Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

kaun banega crorepati?

 

apa kes shazmiey berbahasa hindustan?
Ha! ni mau cerita... mau kongsi cerita dan bercerita...

hujung minggu yang lalu saya telah ke KK bersama kawan2 utk zoom malaysia:sabah. niat sekadar utk zoom malaysia:sabah sahaja, tp biasalah perempuan.. kalo dah masuk shopping complex, dari takde duit tetiba jadi ada.

ok ok.. seperti biasa, mukaddimah yang panjang dan tidak berkaitan.

jadi, ketika sedang berjalan2 menyopingkan diri atau menipiskan beg duit yang memang nipis, kawan sy ajak masuk kedai DVD... oh, lama sudah tidak berbeli DVD (berbeli: penggunaan adalah sengaja disalahkan). saya tidak berniat mahu membeli.. sekadar tgk2 saja. saja2 gatal2 risik tnya harga (masih mukaddimah... ceritanya belum sampai lagi) sekali budak yg jaga kedai tu kata :

'RM 8 sekeping kak, tp akak angkat 3, kasi RM 20 jak'.

lalu mengintai duit dalam beg... terbayang duit dlm bank...

Ok.. cukup cukup... lalu sy smbar 3 DVD cetakan kedua *cetak rompak daa!*
namely:
He's just not that into you - sesuai utk mengisi waktu boring setelah tidak dilayan oleh BF.  
Confession of the shopaholic - blum tgk lagi... 
Slumgod millionaire - Ha! ni yng nak cerita ni! jom jom.. baca leklok k.




Slumdog Millionaire telah mengejutkan ramai pihak apabila berjaya merangkul 8 anugerah daripada 10 pencalonan ketika majlis anugerah Emmy 2009. di samping itu, filem arahan Danny Boyle dan dibantu oleh Loveleen Tandan ini juga memenangi 5 Critic's choice awards, 4 Golden globes dan 7 BAFTA awards termasuk filem terbaik. Filem ini dikatakan mengundang kontroversi kerana menyentuh isu agama dan kebajikan sosial kanak-kanak. jadi, saya tertanya2.. apa hebatnya filem ini? 

filem terbitan warner bros. ini difilemkan sepenuhnya di satu kawasan miskin atau slum di juhu, mumbai, india.  filem ini menunjukkan realiti. realiti terpapar di sini dan selayaknya slumdog millionaire menerima lebih daripada apa yng mereka perolehi.

cerita tentang apa?
slumdog millionaire mengisahkan tentang seorang remaja islam berusia 18 tahun (jamal malik) yang tidak berpelajaran yang dari kecil mengisi perut dengan mencuri, menipu, dan melakukan kerja2 yang merbahaya. dia dan abangnya (salim) terpaksa melarikan diri dan merempat setelah ibu mereka mati terbunuh ketika perbalahan menghapuskan umat islam oleh penduduk beragama hindu. ketika melarikan diri, mereka bertemu dengan latika, seorang lagi kanak-kanak yang merempat. jamal menggelarkan diri mereka the three musketeers di mana dia adalah athos, salim adalah pathos dan latika sebagai yang tidak diketahui nama olehnya. 

mcm2 jadi pada mereka bertiga, tidur dan makan di tempat pembuangan sampah. mengemis. sampailah maman menjumpai mereka. maman adalah ketua gangster yang menjadikan kanak-kanak sbg pengemis dengan mencacatkan mereka. salim dijadikan ayam tmbatan maman kerana salim bersikap kasar berbanding kanak-kanak lain yang masih ingin bermain.

suatu hari, salim mendapat tahu maman ingin membutakan mata jamal supaya hasil pungutan derma itu akan lebih banyak. lalu dia bertindak melarikan diri bersama jamal dan latika. ketika menyelamatkan diri, salim dan jamal sempat naik ke atas keretapi namun latika tidak smpt. salim yang berjaya memegang tangan latika melepaskan dia begitu saja. jamal marah dengan tindakan abangnya. 

sejak hari itu, mereka mengisi perut dengan berniaga di dalam keretapi dan menipu pelancong2 yg datang ke taj mahal kononnya mereka bekerja sebagai pemandu pelancong. usia mereka meningkat remaja, jamal merindui latika dan ingin mencarinya.

