Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Star Trek: Filem yang Hebat, Tapi Jalan Cerita Entah Hapa-hapa

  • jojo
  • 15 years ago
  • 2,464

 

Star Trek adalah antara filem yang unggul hampir setara dengan Star Wars. Mengisahkan tentang James T. Kirk yang kehilangan ayahandanya ketika dia dilahirkan ke dalam pesawat ulang-alik (shuttle). Ayahnya ketika itu merupakan kapten bagi kapal USS Kelvin, ketika itu diserang oleh Nero dari  bangsa Romulan.

Cerita terus difast forward kedepan. Bermula dengan aksi bawak kereta laju oleh James pada usia muda, cerita dibawa pula ke dalam bar yang mana berlaku pergaduhan antara James dan kadet-kadet Starfleet.

Ok, siapa-siapa nak tahu cerita seterusnya kena tengok wayang. Barisan pelakon penuh ada di sini.

http://screen.ology.com/files/2009/05/star_trek_mirror_images.jpg

Barisan pelakon lama dan baru.

Pada pendapat aku, Star Trek ni penuh dengan scene yang tak perlu dan jalan cerita yang ganjil. Ini membuatkan aku rasa macam “weh, korang buat movie ni serius ke tidak?”

Contoh scene yang tak perlu:

1)      Aksi kejar mengejar antara makhluk ganjil (yang menyerupai alien dalam movie Cloverfileds) dengan James dan juga dikejar makhluk ganjil seperti babun tapi berlari seperti anjing. Tak tahulah makhluk apa.

2)      Scene bawak kereta laju lepas tu buang kereta tu dalam gaung. Kemudian pura-pura macam tak buat sebarang kesalahan trafik.

3)      Scene nak seksa Kapten Pike dengan memasukkan lintah. Lintah masuk dalam badan tapi tak de pun sebarang seksaan fizikal mahupun mental pada Kapten Pike.

Contoh scene yang ganjil:

1)      Tiba-tiba ada watak Prime Spock dari masa depan. What the F ?

2)      Aku masih tak paham kenapa perlu tunggu 25 tahun untuk memusnahkan planet Vulcan. Bukan bahan-bahan nak letupkan planet tu dah ada ke?

3)      USS Enterprise masih tidak bergerak walaupun terlalu dekat dengan lubang hitam. Umum mengetahui bahawa lubang hitam kerjanya menyedut apa sahaja yang lalu hatta cahaya. Maka, ketika kapal angkasa Nero hancur disedut lubang hitam, apa ke jadahnya menunggu kat depan lubang hitam tu?

Versi Selamba:

Keseluruhannya, citer ni sangat cantik. 3D gempak, bunyi tip top dan special effects super! Jalan cerita berbelit-belit sangat la. Aku rasa diorang timbulkan balik watak asal Spock tu dalam movie ni semata-mata nak penuhkan selera Star Trek freaks.. ehehe. Hahahaha... Mamat cina yang berlakon Harold and Kumar tu berlakon watak serius! Kagumness! :P Aku gelak gila masa Prime Spock dari Masa Depan menghalau raksasa Cloverfield dari membaham  Jim. Gile tak logik. Punye la besar binatang tu, api sebesar jamung pon bole lari. Lucu! Bole la.. janji terhibur. Lagu tema dah berubah! Tak de lagi lagu tema original Star Trek. Lagu-lagu background Star Trek kali ni macam tak sesuai. Berapa bintang nak kasi ek? Hmm.. daripada 5 bintang, aku kasi 4 bintang aje.

Baca perbualan