Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

kapasitor dan saya

  • dayya
  • 15 years ago
  • 1,195

 

menjadi manusia perlu tabah. dikritik usah cepat rebah, simpan biar jadi semangat untuk terus melangkah. Saya melihat kapasitor sebagai sekolah. Dari sini saya belajar memartabatkan penulisan, di sini juga saya belajar menjadi manusia yang kreatif. Cuba bersifat lebih positif dan elakkan perasaan negatif menguasai diri. Merajuk sekali sekala bagi saya tidak mengapa. mungkin ia antara ubat paling mujarab untuk mengubat luka namun segera pula merawat kekecewaan itu dengan gerak yang lebih yakin. lebih berani. biar dipandang sebagai manusia yang punya harga diri. :)

apakah kapasitor kepada saya?

tanpa kapasitor saya mungkin masih lagi seorang yang penakut. seorang yang takutkan kegagalan. dalam kehidupan yang tanpa segan memburu rebah, saya pernah lari dari minat saya sendiri dalam penulisan. semuanya kerana sebuah kegagalan. kegagalan yang cacat setelah semua usaha saya pangkinkan. dan terus saya juga berubah menjadi manusia gagal kala itu.

akhirnya, saya bertemu kapasitor. sekolah yang sebenarnya dalam hidup saya. sekadar berkongsi rasa, dan akhirnya wujud hubungan jiwa antara saya dan kapasitor. malah, lebih dari itu saya sudah makin berani menghadapi kelompok sosial. Walaupun masih lagi bersembunyi( yang pernah jumpa saya pun ada seorang je), hehe tapi lonjakan perasaan mahu mengenali antara satu dan lainnya dengan ahli kapasitor semakin melonjak2 sekarang. mungkin saya sudah berada di zon selesa bersama rangkaian teman2 di sini. terima kasih untuk kamu semua.

suka saya mengkhabarkan, kapasitor membentuk saya menjadi seseorang. untuk itu, dengan rasa rendah hatinya saya nak ucapkan jutaan terima kasih buat mr. jojo, sebab tanpa beliau tak akan ada kapasitor. Makanya,jika tidak ada kapasitor tidak akan adalah saya yang sekarang ini. jasamu sentiasa saya kenang~~~

menjadi manusia bukan mudah. setiap orang ada masalah tersendiri yang perlu diselesaikan. berhadapanlah konflik diri dengan berani. jangan mudah menitiskan air mata kerana kegagalan sebaliknya jadikan ia sebagai satu deligasi semangat..

teruskan berkarya. semoga karya2 kalian dapat menjadi inspirasi manusia2 buta seperti saya satu detik dahulu.

terima kasih kapasitor. saya akan sentiasa sayang kapasitor selamanya!

Baca perbualan