Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cinta sejati itu bagaimanakah rupanya?

 

Situasi:

Seorang gadis naif baru tiba di Kuala Lumpur. Tinggal bersama-sama keluarga ibu saudaranya. Selepas beberapa hari, dia berkenalan dengan seorang lelaki kacak yang dikenalinya di pondok telefon sewaktu ingin menelefon teman lelakinya di kampung. Pada mulanya, dia keberatan untuk berkawan dengan lelaki tersebut. Namun, setelah dipujuk, dia menerima pelawaaan lelaki tersebut. Mereka semakin akrab dan akhirnya menjadi sepasang kekasih. Gadis tersebut tidak lagi menelefon teman lelakinya di kampung. Dia sebaliknya sentiasa bersama-sama dengan lelaki tersebut. Cintanya kepada lelaki tersebut sehingga sanggup menyerahkan kewanitaannya kepada lelaki itu.

 

Pada suatu hari lelaki itu hilang tanpa dikesan. Gadis itu mencarinya dan bertanya kepada sepupu lelaki tersebut. Sepupunya memberitahu bahawa lelaki tersebut perlukan sejumlah wang yang besar untuk melepaskan diri dari beberapa orang samseng. Gadis itu dengan rela hati sanggup menjual diri untuk mendapatkan wang bagi membantu lelaki itu.

 

Persoalan:

 

Apakah itu yang dinamakan cinta sejati?

 

Adakah gadis itu bodoh/lemah kerana sanggup menyerahkan segala-galanya demi lelaki yang belum tentu menyintainya sebagaimana dia menyintai lelaki tersebut?

 

Pendapat peribadi:

 

Saya merasakan hanya dengan cara itu sahajalah gadis itu dapat menonjolkan makna kecantikan yang terdapat di dalam dirinya. Hal ini kerana, bagi saya, cinta adalah satu bentuk kecantikan dan ia terpulang kepada setiap individu bagaimana dia menilai kecantikan cinta yang terdapat di dalam diri masing-masing.

 

Mungkin bagi sesetengah orang, mereka menganggap gadis itu bodoh kerana sanggup menggadai maruah demi lelaki yang baru dikenalinya. Atau mungkin ada yang tergelak besar kerana akibat meninggalkan teman lelaki di kampung, akhirnya dia juga ditinggalkan oleh lelaki kacak tersebut. Bagi saya pula, jika berada di tempat gadis tersebut tafsiran cinta mungkin sudah jadi berbeza. Gadis itu mungkin beranggapan bahawa cintanya terhadap lelaki tersebut adalah cinta sebenar (sejati) yang dicari-cari selama ini. Dia tidak dapat menemukan cinta sejatinya jika bersama-sama teman lelakinya.

 

Untuk menjadi manusia yang kuat terutama dari segi emosi dan mental kita perlu melalui pelbagai ujian. Gadis itu bagi saya telah berjaya menjadi manusia yang kuat apabila dia sanggup bergadai segalanya demi cintanya. Baginya, segala penderitaan tersebut hanyalah ilusi semata. Kebenaranlah yang ingin dicapainya. Kebenaran itu tidak lain dan tidak bukan adalah cinta sejatinya.

 

Pendapat anda?

Mungkin ada yang tidak setuju dengan pendapat saya. Jadi bolehlah beri pendapat anda jika sudi. Mungkin ia akan membantu saya kelak di masa akan datang...

 

 

 

Baca perbualan