin diketengahkan ke dlm karya anda. Antara yg perlu diambil kira; nama, usia, kerjaya (dia buat apa) agama, kaum, perawakan, penampilan, tempat tinggal, haiwan peliharaan :), hobi, bujang atau tidak, anak2?, sikap,warna kegemaran, kawan2, makanan kegemaran, ketakutan, kelemahan, yang disayangi/dibenci, rahsia, ingatan paling kuat? Sihat tidak? Tanda atau gerak isyarat tertentu apabila takut, gembira, gementar dll?

Membayangkan semuanya secara terperinci, dapat membantu anda membina watak, tp anda tak perlu menurunkan semuanya utk tatapan pembaca. Yg perlu pembaca fahami; kemunculan watak, dgn menggambarkan aksinya - bukan sebaliknya dgn menyenaraikan kata sifat atau adjectifnya.

* Pemikiran.

Bawa pembaca memasuki jiwa watak, tunjukkan kepada mereka apa kenangan yg tersirat tp tak tersurat oleh watak, segala kemarahan, ketakutan, harapan dll. Misalnya, saya mahu menulis tentang seorang doktor pakar bedah, utk sebuah cerpen. Jadi, apa yg saya tahu ttg doktor itu dan profesionnya? Misalnya,

Nama gelar kegemarannya, Tuan Besar dan semua org panggil dia Tuan Besar. Dia berusia 45 Tahun. Bapanya org Malaysia, dan ibunya org putih. Dia hanya setinggi kaki 6 inci. Walaupun dia kelihatan mesra dgn para pesakit, tp dia garang sekali dgn doktor2 pelatih di bawah kendaliannya. Dia suka kereta dan wanita. Dia membongkok sedikit, krn terlalu byk melakukan pembedahan. Dan sebagainya.

* Pilih satu sudut pandangan; Sila baca `Sudut pandangan; bagaimana hendak memilih'

Dialog.

Ia adalah apabila watak atau watak2 berckp sesama sendiri atau berckp kpd dirinya sendiri. Apabila brckp, kita tak menggunakan bahasa skema. Kita menggunakan bahasa prckpn harian, lengkap dgn nada suara tinggi rendah oleh gelojak emosi, dan tidaknya tidak mendatar bukan - bersesuaian dgn jalan cerita. Pendek kata, dialog harus hidup. Harus ada perasaan di dlmnya. Bayangkan, kalau anda tgh marah, bagaimana anda berckp kpd org yg anda marah itu?

Biar ada unsur suspen dlm dialog. Biar pembaca tertanya2 kenapa dia mcm tu, kenapa dia macam ni. Lagipun, utk apa pembaca terus membaca, jika pengarang telah menjelaskan segalanya dlm setiap susunan ayatnya?

"Suami anda mana?"

"Dia kerja lebih masa, mcm biasa."

"Kerja lebih masa? Huh, dasar!"

* Latar;

Ini bermakna, ia termasuk masa, tempat, konteks, dan suasana di mana plot anda berlangsung. Biasanya, latarlah yang paling menggerakkan minat pembaca, yg mana menyumbang kpd keseluruhan tulang belakang cerita. Utk itu, lelapkanlah mata anda dan fikir serta bayangkan watak2 anda yg brsesuaian dgn cerita, di pejabat? Di hutan belantara? Di pulau? Di padang bola? Di gelanggang bola sepak? Dgn membayangkan (imaginasi) dpt mengimbangi latar dan perwatakan dlm cerpen anda. Dari mula hingga akhir, bayangkan watak2 anda menghuni sesuatu tempat tertentu/

Ingat, latar hanya akan nampak menarik, jika ia digabungkan dgn perwatakan watak dan bersesuai dgn jalan cerita. Berikan sedikit butiran terperinci, bagi membolehkan pembaca menggambarkan adegan/babak cerita itu di dalam minda mreka. Katakanlah anda menulis ttg seorang peninju. Gambarkan suasana di gelanggang tinju (termasuk penonton, bagaimana rupa gelanggang itu dll, secara tidak langsung), semangat atau perasaan peninjunya, dan saat2 akhir sebelum pertandingan tinju itu berakhir.

Apa2 pun, jgn `suap' pembaca dgn pelbagia informasi, misalnya ttg keadaan cuaca, statistik penduduk atau berapa jauh gerai makan dari rumah anda, secara langsung. Sebaliknya, hidupkan semua yg cuba anda sampaikan itu, lewat sudut pandangan watak utamanya - supaya pembaca boleh dpt menyaksikan watak dan pengalaman watak2 anda.


* Bentuk Plot.

Plot adalah apa yg berlaku, jalan cerita, aksi. Ia adalah cara bagaiana anda membentuk situasi, di mana segalanya berputar dalam cerita anda dan bagaimana watak2 anda berakhir dlm cerita anda.

Plot adalah beberapa siri acara/kejadian yg disusun begitu rupa, supaya ia boleh meninggalkan kesan dramatik, sinematik dan emosional yg mendalam kpd para pembaca.

*

Ciptakan Konflik Dan Ketegangan
.

Konflik adalah asas kpd cerita anda, sbb dlm sastera, biasanya, hanya masalah atau kacau bilau yg menarik. Ia memerlukan sebuah masalah atau kacau bilau yang hebat, untuk mencetuskan idea dlm pemikiran penulis; misalnya, kelahiran, percintaan, hubungan terlarang, kerjaya, kematian dan sebagainya.

