Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Antara Percaya Dan Kekerapan.

 

Jangan kau bimbang sayang,

Di mana ku berada,

Dengan siapa ku bersama,

Jangan bimbang; ku tetap kau yang punya.

 
- Kau Yang Punya; Malique feat Najwa.

 

Terdetik hati aku untuk menulis tentang percaya (trust) dan kekerapan berhubung (frequency of communication) bila aku dengar lagu ini. Benarkah bahawa “trust” dan “frequency of communication” itu berkadar terus?

Adalah sebuah kisah yang sampai di telingaku baru baru ini berkenaan dua orang kawan aku yang sememangnya “lovey-dovey” sejak di zaman universiti sehingga membawa ke alam pekerjaan. Semasa di universiti dulu, akulah yang menemukan mereka berdua walaupun mereka sendiri yang membina bibit-bibit cinta antara mereka. Bukanlah mahu menunjuk yang diri ini penting, tapi bila terdengar cerita yang tidak enak tentang mereka, rasa sedihlah juga.

Ceritanya terjadi bila si perempuan (A) dengarnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain apabila berjauhan dengan si lelaki (Z). Sebab yang diberikan oleh si A adalah kerana mereka berjauhan bila bekerja. Bila sudah jauh, faham faham sahajalah, kesibukan melanda, komunikasi kurang berbanding dahulu, dan kesunyian menerpa; dan si perempuan dengan senang terkulai bila ada yang menghulurkan perhatian. Tapi, sekurang-kurangnya si A memberitahu pada si Z tentang kewujudan pihak ketiga  (X?) dan cuba untuk meminta putus secara baik.

Si Z sedih. Sudah pastilah frust menonggeng. Namun beliau cuba juga untuk menawan kembali hati si A. Cuba juga beliau meluangkan masa untuk si A, cuba juga untuk memberikan kembali perhatian pada si A. Betapa sia-sianya lima tahun benih disemai untuk dibiar begitu sahaja akibat seekor kumbang yang menumpang.

Si A masih melayan apabila Si Z memberikan perhatian. Di masa yang sama si X (yang dekat dengan diri si A) pun dilayan juga. Mungkin juga si A hanya kasihankan si Z.

Begitulah ceritanya. Maka adakah anda bersetuju bahawa:

Kurangnya perhatian yang diberi boleh mengurangkan kepercayaaan terhadap pasangan? Seberapa kerapkah anda perlukan perhatian (jika in a relationship lah..) ? Perhatian yang bagaimanakah anda perlukan?


Bagi aku, kurangnya perhatian tidak semestinya boleh mengurangkan kepercayaan, jika tiada faktor lain yang membakar (or giving a nudge) dalam mengurangkan kepercayaan. Aku tidak kisah jika kurang perhatian, tapi TIDAK jika tiada perhatian langsung. Jika ada komunikasi bertanyakan "How's your day" dalam 2-3 hari sekali pun, cukuplah.

Perhatian yang aku perlukan? Cukuplah sekadar bertanyakan keadaan hari aku, dan sesekali debating about miscellaneous issues here and there. Bermanja2 pun boleh juge.. hehehehe :P

Jadi, bagaimana pula anda?


 

Baca perbualan