Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Shiro To Kuro

 

dalam dunia ni, ada banyak benda yang sifatnya berlawanan. Begitu jugak dengan manusia, ada yang tegang dan ada yang kendur.

Haa...apa yang tegang dan apa yang kendur?

Jika kamu lihat adik beradik kamu (kalau anak tunggal, tengoklah kawan2, kalau kamu ni takde kawan, tengok monyet2 kat tepi rumah, kalau rumah kamu takde hutan, hrmmm...tengoklah perangai orang dalam tv tu), kamu akan lihat pelbagai personaliti dalam sekelompok manusia biarpun semuanya lahir dari rahim yang sama. Antara adik beradik kamu, pasti ada yang perangainya agak senyap sedikit dari yang lain dan ada yang terlebih kecoh dari yang lain.

Di dalam pemerhatian itu, adakah kamu lihat ibu bapa kamu membesarkan adik-beradik kamu dengan cara yang sama?

Jika ya, ibu bapa kamu adalah ibu bapa yang GAGAL.

(kamu sudah marah? Jangan marah, nanti kena jual. Apa yang saya mahu beritahu kepada kamu adalah bagaimana mahu menguruskan manusia (bukan kurus tetapi URUS))

Aku percaya pada konsep "one size doesn't fit all".

Manusia dilahirkan unik, setiap manusia berbeza. Maka cara untuk menguruskan setiap manusia berbeza. Menguruskan setiap keperluan bagi setiap manusia adalah satu misi mustahil, Nabi Muhamad s.a.w. pun tak dapat memuaskan hati semua orang maka kamu perlu mengkategorikan manusia-manusia ini mengikut kategori supaya dapat kamu uruskan mereka satu persatu mengikut kumpulan masing-masing sebagaimana setiap jabatan di pejabat atau universiti atau sekolah kamu.

Contoh:

Di dalam kapasitor ini terdapat 2 golongan penulis yang agak ketara (rough division of human behaviour); golongan pertama adalah golongan yang menulis dengan serius, golongan kedua adalah golongan yang menulis dengan secara suka-suka.

Golongan pertama adalah golongan putih (Shiro) dan golongan kedua adalah golongan hitam (Kuro), kedua-dua golongan membawa corak pemikiran yang berbeza dari setiap individu dengan konsep penulisan yang berbeza tapi dapat digeneralisasikan bahawa Shiro adalah golongan yang menurut peraturan menulis (tatabahasa, susunan ayat dan sebagainya) dan Kuro adalah sebaliknya.

Di dalam kedua-dua golongan ini, aspirasi mereka berbeza dimana Shiro menulis untuk mendapatkan ilmu sebanyak mungkin dan berusaha keras untuk menjadi yang terbaik (malah ada antara mereka yang menjadikan ini sebagai mata pencarian mungkin) di dalam bidang penulisan. Mereka ini teliti berkenaan cara penulisan dan berusaha menyampaikan ilmu yang ada di dada kepada semua orang. Mereka ini boleh dikategorikan sebagai golongan arus perdana (mainstream).

Kuro pula bersifat main-main, menulis sekadar suka-suka, tiada aturan bahasa, menulis sekadar untuk mengisi masa lapang dan menulis semborono. Aspirasi mereka adalah menulis berdasarkan luahan perasaan dan bersifat lebih kasar (crude) berbanding Shiro. Mereka ini boleh dikategorikan sebagai golongan anti-arus perdana (indie).

Pertelingakahan sering terjadi kerana aspirasi yang berbeza. Shiro melihat Kuro sebagai tidak serius dan Kuro melihat Shiro sebagai terlalu serius. Bagaimana Shiro dan Kuro boleh hidup sekali di dalam dunia Kapasitor ini?

Shiro harus menghormati dan memahami bahawa tidak semua orang berkarya secara serius. Jika Shiro sudah tahu awal-awal lagi Kuro akan menulis bersahaja saja, maka yang harus diberikan perhatian adalah terhadap penceritaan dan tidak terlalu berat terhadap tatabahasa (melainkan yang terlalu kritikal sehingga memberikan maksud lain terhadap jalan cerita).

Kuro pula harus menghormati Shiro yang berusaha menyebarkan ilmunya dan membetulkan dunia dengan cara mereka. Bukan semua benda indie itu cool, bro. Terkadang kamu perlu bermain mengikut aturan (play by the rules). 

Kuro dan Shiro ada peminat masing-masing yang dambakan corak penulisan mereka maka jika diwarnakan Kapasitor ini hanya dengan satu warna, alangkah bosannya dunia Kapasitor ini. Apa kata anda?

p/s: Apa yang penting? Kerjasama~

Nota kaki: Kuro = Hitam, Shiro = Putih

Baca perbualan