Konflik mencetuskan ketegangan atau tension, yg membuatkan sesebuah cerita itu bermula. Ketegangan akan terbentuk apabila ada pertentangan atara watak atau watak2, dan antara tenaga luaran dan dalaman atau keadaan. Dgn mengimbangi pertentangan ini, anda membuatkan pembaca terus melekat pada mukasurat cerpen anda dan tertanya2 apa yg akan berlaku seterusnya. Harus ada unsur2 misteri, kejutan, empati, simpati dll.

* Bentuk Krisis Atau Klimaks.

Ini seharusnya detik paling dramatik dlam cerpen anda. Krisisnya mungkin saja dikenal pasti, utk buat keputusan, utk cari penyelesaian. Apa yg watak itu tidak nampak atau menyedari apa yg perlu dilakukan nya pada mulanya, akhirnya akan mengambil keputusan yg jitu. Timing itu penting. Jika krisi itu timbul terlalu awal, nanti pembaca mengharapkan akan ada detik paling dramatik yg lain pula. Jika ia muncul terlalu lambat, pembaca akan naik bosan pula utk menyudahkan bacaannya. Padahal, itulah detik yg ditunggu2 oleh pembaca. Dramatik, tapi bersesuaian.

* Mencari Penyelesaian

Bagaimana hendak menyelesaikan konflik. Dalam cerpen, ia mmg sukar utk menyediakan sebuah penyelesaian yg lengkap atau sempurna. Dan anda selalu akan menunjukkan watak-watak yg akan berubah tanggapan, sikap atau nasib, pada pengakhiran cerita.

Misalnya, watak negatif mungkin saja akan brubah menjadi positif, atau kalau mula2 cerpen, watak A tak suka makan sambal belacan - tp pada pengakhiran cerita, dia mula berusaha belajar utk memakannya, dll - pada akhir ceritanya. begitulah seterusnya.

Macam sukar saja kan? Tidaklah :) Itu dari segi teori saja. Praktikalnya jauh lebih mudah, percayalah.

 


Anugerah Dan  Pencapaian Azmah Nordin

  1)  Hadiah menulis Novel DBP Cawangan Sabah  (  ‘Kukui’1986, 1990, dan 1996)
2)  Hadiah menulis Novel kanak-kanak anjuran DBP 1987  (  Novel ‘Noor Ainku Sayang’ )
3)  Hadiah Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Wilayah Persekutuan & GAPENA (1988) Timulak Kapal Perang, hadiah ketiga. Tiada pemenang Pertama dan kedua.
4)  Hadiah Puisi dan Cerpen DBKL-DBP  (1990)
5)  Hadiah Cerpen Malayan Banking-DBP (1991)
6)  Hadiah Novel Remaja Berunsur Islam  ( ‘Di Bawah Unggul Nya’ ) 1992) Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS)  Jabatan Perdana Menteri Malaysia.Tempat Kedua.
7)  Hadiah Sastera Malaysia DBP 1992/93 pada 17 September 1994  ( Novel ‘Dari Dalam Cermin’ )  Novel ini terpilih untuk memenangi tiga anugerah : 7.1 Peraduan menulis novel DBP Cawangan Sabah /Jabatan Ketua Menteri  7.2 Hadiah Sastera Sabah 7.3 Hadiah Sastera Malaysia 1993.
8)  Hadiah Cerpen ESSO/Gapena Sayembara VIII  ( ‘Kuntum Perdamaian’  DBP 17 October 1991) Kedua.
9)  Hadiah Khas Novel ESSO/GAPENA,   24 October 1994
10)  Hadiah Sastera Sabah DBP, Cerpen/Novel Dewasa : 1988,1989  (Novel ‘Dukanya Abadi’ Cerpen ‘Singkowoton’), 1992,1993,1994,1995 ,1996 dan1997
11)  Hadiah  sastera Sabah DBP 1998/1999  (  Novel ‘Syumul’)
12)  Hadiah Sastera Perdana Malaysia DBP 1996/1997 ( Novel  ‘Menongkah Lumrah’)
13)  Hadiah Sastera Perdana Malaysia DBP 1996/1997  ( Cerpen ‘ Permainan Kematian’ )
14)  Hadiah Sastera Malaysia 1988/89 DBP  (Cerpen)
15)  Hadiah Malayan Banking Berhad dan DBP. Hadiah Pertama  (kategori B) pada 17 December 1991 di Menara MAYBANK, Kuala Lumpur.
16)  Hadiah, anugerah Sastera Kanak-kanak Mobil.Mabopa 1995 (saguhati)
17)  Hadiah Sastera Sabah 1998/1999, bidang Novel dewasa dan Cerpen DBP)
18)  Hadiah Sastera Malaysia (1992/1993)
19)  Hadiah Sastera Kerajaan Negeri Sabah & DBP Cawangan Sabah 2002/2003 ( Pada 16 Ogos 2004 ) Cerpen.
20)  Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001  ( DBP ‘ Kasih Seputih Kemboja’ )
20)  Hadiah Karya Sulung Sempena Perayaan 25 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah Pada 18 Jun 2002 di Dewan Besar, DBP Cawangan Sabah.
DLL.

 

Baca perbualan