salim pada mulanya enggan namun akur dengan tindakan adiknya. akhirnya mereka bertemu dengan latika yang bekerja dengan maman sebagai penari yang masih perawan (bayaran utk penari perawan adalah mahal) di rumah pelacuran. maman yang masih berdendam dengan tindakan salim melarikan jamal dan latika cuba untuk mengugut mereka, namun salim bertindak pantas dengan menembak maman dan sekali lagi mereka melarikan diri daripada buruan orang2 maman.

salim yang berasa kuat, memberitahu kepada javed ketua samseng yang menjaga kawasan juhu bahawa dia telah membunuh maman (musuh javed), dengan itu dia dilantik sebagai orang paling kanan javed. salim kembali kepada jamal dan latika dan menghalau jamal kerana ingin 'menghadiahkan' latika kepada javed.

 mereka terpisah. beberapa tahun kemudian, jamal bekerja sebagai chai wallah di syarikat operator telefon. dari situ dia mencari abangnya dan latika kembali. baru dia tahu latika bersama javed, namun menyuruh latika melarikan diri bersamanya. dia menunggu di stesen keretapi setiap hari jam 5. 

bila latika bertemu dengannya, rupanya2 salim dan orang2 javed berjaya mengesan latika dan belum sempat jamal berbuat apa2, latika dilarikan sekali lagi. salim memberi amaran kepada jamal supaya jgn masuk campur.

ketika itu, program' Kaun banega crorepati ' atau Who wants to  be a millionaire? menjadi kegilaan ramai di india termasuk latika. lalu jamal ambil keputusan untuk menyertai pertandingan itu dengan harapan latika menjumpainya. 

rezeki menyebelahi jamal, setiap soalan dapat dijawab dengan mudah.

apa yang sy cerita sebelum ini adalah flashback jamal ketika dia ditahan oleh pihak polis selepas dia lagi selangkah ke soalan terakhir dan memenangi 20 juta rupees.

kenapa dia ditahan?
berjayakah dia memenangi 20 juta rupees? 
berjayakah dia bertemu kembali dengan latika?
bagaimana dengan salim?

eheheeh.. sy takmoh kasi tau.. mau tau, tgk la.. apa yg sy nk cakap cerita ini memang best dan berhak dapat anugerah yang telah mereka perolehi. Dev patel yang membawa watak jamal sangat menjiwai wataknya. tapi saya suka pelakon kanak-kanak yang membawa watak jamal, salim dan latika ketika zaman kanak-kanak. watak salim dan latika adalah kanak-kanak sebenar yang berasal dari kawasan miskin. makna kata, mereka bukan pelakon. mereka tidak berpelajaran dan mereka memang kanak-kanak merempat. begitu juga dengan watak arvind kawan mereka yang dibutakan oleh maman... hampir semua watak tambahan di kawasan miskin di juhu adalah watak sebenar. 

 tambahan:
1. ketika helikopter amitabh bachchan (masa ni amitabh bachchan masih hero hindustan, shahrukh khan tak popular lagi) melintas kawasan penempatan mereka, jamal sedang 'melepas'. dia yang amat meminati amitabh sanggup terjun ke dalam 'hasil lepasan' dia dan penduduk di situ setelah salim sengaja menghalang pintu dengan kerusi. tandas mereka cuma berdinding tp tidak beratap dan mana ada mangkuk tandas. tandas itu dibina tinggi dan 'hasil lepasan' mereka dibiarkan dibawah..eeeuuuwww... jangan tonton ketika anda sedang makan.


2. mata saya otomatik terkatup rapat ketika adegan muka ibu mereka kena pukul dengan sekali hayun masa perbalahan menghapuskan orang islam. kesian...

3. dev patel adalah remaja britain drpd ibu bapa hindu-gujerati yang mana kedua2 ibubapanya dilahirkan di nairobi, kenya. makna kata, dorang ni pure indian yang tak pernah duk indian... tp dev berjaya membawa watak pemuda miskin india dengan amat berkesan.

4. filem ini daripada novel Q&A oleh penulis dan diplomat india. namun begitu, byk beza antara novel dan filem. banyak sgt..

sumber: wikipedia.

sekian, terima kasih.
peace ya'll! 

Baca perbualan