Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

He's Just Not That Into You.. ~duhh!

  • jojo
  • 15 years ago
  • 1,598

 

Filem ini genrenya adalah chick flick atau khusus untuk wanita. Mengisahkan sekumpulan lelaki dan wanita yang belum berpasangan, sudah berpasangan, berkahwin dan tidak berkahwin

Banyak konflik yang cuba dipaparkan dan diselesaikan dalam filem ini. Tetapi semua konflik ini datangnya daripada satu sebab yang sama: Lelaki itu tak mahu.

1. Bagaimana untuk mengetahui lelaki yang anda date untuk pertama kali itu suka pada kamu?

2. Apakah tujuan sebenar kamu berkahwin?

3. Perlukah perkahwinan padahal kamu sudah bercinta lama dan kamu merupakan sweet couple yang comel?

4. Adakah kamu terlalu bertuah sehingga ada perempuan yang baru dikenali mahu mandi dalam swimming pool bersama kamu?

4 soalan di atas adalah persoalan yang cuba dijawab dalam filem ini. Jika anda mahukan jawapannya, tanya saja pada orang-orang yang sudah menonton filem ini. Tak perlu ke pawagam kerana saya takut anda akan kondem saya kerana merekomen filem yang bosan.

Pada pendapat saya, cerita ini lebih memberi kesan dan impak kepada lelaki atau perempuan single. Atau perempuan yang gemar "berfantasi" dan mentaksir sendiri sebarang "isyarat" yang diberi oleh lelaki yang dia rasa suka kepadanya.

Daripada 5 bintang, aku kasi 3 aje.

Nah, layankan ;)

10 chick flick cliches YOU WILL NOT SEE in He's Just Not That Into You.


Versi selamba:

1. Mak aihh.. hot gile Scarlett Johansson. Nyum nyum!

2. Ini adalah movie ke-2 selepas movie Prom night yang mana aku berkata "Hoi! lama gile movie ni! Cepat la abess !!"

3. Tak sangka Ben Afflek, Scarlett Johansson dan Jennifer Aniston sanggup berlakon dalam movie ni. Macam tak perlu je.

4. Sekali lagi, audience aku adalah ganjil. Aku rasa mereka bermasalah.

5. ni bukan movie untuk gay dan lesbian. 

6. Scarlett Johansson adalah hot..scene atas katil tu memang err... err...

7. Aku tipu je bile aku kata movie ni 3/5 bintang. Padahal sebenarnya aku nak kasi 2 bintang aje.

 

Baca perbualan