Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

X-Men Origin: Wolverine adalah Filem Terbitan Disney

  • jojo
  • 15 years ago
  • 1,285

 

Maka, pada malam semalam kami berlima (aku, njay, rearrange, chaosdreamer dan uesman) masuk ke dewan 2 GSC One Utama untuk menyaksikan filem X-Men Origin: Wolverine (rujuk IMDB) ini tanpa berbekalkan apa-apa bahan kudapan sama ada air mineral, air berkarbonat mahupun popcorn.

Filem ini memaparkan kisah hidup Logan(Wolverine) dan abangnya Victor (Sabretooth) dari 1845 hinggalah ke tahun terkini. Mereka berdua sudah menempuh pelbagai perang antaranya perang kemerdekaan Amerika, perang dunia 1, perang dunia 2, perang Vietnam dan akhirnya merengkok dalam penjara kerana membunuh pegawai tentera.

Kemudian, William Stryker muncul. Lelaki ini bertanggungjawab memasukkan logam adamantium ke dalam badan Wolverine. Bagi mendapatkan logam ini, William Stryker telah pun.. (sila tonton filem ini untuk mengetahui kisah selanjutnya).

Yang mengejutkan aku adalah filem ini diberi rating 13PG. Wow, sangat rendah! Filem He’s Just Not Into You itu pun dapat 18PL. Tapi, setelah ditonton dari awal hingga habis barulah aku tahu yang memang patut pun filem ini diberi rating sebegitu rendah.

Daripada 5 bintang, aku beri 7 disebabkan oleh kualiti bunyi, kualiti effect, kualiti cerita, kualiti gadis (euww.. Lynn Collins agak hot juga tapi cicir 8 tiang jika dibandingkan dengan Scarlett Johanssons)

http://www.pjlighthouse.com/wp-content/uploads/2009/02/wolverine_origin_xmen_movie_2009_group_hugh.jpg

Dari kiri ke kanan: Wade yang banyak mulut, Encik Gambit yang kacak, Encik Wolverine yang mantap, Encik Sabretooth yang nampak muda dan Cik Kyla girlfriend Wolverine)

(Gambar dari:http://www.pjlighthouse.com)

Versi  Selamba

1. X-Men Origin: Wolverine ni movie terbitan Disney sebab setitis darah pon tak de.

2. Disebabkan movie ni terbitan Disney, maka beza antara movie Narnia dan movie Wolverine ni ialah Narnia ada binatang yang boleh bercakap dan lelaki berkaki kuda.

3. Ada short clip di hujung movie iaitu selepas habis credit. JANGAN TUNGGU! Tak berbaloi tunggu 10 minit hanya untuk tengok Logan minum arak yg banyak dan berkata “I drink to remember”.

4. Masa Logan dan Victor dah besar, nampak Logan lebih tua daripada Victor padahal Victor tu abang.

5. Konon nak melarikan diri daripada dosa silam, so Logan pon poyo-poyo hidup kat kawasan gunung dan kerja sebagai pembalak dan ditemani oleh seorang gadis. Cam mane la nak pegi keje hari-hari.. dah la tak de stesen minyak kat area tu.

6. Yer, aku setuju kalo ada sape-sape cakap watak Gambit adalah hensem. Koordinasi dia mengingatkan aku pada encik Legolas

Baca perbualan