Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Mei 2009

 

Assalamualaikum semua.

Sukar dan penat!
Biasanya siapa yang akan suka melalui dua benda di atas? Tapi bagi Kru Pengelola Kapasitor MS, dua perkataan tersebut kami rasai dengan perasaan gembira!

Manakan tidak, bulan April yang lalu Kapasitor MS telah dibanjiri dengan karya-karya yang relatifnya sangat meningkat berbanding dengan mana-mana bulan sebelum ini. Sejak dari awal bulan lagi, satu demi satu karya ini muncul. Pelbagai genre. Pelbagai tema. Ada penulis baru. Ada penulis lama. Ada yang lama menghilang kini muncul semula.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH DARIPADA KRU PENGELOLA KAPASITOR MS UNTUK ANDA YANG MENYUMBANG!

Itu yang bila tiba masanya untuk kami memilih, berpeluh-peluh dibuatnya. Terlalu sukar untuk memilih mana satu karya yang ingin kami kompilasikan. Terlalu penat berkira-kira, inikah yang sesuai atau itukah yang lebih menepati piawai. Kadang tu, terlalu sukar juga untuk kami tidak memilih sesetengah karya tu.

Secara keseluruhannya, inilah angka-angka karya yang berjaya kami ekstrakkan untuk bulan April berbanding bulan (Mac):

> Puisi 103 (103)
> Cerpen 37 (20)
> Bab novel 34 (27)

Bukan sahaja terdapat pertambahan entri, malah yang sangat menggembirakan adalah tahap kualiti dan kesungguhan yang dihidangkan oleh pengkarya sekalian.

Bagi seksyen novel, terdapat beberapa cerita baru telah dimulakan. Jemputlah menjenguk. Antaranya tulisan mr_kajiwa bertajuk Mencari Mr. Teddy dan novel pendek tulisan Ridhrohzai bertajuk Noda Kehidupan. Cerita S.S.S tulisan Neddo juga semakin memuncak konfliknya. Saya jangkakan kesudahannya sudah menghampiri!

Seksyen cerpen. Maaf ya jika ada antara karya yang bagus-bagus tu tak dapat kami pilih. Lihatlah, 37 cerpen dihantar sepanjang April. Kalau nak dipetik yang bagus, pejam mata pun senang-senang boleh tunjuk 10 daripadanya. Namun kami terpaksa memilih 5 sahaja! Sedih bukan?

Secara peribadinya saya melihat bulan April merupakan bulan anjakan buat beberapa penulis. Mereka yang saya maksudkan ini telah menulis cerpen di luar norma kebiasaan mereka. Memilih tema yang baru. Menggarap penceritaan yang segar. Melangkah ke depan dengan penuh bergaya. Kamu tahu siapa kamu!

Untuk seksyen puisi pula, saya tak begitu ahli untuk bercerita. Jadi di sini saya beri petikan ulasan daripada saudara Apun (Zinggof)

“Tepukan untuk nama ini: syukri, spitsid, azzikikr dan musafirjua.
Selamat pulang kepada tengku.
Juga selamat "pulang" kepada kak myelina.
Selamat datang kepada nama baru dan mula aktif, semacam pie1311, kiambang,dan rearrange.

Di sebalik kemurungan chatroom Kapasitor, kekurangan polemik dan program luar, seksyen puisi Bahasa Melayu, bagi saya sendiri masih membanggakan. Lebih menarik, kehadiran nama-nama baru, ataupun kehadiran puisi baru dari ahli lama yang makin matang dan berkhasiat, lebih kuat dan lebih seronok dihadam.”

Apun juga berkata, kompilasi puisi pilihan kali ini lebih kepada penulis puisi yang “meningkat” berbanding yang sememangnya sudah kuat. Namun beliau turut menyelitkan bagi yang ingin belajar puisi yang bagus, jemputlah teliti Kelmarin Persinggahan, Pada Penantian dan Tentang Ketiadaan.

Ulasan beliau diakhiri dengan nasihat ini:

“Juga, saya berharap butang edit yang disediakan di bawah tajuk setiap puisi, digunakan sebolehnya untuk menaiktaraf setiap puisi acap kali dikritik/komen/tegur.”

Baiklah! Sampai di sini sahaja. Di bawah ini saya sertakan Kompilasi Karya Pilihan Kru Pengelola Kapasitor MS edisi April 2009!

Silalah.

 

PUISI

1. Seruling Patah
Penulis: zInggOf
Url: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3874
Reviu: http://www.kapasitor.net/reviews/post/20 (Myelina)

2. Ombak Pantai Kita
Penulis: Upenyu
Url: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3864

3. Bisikan Romantis
Penulis: Enarif
Url: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3826

4. 2 Y 12
Penulis: Kapitan
Url: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3898

5. Jiwa
Penulis: Sekopi
Url: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3899

6. Panglima Helang
Penulis: Kiambang
Url: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3941

7. Putar Alam
Penulis: Tengku
Url: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3932

8. Topeng Senyum
Penulis: Azzkikr
Url: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3927
Reviu: http://www.kapasitor.net/reviews/post/22 (Zinggof)

9. Hanya Bayang-bayang
Penulis: Syukri
Url: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3816

10. Bayu Rinduku
Penulis Hurin1911
Url: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/3852

 

CERPEN

1. Kia Spectra Biru Laut
Penulis: Hulubalang
Url: http://www.kapasitor.net/ms/cerpen/post/1522

2. Segala yang Kau Mahu
Penulis: Rearrange
Url: http://www.kapasitor.net/ms/cerpen/post/1547
Reviu: http://www.kapasitor.net/reviews/post/18 (mr_kajiwa)

3. Aku Anak si Kupu-kupu
Penulis: Shazmiey
Url: http://www.kapasitor.net/ms/cerpen/post/1518
Reviu: http://www.kapasitor.net/reviews/post/23 (cahatomic)

4. Puyu
Penulis: Mr_Kajiwa
Url: http://www.kapasitor.net/ms/cerpen/post/1512

5. Nasi Lemak Buah Bidara
Penulis: Namakusara
Url: http://www.kapasitor.net/ms/cerpen/post/1533
Reviu: http://www.kapasitor.net/reviews/post/19 (upenyu)



p/s Kapasitor MS mungkin akan melakukan sedikit kejutan ole-ole yang lain sedikit masa lagi. Nantikan kemunculannya!


Cahatomic,
Kapasitor MS

Baca perbualan