Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kenapa saya patut menulis entry ini..

  • rObOt
  • 15 years ago
  • 1,272

 

Pertamanya bot mengucapkan selamat bercuti kepada semua. Sebenarnya bot pun tak tahu nak tulis apa, cuma bot rasa, bot patut tulis sesuatu.

Rasanya dah masuk setahun bot menjadi salah seorang ahli Kapasitor ni, bot mula-mula kenal Kapasitor masa terbaca artikel Caha dalam paper Kosmo setahun yang lalu. Sebelum ni bot memang minat menulis. Bot mula menulis masa umur 15 tahun. Masa tuh bot berjinak-jinak tulis novel. Masa tuh memang gila menulis, pantang cikgu takde dalam class, mesti menulis. Tapi lama-kelamaan, bila bot dah sambung belajar, masuk matrik, masuk U, minat tuh makin hilang. Salah satu faktor, sebab bot takde kawan-kawan yang ada minat menulis macam bot, yang ada hanya kawan-kawan yang mengejek bot 'jiwang karat'. Memang masa tuh dah malas nak fikir untuk menulis balik. Masa tuh fikir nak belajar jer. Sampaila bila terbaca artikel Caha tuh, bot jadi tertarik untuk masuk ke website ni. Tiba-tiba semangat menulis tuh berkobar-kobar.

Kalau nak banding Kapasitor setahun yang dulu memang banyak berubah dari sekarang. Kalau dulu masa bot mula masuk2, chatroom biasa2 jer, sekarang dh siap boleh pilih chatroom nak masuk yg mana. Kalau dulu xde livefeed dgn rekomen tuh. Dulu profile pun nampak simple, sekarang nampak lebih ceria. Dan dalam setahun ni banyak ahli-ahli yang bertambah2.

Bot ucap banyak terima kasih sangat2 pada ahli yg lama, yang banyak beri semangat pada bot untuk menulis semula, terutama Jojo, Caha, Fairuzar, Dads, dan banyak lagi. Dan sekarang sokongan ahli2 yang berpengalaman macam apun, upenyu, myelina, nurie, shazmiey, lya, nia, syud, valium , otak, pc , uculer, tengku, the rain, sampah, siberkop, man atek, abg sf, mosh, dayya, ain dan ramai lagi. Juga pada ahli-ahli baru yang berkongsi tips2 yg berguna dengan bot macam lea, sara, ridhrohzai, adra, syukri, hulubalang dan kak marea. Kalau tengok, dalam profile bot ade 213 kawan, 5 cerita pendek, 34 puisi, 1 novel dan 28 karya seni, semua ni bot buat dalam masa setahun ni. dengan bantuan semua kawan-kawan di Kapasitor ni.

Bot nak pesan, pada sesiapa yang baru berjinak-jinak dalam kapasitor ni, banyak-banyakkan membaca, apa saja karya yang dihantar. Kalau niat kita memang nak belajar, insyallah, kita akan dapat apa yang kita cari itu. Tak pe kalau kita mula dari kosong. BOt sendiri tak pandai menulis puisi, bot belajar menulis puisi di dalam keluarga Kapasitor ni, dengan bantuan kawan-kawan disini. Sokongan mereka semua nilahbot amek sebagai pembakar semangat untuk menulis dengan lebih baik. kalau tengok karya bot awal-awal dulu, nak banding karya yang sekarang, memang banyak bezanya, banyak yang bot belajar dari keluarga ni. Jadi jangan malu-malu untuk belajar, jangan cepat melatah kalau ditegur, perbaiki diri bukan kerana orang lain, tapi sebab kamu yang nakkan perubahan (:

dan pada kawan-kawan, yang banyak membantu, terima kasih sangat-sangat, bila bot dapat join masa Ulang tahun Kapasitor hari tuh, memang rasa terharu sangat, rasa macam satu tangunggjawab bot untuk hadir, sebagai tanda terima kasih pada keluarga ni dalam merubah minat bot.

akhir kata, bot rasa memang patut bot tulis entry ni, sebagai tanda terima kasih pada kamu semua sepanjang setahun bot dalam keluarga ni (:

Baca perbualan